Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

MAHADEATH TELAH MENGHUNUS SENJATA, PAKLAH AKAN BERPUTIH MATA.

Oleh: Zuleda – ptg pauh

Mungkin ramai tidak menyedari Mahadeath telah menghunus senjata. Musuh yang sedang ditikam ialah “orang kanannya” yang tidak dipercayainya lagi – Paklah. Bagi Melayu Yang Tidak Mudah Lupa ( tentunya bukan penganut Umno ) senario krisis pada 1997 antara Anwar–Mahadeath sedang berulang kini. Rentetan sejarah pertembungan antara Wirawan dan Dr. Shit, sedang dilakonkan semula oleh pengarah dan pelakon utamanya, Mahadeath. Skrip yang hampir sama ketika itu,kini sedang digunakan semula. Kesudahan cerita Bollywood ini hanya dapat diketahui Oktober nanti atau mungkin lebih awal lagi. Antara skrip lama yang dilakonkan semula :-

1. UNGKAPAN MANIS BERBISA. :- “LULUS CEMERLANG”, itulah ungkapan manis berbisa yang terungkap daripada lidah bercabang Mahadeath selepas “bercuti” selama 2 bulan, ketika ditanya wartawan tentang prestasi Paklah sewaktu memangku tugas PM. Rakyat semuanya sedar, ketika bercuti di luar negara Mahadeath terpaksa pulang mengejut sebanyak 2 kali untuk mempengerusikan mesyuarat MT umno. Alasan yang diberi, Paklah menjemputnya balik segera. Tersengeh Paklah dengan jawapan spontan Mahadeath apabila ditanya wartawan.

Kita masih ingat, ungkapan yang sama jugalah digunakan Mahadeath pada tahun 1997 , sewaktu “menilai” prestasi Anwar sewaktu memangku jawatan PM. Ungkapan manis penuh beracun itu, kini digunakan semula untuk menikam Paklah. Kita tungguuuuuu !!!

2. SENJATA PENIPUNYA DIGUNAKAN LAGI ……. Mahadeath bukan sekali… malah beratus-ratus kali menyebut akan meletak jawatan. Inilah “senjata penipu” yang sering digunakan untuk menyakinkan penggantinya agar terus mempercayai dirinya. Dulu Mahadeath, bukan sekali bahkan berulang-ulang kali mengisytiharkan bahawa Anwarlah bakal penggantinya untuk memimpin negara apabila tiba masanya.

Kini senjata itu digunakan kembali : “Apa pun saya tetap akan berundur sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno, Oktober ini. Pengganti saya yang akan mengetuai BN pada pilihan raya akan datang,” (Mahadeat - 11.5.2003 )

Lakonannya pada Jun lepas nampak lebih realistik, kerana disulami dengan linangan air mata buayanya….. ughhhhh…waaaa ….. ( sambil meneguk air sejuk di depannya )

3.KONONNYA DITIKAM DARI BELAKANG :- “Ada orang yang meragui saya akan pergi (berundur). Ada yang berkata saya patut pergi sekarang. Saya tak tahu kenapa. Saya rasa mereka tidak percaya saya akan berundur Oktober nanti. Itu pandangan mereka. Mereka sering kali sangsi kepada saya. ( Mahadeath – 11.5.2003 )

Paklah telah dilihat menikam Mahadeath dari belakang. Diberitakan The Economist yang memburuk-buruknya dirinya dipercayai dalangnya ialah menantu Paklah sendiri, Khairy Jamaluddin, Exco Pemuda Umno yang suatu ketika dulu pernah terlibat secara langsung dengan majalah ini.

Dulu- Anwar juga dianggap menikamnya, menggunakan Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda Umno dalam ucapan di perhimpunan Agung Umno, memburukkan diri Mahadeath dengan tuduhan mengamalkan kronisme dan nepotisme …. Maka Mahadeath pastinya akan bertindak balas kepada mereka yang “menderhaka” kepadanya…. Paklah bersedialah.

