SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bila Kerja Ibadah Ditunjuk-tunjukkan!!!!!!Derma Iraq: Agenda Menunjuk-nunjuk Yang Terpesong? Dari awal hingga akhir, bermula laungan serta jeritan mengajak seluruh rakyat negara ini bermurah hati menderma untuk Tabung Iraq. Berpusu-pusulah rakyat menghulur derma untuk rakyat Iraq yang diperangi oleh kepala penjenayah dunia Amerika dan sekutunya yang zalim lagi ganas itu. Biasa orang bantu terhadap mereka yang ditimpa bencana yang tidak disengajakan. Kes Iraq, rakyatnya dan umat Islam Iraq, ia diperangi melalui satu perencanaan jahat Amerika dan sekutunya yang zalim, kejam dan ganas itu. Seluruh dunia menunjukkan tidak suka peperangan. Tetapi, bajingan, samseng dan pengganas dunia itu tidak pedulikan jeritan bangsa di seluruh dunia. Itulah dasar bajingan dan samseng, akan selamanya mahu tunjukkan kebajingan dan kesamsengan kepada siapa saja, lebih lagi bila dia merasa tidak ada orang yang boleh mengatasi kekuatan mereka. Iraq adalah negara kaya. Kehidupan rakyatnya tidaklah sederita umat dan bangsa Somalia, Habsyah atau tidaklah semiskin penduduk miskin di kampung setinggan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya atau lain-lain tempat terpencil di negara ini. Amerika sebagai kepala bajingan dunia terlalu cemburu dengan kekayaan Iraq yang tidak dapat mereka kuasai kerana Saddam Hussien bukannya budak suruhan Amerika, sebagaimana mereka boleh kuasai kekayaan negara-negara Arab lain yang mempunyai minyak seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu yang menjadi pangkalan utama Amerika dan sekutunya membalun, mengebom dan membunuh terhadap rakyat dan umat Islam Iraq. Jeritan Pemuda UMNO Mengajak Rakyat Berderma Menderma adalah amalan mulia yang sangat dianjurkan dalam ajaran Islam. Ia juga satu ibadah dari segi harta sama seperti bersedekah atau menyedekahkan wang ringgit, peralatan dan sebagainya. Dalam Islam kita diajarkan kaifiyat atau tatacara berderma atau bersedekah paling baik. Dermakan dan sedekahkah yang terbaik dan paling kita sukai. Setelah menderma jangan diungkit-ungkit. Dermakan kerana Allah, mudah-mudahan dapatlah pahala beribadah. Dermalah secara tersembunyi, dalam satu Hadith Nabi SAW yang kurang mafhumnya; tangan kanan yang bersedekah tangan kiri tidak tahu. Maknanya jangan diheboh-hebohkan keseluruh dunia. Nanti tersasar niat kita dari derma ikhlas jadi derma riya, menunjuk-nunjuk, 'ujub dan di mana nilai keikhlasan derma/sedekah kerana Allah Ta'ala itu. Sampai ada segelintir kita mahu beri derma sekian juta bila masuk dalam TV 1, 2 dan 3. Tertera jumlah RM sekian, nama penderma dan gambar si penderma serah cek replika sebesar skrin TV paling terbesar. Konon mahu tunjuk dunia, betapa pemurah dan prihatinnya orang Malaysia yang dipimpin oleh pemuda UMNO/BN Sendirian Berhad. Hari-hari kutip derma membantu rakyat Iraq yang diperangi secara kejam dan ganas oleh Amerika. Memberi Contoh Atau Menunjuk-nunjuk? Kalau inilah yang terlintas dalam hati kecil pemuda UMNO/BN, para pemimpin bertaraf bos besar UMNO/BN dan para juak-juak dan ahli ortodoks mereka. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang terlintas dan menyelinap di dalam hati-hati manusia. Manusia hanya menilai apa yang terzahir dan kelihatan. Derma atau sedekah baik, hatta amal ibadah yang kita lakukan setiap hari apabila ia dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk atau riya. Dari segi hukum feqah Islam amalan itu tidak ada nilainya di sisi Allah. Lantaran, kita lakukan bukan kerana Allah. Bab mahu memberi contoh kepada rakyat supaya suka menderma. Berbeza dengan cara pendekatan yang kita ambil sekarang. Iaitu terlalu banyak publisiti yang melebih-lebih dari yang sepatutnya. Publisiti yang melampau banyak keburukannya, sebagaimana bila seorang makan terlalu banyak, akibatnya penyakit akan menyerang. Tidak mustahil suatu masa nanti hidup rakyat dan golongan muda mudi Malaysia sekadar hidup bergaya, menunjuk-nunjuk dan membudaya sampai ke mati. Mahukah kita mendidik anak bangsa dalam budaya publisiti melampau, budaya ampu bodek, budaya suka menunjuk-nunjuk konon kitalah bangsa hebat, tetapi orang tahu sangat kelemahan kita. Sekadar suka dipuji dan sampai ke mati mahu dipuji-puji dan matipun biar terbalut dengan pujian melangit. Kata seorang guru penulis ketika sekolah dulu, apa kata guru penulis, katanya: Tabiat manusia memang suka dipuji, tetapi tidak layak dipuji. Hanya Allah Ta'ala wajar dipuji kerana Allah memang LAYAK UNTUK DIPUJI. Renungkan bersama betulkah tindak-tanduk kita selama ini dalam mengajak semua orang jadi penderma kepada tabung itu ini......sekarang tabung untuk rakyat Iraq. Bagus memang bagus mengajak orang berbuat kebajikan seperti itu, tetapi bila ia jauh tersasar dari landasan amal kebajikan menjadi amal riya dan menunjuk-nunjuk. Terhegeh-hegeh dan senyum lebar kita menerima derma dari si polan di depan kamera....... Terhegeh pula bila menghulur derma kepada si polan di depan kamera......... apa yang tidak dipublisitikan, semua amal bakti kalau boleh mahu ditontonkan kepada dunia betapa pemurahnya pemimpin UMNO/BN??????????????????????????????????????????? Orang UMNO/BN memang tidak suka dikritik dan ditegur, mereka cukup terasa amat bersalah bila ditegur. Itulah penyakit yang susah diubat dalam diri pemimpin UMNO/BN. Tapi bukan semua, berbeza dengan pemimpin BA dan pembangkang mereka lebih suka dikritik dan ditegur. Lebih mudah terima kritikan rakyat. Inilah ciri pimpinan terbaik dan mahu membaiki diri mereka sepanjang masa. Lihat, bagaimana dua EXCO BA/PAS di Terengganu dikritik dan dituduh yang bukan-bukan secara membabi buta oleh pemimpin UMNO Terengganu kerana anak mereka dapat bantuan zakat dari asnaf fisabilillah, demi maruah dan tingginya hemah mereka lalu mengembalikan semula wang itu kepada pejabat Zakat/Baitulmal Terengganu. Pemimpin UMNO ada yang sanggup bertindak sedemikian??????????????????????????????????????????? Yang pasti UMNO akan tutup cerita itu dan lupuskan dosa pemimpin mereka yang rasuah, salah guna kuasa, menyelewengkan projek dan bla...bla...bla........
Ibn Sabah,
Diterbitkan oleh : |