Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

AISKRIM MENAIKKAN SYAHWAT ?

Menjamin hak kepenggunaan dan mempertingkatkan pendidikan pengguna merupakan antara salah satu agenda Biro Usahawan Muda Pemuda Keadilan Malaysia kerana itu adalah antara prinsip penting dunia keusahawanan yang sihat

Biro Usahawan Muda dengan ini melahirkan rasa terkejut apabila sebuah syarikat aiskrim Wall's telah melancarkan aiskrim yang boleh menaikkan syahwat.

"Menaikkan syahwat" bermakna menimbulkan nafsu berahi. Bagaimana sebuah syarikat boleh menjadi begitu tidak bertanggungjawab di dalam penjualan produk sedemikian yang biasa dimakan oleh kanak-kanak. Syarikat itu menjual sesuatu yang mampu meransang nafsu seks kepada kanak-kanak.

Di dalam satu berkembangan Wall's didapati telah menjalankan perbagai cara promosi untuk mempopularkan aiskrim terbaru yang menaikkan syahwat. Dalam promosi mereka mendakwa "aiskrim itu dapat memperbaiki kehidupan berkasih sayang anda", dan telah diberi nama "Love Potion", " Come on Baby" dan "Chick Magnet."

Turut di tawarkan ialah "kit great lover survival" yang mengandungi buku panduan cinta dengan A-Z untuk ke arah menjadi pencinta unggul, termasuk sepasang "love dices", disediakan untuk "spice up the loving game" yang boleh ditukar dengan lapan sarung kon Wall's Conetto Limited Edition. Melihat daripada gambarnya sahaja jelas penganjur cuba ke arah meransang nafsu seks pengguna produk tersebut tidak kira ianya kanak-kanak.

Jika aiskrim itu benar-benar menaikkan syahwat, ia telah melanggar akta Makanan 1983 kerana mencampurkan campuran lain dari yang dibenarkan.

Biro Usahawan Muda amat menyesali tindakkan tidak beretika wall's dalam perkara ini. Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digesa untuk mengharamkan segera penjualan aiskrim ini dan mengarahkan untuk menarik balik aiskrim berkenaan dari pasaran.

Semua pengilang khususnya pengeluar makanan perlu lebih beretika bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata.

Salam Reformasi.

Dato' Sanusi Abdullah
Pengerusi
Biro Usahawan Muda
Pemuda Keadilan Nasional






______________________
Terbitan : 11 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com