4. KEPALA BATAS TELAH DIGEMPUR :- Najib, dipercayai mendapat restu Mahadeath, telah mula menggempur Kepala Batas. Sumber daripada Umno Kepala Batas menjelaskan, Datuk Shafiee Afdal dan konco-konconya telah dikerahkan ke sana untuk melobi ketua-ketua dan AJK bahagian agar mendesak Paklah menamakan Najib sebagai TPM. Janji Paklah yang akan menamakan TPM selepas pilihanraya Pendang, sehingga sekarang belum terlaksana. Paklah dilihat cuba menderhaka kepada Mahadeath. Untuk mengekang kemaraan team Najib ke kawasannya, Paklah terpaksa sentiasa mendampingi pengundi Kepala Batas …. Beliau dilihat kerap pulang ke sana menyusun strategi dan mengambil hati penganut umno Kepala Batas.

Mungkin Paklah telah menghidu lakonan Mahadeath ini. Seperti Anwar, yang kerap balik ke Ptg Pauh pada hari-hari terakhir pemecatannya, Paklah turut berbuat demikian. Hampir setiap bulan @ minggu di Dewan Mellenium Kepala Batas ada sahaja program rakyat bersama TPM. Kakitangan kerajaan khususnya, sentiasa dikerah untuk memenuhi dewan tersebut. Jika ditakdirkan berlaku sesuatu ke atasnya … diharap simpati daripada rakyat Kepala Batas mungkin dapat mengubati hatinya nanti !!!

5. MEGAT JUNID SEBAGAI “SENJATA MAHADEATH” :- Sebelum dilantik oleh Mahadeath sebagai Ketua Penerangan Umno, Pak Engku Raja Komando telah mendedahkan bahawa Megat Junid telah bertemu dengannya secara peribadi. Dalam pertemuan itu, Megat Junid telah meminta Raja Komando melalui ceramah BA agar menghentam dan memburuk-burukkan Paklah. Strategi ini sebenarnya telah digunakan kembali, iaitu ketika Mahadeath cuba menghapuskan Anwar melalui buku 50 dalil, pembangkang telah digunakan untuk mendesak Anwar membersihkan dirinya daripada tuduhan itu. Sedikit sebanyak imej Anwar ketika itu turut tercemar. Kini MJ telah dilantik sebagai Ketua Penerangan umno, lebih hampir dengan Mahadeath , lebih mudah strateginya disusun. Terkini, dimaklumkan oleh MJ, kononnya umno telah mengenalpasti ahli-ahlinya yang menjadi dalang memburukkan nama baik Mahadeath dan pemimpin parti. Nama-nama mereka akan diserahkan kepada Paklah untuk tindakan disipilin parti. Apakata kalau salah seorang drpnya ialah menantu Paklah sendiri ? Mampukah Paklah menepis tikaman drp Mahadeath tu ?

6. PAKLAH TELAH BERTINDAK BALAS : Ketua Bahagian Tampin, Shaziman Mansur yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia dan Ahli Parlimen Tampin telah menjemput Dato Shahrir Samad sebagai wakil pimpinan tertinggi Umno bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tampin. Apa yang jelas semasa ucapan perasmian mesyuarat tersebut adalah tindakan Dato Shahrir yang jelas melobi untuk Paklah bagi menggantikan Mahadeath. Suara Sharir seolah - olah mendesak Mahadeath untuk mengotakan janji perletakan jawatannya pada bulan Oktober 2003 ini. Dipercayai kehadiran Shahrir telah diatur dan disusun oleh Khairy Jamaluddin, AJK Bahagian ( menantu Paklah ) yg sengaja tidak menghadiri mesyuarat itu. Persoalannya ... jika Paklah sememangnya yakin bakal PM, mengapa perlu melobi lagi ?

