Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Awang Selamat pun kutuk AMNO..aparaaaa!

BISIK-BISIK -- AWANG SELAMAT

Menurut laporan Bernama, UMNO Bahagian Tasek Gelugor di Pulau Pinang akan memberikan insentif RM3 kepada anggota parti yang dapat mencari seorang ahli baru dalam kempen menambah keanggotaan dalam tempoh sebulan ini.

Lagi-lagi duit. Lagi-lagi duit. Nampaknya budaya upah dalam UMNO masih tebal. Tanpa duit, tiada apa yang akan bergerak. Lebih menyedihkan, ada pula yang menggalakkannya.

Tambah menyedihkan, tawaran insentif itu dibuat pada hari UMNO menyambut ulang tahunnya yang ke-57.

Takkan sampai begitu sekali orang UMNO - hendak cari ahli baru pun kena diupah dengan duit? Ke mana pergi semangat perjuangan?

Awang harap Ketua UMNO bahagian itu, Mohamad Shariff Omar, memikirkan semula pemberian insentif RM3 itu kerana ia akan hanya merosakkan ahli UMNO dan meletakkan mereka dalam gambaran yang negatif.

Fikirkanlah insentif lain yang bukan berbentuk duit.

Dalam pada itu, janganlah risau sangat tentang jumlah keahlian kerana ramai yang menyokong UMNO walaupun tidak menjadi ahli.

Awang - Bukan hamba duit.
OJ - Umno memang hamba duit.

Sorang 3 ringgit, 10 orang 30 ringgit, 100 orang 300 ringgit, 1000 orang 3000 ringgit, 10 000 orang 30 000 ringgit, 100 000 orang 300 000 ringgit..sejuta orang..puhhhh peninnnn peninnnn nak kaya pun jenuh peninnnn... Parti umno dah jadi macam skim cepat kaya la pulak ye?

Aku paling best part ni "Lagi-lagi duit. Lagi-lagi duit. Nampaknya budaya upah dalam UMNO masih tebal. Tanpa duit, tiada apa yang akan bergerak"

contohnya:
-nak sambut pemimpin umno mesti hulur nasi bungkus, kalau tak orang tak datang.
-selain tu mesti provide bus free dan cuti bergaji.
-begitu juga masa perhimpunan agong umno. kena provide hotel dan transport, kalau tak sahih lengang dewan PWTC tu.

Itulah budaya duit dalam AMNO. Orang kecil makan kecil, orang besar makan besar. Bukan fitnah, tapi ada terkandung dalam laporan polis orang kuat AMNO pahang, Datuk Fauzi. muahahahaa....mari gelakkan AMNO parti 3 ringgit!

Pendapat aku... setuju sesangat dengan apa yang dibuat Shariff Omar tue. Malahan ianya wajar diperluaskan bukan sahaja di Tasik Gelugor tetapi di seluruh Malaysia. Ini akan menambahkan semangat ahli-ahli umno untuk terus menghambakan dirinya pada parti (opsss duit).

Jika sebelum ini hanya ketua bahagian atau yang berpangkat sahaja yang merasai nikmat duit kopi apa salahnya hak-hak itu juga dinikmati ahli-ahli biasa. Setakat 3 ringgit apa sangatlaaa nak berkira. Tauke-tauke judi dan maksiat kan ada sebagai pembiayai dana.

Tapi kan, Kalau tegur pemimpin umno..alamatlah jadi macam Anwarlah.

Tapi dalam politik BA..seperti PAS, Keadilan dan lain lain....dia orang tak kisah kalau bab tegur-menegur ni...Tapi dalam Umno..kalau nak porak peranda...cubalah tegur YG no mengenai Bab Hina Nabi dan hina Hukum Allah... alamat porak perandalah periuk nasi...silap-silap masuk ...........






______________________
Terbitan : 14 Mei 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com