SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kehebatan Exco TerengganuMIN AINA ILA AINA Oleh Subky Latif KERAJAAN Terengganu pimpinan PAS dan dua orang Exco yang anak mereka menerima bantuan pelajaran dari wang zakat benar-benar teruji apabila ia menjadi isu politik. Ia kira-kira tambah menggawatkan apabila kedua Exco itu tunduk kepada tekanan pandangan umum apabila mereka secara sukarela membatalkan penerimaan zakat anak mereka dan mengembalikan setiap sen yang diambil. Seolah-olah itu menunjukkan satu kelemahan dalam sikap dan cara mentadbir walaupun pemberian zakat kepada pelajar tanpa mengira status keluarga bukan suatu yang salah. Menyerahkan semula wang zakat itu (sebagaimana diumumkan dalam Dewan UNdangan Negeri Terengganu baru-baru ini) dari sudut politiknya suatu yang dikira tidak positif. Tetapi itulah yang terbaik yang dilakukan oleh kedua Exco berkenaan iaitu Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Abu Bakar Abdullah. Sama ada kedua-duanya tahu anak mereka memohon bantuan zakat tidak berbangkit, tetapi Mufti dan Timbalan Mufti yang ikut menentukan pemberian bantuan itu telah melihat dari sudut syarak bahawa anak kedua-dua pembesar itu layak menerima dengan tertakluk kepada peraturan yang Maidam, Majlis agama Islam dan adat Melayu Terengganu. Dari segi hukum, Menteri Besar, Mufti dan Timbalan Mufti telah bersetuju mereka berhak dan tidak salah meluluskannya mengikut isnaf fisabilillah. Para mufti seluruhnya boleh membincangkannya dengan Mufti Terengganu dalam muzakarah yang mereka acap adakan. IKIM boleh meninjau pandangan Mufti dan Menteri Besar Terengganu mengenainya. Itulah adab yang lazim Islam buat untuk menentukan duduknya sesuatu isu. Dari sudut politik awalnya UMNO Terengganu berjaya mengelirukan orang ramai tentang sikap dua exco itu. Walaupun tidak sebarang kesalahan dari undang-undang dan syarak, mereka tunduk kepada tuntutan moral bahawa mereka secara rela memulangkan balik pemberian itu. Kehebatan mereka terletak pada keberanian menerima teguran dan tunduk kepada teguran. Walaupun mereka dan anak mereka tidak salah, tetapi ia telah menimbulkan kekeliruan dan sebarang kelemahan mesti diatasi. Dari segi hak kira-kira ia sama dengan sikap Dr. Mahathir semasa menjadi Menteri Pelajaran tahun 1974 memberi tahu pelajar-pelajar Malaysia di London bahawa anaknya berhak menerima bantuan pelajaran MARA kerana anaknya orang Melayu walapun beliau menjadi menteri pelajaran. Ada kelemahan moral Dr. Mahathir dalam perkara itu sama dengan kelemahan dua exco Terengganu itu. Tetapi kedua exco itu lebih berani, bersedia menghadapi kesannya lalu memulangkan balik bantuan itu. Moral tindakan itu ialah kerajaan Terengganu dan partinya iaitu PAS menerima pendirian betapa teguran dan pandangan umum digalakkan kerana ia memberi banyak kebaikan. Demikianlah cara politik yang sihat mewujudkan petadbiran yang telus, tulus dan berjurus. Sikap berlapang dada itu bukan saja suatu yang Islami, malah ia telah ditekankan oleh pemikir Greek purba seperti Plato, Socrates dan Aristotle malah dituntut oleh pemikir politik terkini. Bahawa manusia itu bersifat lemah dan kekurangan. Yang kuat antara mereka ialah yang bersedia menerima teguran dan pandangan dari berbagai pihak. Dan kekuatan masyarakat itu sendiri bergantung sejauh mana mereka bebas menyuarakan pandangan. Setelah kerajaan Terengganu menganut fahaman itu, maka apa bila ada teguran, benar atau salah, positif atau negatif, maka mereka wajar mendengarnya dan mengambil apa yang terbaik. Adalah suatu kerajaan dan kepinpinan yang bacul apabila pandangan umum diminta dan apabila pandangan diberi, maka bukan sekadar pandangan itu disiasiakan, malah yang membuat teguran dikutuk. Cukuplah dengan kerajaan Dr. Mahathir membenuk Jawatankuasa Ahmad Nordin menyiasat kes MBF. Apabila laporan disediakan, maka anggota jawatankuasa itu dikutuk di dalam dan di luar Parlimen hingga mendorong Ketua Odit Negara itu meletak jawatan. Tidak malu kerajaan BN memberi kepercayaan kepada mufti dalam pentadiran agama, tetapi apabila Dato Ishak Baharum membuat keputusan, maka beliau dipecat? Kerajaan BN kononnya menggalakkan teguran, tetapi apabila teguran, maka si penegur ditahan, tidak tukarkan kelain atau dihalang kenaikan pangkat. WARTA Darul Iman pernah menyiarkan betapa Tuan Guru Nik Aziz dikatakan terlanjur menggambar Dr. Mahathir tidak boleh baca Quran. Apa ada teguran terhadapnya, beliau menulis surat keapda Perdana Menteri itu minta maaf. Jika sikap kedua exco itu mulanya dilihat satu kelemahan, tetapi dengan keberaniannya mendegar pandangan umum, bertindak selari dengan teguran mereka, maka ia adalah satu kehebatan bagi pemimpin-pemimpin PAS dan satu kekuatan bagi kerajaan dan parti yang mereka anggotai.
Diterbitkan oleh : |