7.MODAL LAPUK DALAM PERHIMPUNAN RAKYAT :- Dengan bermodalkan hujah lapuk, kuasa asing akan menjajah negara, di perhimpunan ulangtahun ke-57 parti reput umno, Mahadeath telah berjaya “mengerunkan” penganut umno tentang ancaman tersebut. Rakyat diminta bersatu di bawah payung reput umno/BN, atau dalam erti yang tersirat kepimpinan Mahadeath perlu disokong dan diteruskan. Dengan “backdroup” pentas yang hanya terpampang gambar besar Mahadeath seorang saja, tambahan pula wajah Paklah yang tidak begitu ceria di majlis itu, mengingatkan kembali perhimpunan rakyat ketika Mahadeath kononnya menentang George Soros yang dianggap sebagai penyangak mata wang . Pinjaman IMF yang kononnya dipersetujui Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu dijadikan senjata menikam Anwar pada perhimpunan tersebut.

Jika sejarah tahun 1998 direnung kembali, Pulau Pinang ( secara kebetulan ?? ), yang diterajui Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan BN negeri, telah dipilih sebagai tuan rumah untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-41. Itulah sambutan “paling hebat” dengan kemeriahan perbarisan ribuan kereta Proton bersama Mahadeath, di sepanjang Jambatan Pulau Pinang pada 30 Ogos 1998. Diberitakan berjaya mencatatkan rekod dalam “Malaysian Guiness Book Of Record.” Sabaruddin Chik, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan merangkap Setiausaha Agung Umno ketika itu, dipertanggungjawabkan merealisaikan impian ini. Harus diingat, Buku 50 Dalil, yang dimasukkan dalam beg perwakilan Umno sebenarnya di bawah kawalan Sabaruddin Chik. Anwar dipecat 2 hari selepas Hari Kemerdekaan di Pulau Pinang selepas rakyat di sana disogokkan dengan kemeriahan kemerdekaan.

Kini, fenomena itu nampaknya berulang kembali. Tiba-tiba warga pendidik di Pulau Pinang dikejutkan dengan program mengejut sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di sini pada 16 Mei nanti. Semua sekolah di P.Pinang diberi cuti berganti pada hari berkenaaqn. Inilah julung kali dalam sejarah pendidikan, perayaan seumpama itu akan berlangsung di Pulau Pinang. Kos perayaan dianggarkan RM 1/2 juta, iaitu hasil “kutipan derma” RM3.00 setiap guru dan kutipan jualan buku latihan kpd pelajar di sini dan ditampung RM100.000.00 drp Kem Pendidikan. Sasaran perhimpunan untuk mengumpulkan seramai 10,000 warga pendidik drp seluruh Negara di Stadium PISA untuk mendengar celoteh Mahadeath. Setiap sekolah di P.Pinang dipaksa menghantar seramai 40% daripada jumlah keseluruhan guru-guru ke perayaan itu. Mahadeath pastinya akan meracau untuk mengharumkan kembali dirinya yang dilumuri shit di kalangan majoriti mata pendidik di sana.

Kata-kata Aziz Shamsuddin – Timb. Men. Pendidikan @ bekas s/u politik Mahadeath @ konspirator pada 23.6.02, selepas sesi lakonan Mahadeath dgn air mata buayanya , bolehlah kita jadikan renungan :-

Ditanya wartawan, adakah keputusan Dr. Mahathir menarik balik peletakan jawatan bertujuan menenangkan para perwakilan dan ahli UMNO, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Dr. Mahathir terus menerajui UMNO.

``Insya-Allah dia tidak letak jawatan, saudara sebagai wartawan akan lebih arif daripada saya, yang penting kita merayu kepada rakyat supaya mengikut nasihat Dr. Mahathir supaya mereka bekerja bersungguh-sungguh.

``Saya rasa Dr. Mahathir patut diberi masa untuk berehat dan mungkin juga diberi peluang untuk mengambil cuti bagi melapangkan fikiran,'' tambah beliau.

InsyaAllah …. Kita tunggulah kesudahan drama “box office” lakonan dan arahan Mahadeath pada / awal Oktober nanti !!!

14.5.03






______________________
Terbitan : 16 Mei 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com