SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Perebutan Imam-imam oleh JAIS ke tahap seriusKita telah tahu , beberapa waktu dulu sememangnya di negeri Selangor walaupun pahitnya pengaruh umno terlalu kuat tetapi ada beberapa buah masjid di negeri ini yang masih berani dan lantang bersuara menegur kesilapan pemimpin2 serta memberikan peringatan2 yang tak berani dibuat oleh ulama2 atau ustaz2 umno... Antara beberapa masjid itu ialah di Kelana Jaya, Subang Jaya, Subang Airport , Sg.Buloh, Damansara, Shah Alam (Hicom) dan beberapa buah lagi.... Jika kita lihat masjid2 ini ditempat kedudukannya adalah di tempat2 yang strategik dan ahli qariah yang datang adalah dari golongan pertengahan dan keatas....serta golongan bijak pandai dan golongan2 inteleks. Golongan2 inilah yang menghidupkan masjid...tak cuma dengan hari Jumaat sahaja, dipenuhi dengan kuliah maghrib atau isyak setiap hari, kuliah subuh pada hari sabtu atau ahad dan sekali-sekala mengadakan qiamullail....Alhamdulillah kita bersyukur kerana masih ada masyarakat yang masih mahu mengimarahkan masjid kita...tetapi.... Kejadian yang berlaku sebelum ini juga kita dengar 2 buah masjid iaitu di Kelana Jaya dan Subang Jaya, di mana perebutan jawatankuasa yang telah dilantik oleh ahli qariah dengan JAIS telah berakhir di mahkamah. Keputusan hakim telah memberikan semula kuasa kepada ahli qariah yang asal untuk mengimarahkan semula masjid tersebut. Ini telah memalukan pihak JAIS.Pada hari Jumaat 16 Mei 2003, satu kejadian lagi perebutan di antara ahli jawatakuasa qariah yang telah dilantik di masjid Al-Munawwarah, Sek.27, Shah Alam dengan JAIS. Kejadian bermula sememangnya telah dirancang oleh JAIS kerana pada awal2 lagi sebelum khutbah dimulakan, imam dari JAIS telah datang ke masjid tersebut....tetapi mungkin setelah bilal membacakan azan kali kedua imam jemputan (imam muda) telah mengambil tongkat dari bilal dan terus naik ke mimbar dan membaca khutbah. Mungkin imam JAIS tak sempat naik atau pun terlelap sekejap kot??? Khutbah hari tu bertajuk "Sambutan Maulidul Rasul".....sebahagian isi kandungannya memang sinis mengena kepada JAIS, kerana ia menceritakan imam yang hendak mengimamkan sembahyang tetapi jika tidak di terima dan tidak dilantik oleh jamaah atau qariah maka sembahyang itu tidak sah... banyak lagi masjid yang mati di Selangor tetapi pihak JAIS tidak berusaha mengimarahkannya, sedangkan masjid yang telah hidup pula cuba mahu dirampas....manakala sambutan Maulidul Rasul disambut meriah di jalan2 dan di dewan2 tetapi bukan Rasulullah yang disanjung tetapi pemimpin2 masyarakat yang diagung dan dicontohi...jadi apa ertinya sambutan Maulidul Rasul ini??? Apabila imam habis membaca khutbah dan turun untuk mengimamkan sholat Jumaat , maka imam dari JAIS telah berdiri di atas sejadah tempat imam berdiri tanpa dipelawa atau disuruh oleh AJK masjid ini....maka berlaku sedikit perselisihan pendapat....gema takbir "AllahuAkbar" berkumandang beberapa kali dari seluruh jamaah....sehinggalah imam muda tadi terus mengambil pembesar suara dan mengajak semua jamaah berkumpul kembali untuk bersama2 menunaikan sholat Jumaat. Selepas sholat Jumaat sempurna, berlaku lagi sedikit perselisihan pendapat di antara pegawai2 dari JAIS dengan AJK masjid berkenaan....walaubagaimanapun jamaah yang hadir ketika itu beramai2 melaungkan lagi takbir "AllahuaAkbar" berkali-kali sehingga bergaung bunyi takbir di dalam masjid dan disusuli dengan "Istighfar" dan "Selawat" secara beramai2. Akhirnya pegawai2 JAIS tadi keluar dari masjid dengan hampa....walaupun dapat juga pegawai yang datang membawa kamera mengambil gambar untuk dilaporkan dengan pembesar2 mereka. Di luar masjid mereka disambut lagi dengan gema takbir "AllahuAkbar" oleh jamaah yang berada diluar. Merah padam muka mereka....Tapi tunggulah minggu depan....sudah tentu mereka akan datang untuk merampas kuasa bersama2 dengan polis atau FRU...ini sudah pasti!!! Cuma satu yang saya kagum ialah jamaah yang hadir pada hari tersebut secara spontan beramai-ramai menunjukkan rasa tidak puas hati dan tidak bersetuju mereka dengan cara pengambil alihan imam2 dan jawatankuasa masjid oleh JAIS ini sedangkan AJK dan Imam2 ini semuanya telah dilantik oleh masyarakat setempat secara sah....Ini menandakan mereka sudah ketandusan dan mereka sudah lemah...dan pilihanraya semakin hampir...Walaubagaimanapun ini tidak mustahil berlaku di negeri Selangor kerana sebelum itu masjid di Bangi juga telah dirobohkan.....Jadi apa kata rakyat Selangor???? Adakah anda hanya diam dan mengikut???? -Pencinta Rumah Allah-
Diterbitkan oleh : |