Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

GUGURKAN TUDUHAN TERHADAP 7 SISWA

Kenyataan Bersama PRM-keADILan

GUGURKAN TUDUHAN TERHADAP 7 SISWA

Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional (keADILan) menuntut supaya tuduhan terhadap 7 orang mahasiswa digugurkan dan mereka diambil semula oleh universiti-universiti yang telah membuah atau menggantung pelajaran mereka.

Tujuh orang mahasiswa ini ialah dari UTM, UKM, UPM dan UiTM. Mereka telah ditangkap semasa sekumpulan pelajar mengadakan satu perhimpunan aman untuk membantah penahanan pemimpin-pemimpin keADILan serta aktivis reformasi di bawah ISA kira-kira dua tahun dulu.

Ada di antara pelajar ini yang telah dibuang dari universiti dan ada pula yang digantung pelajaran mereka. Mereka telah membawa kes pembuangan dan penggantungan yang tidak adil ini kepada SUHAKAM dan juga merayu kepada Menteri Pendidikan, tetapi tanpa apa-apa kesan. Sekarang ini kes mereka atas tuduhan menyertai perhimpunan haram sedang melalui proses hendak dibicarakan dalam mahkamah.

Memandangkan bahawa kini tahanan ISA tersebut sudah dibebaskan tanpa sebarang syarat, kami menggesa, demi keadilan, supaya segala tuduhan terhadap para siswa ini digugurkan. Bahkan mereka hendaklah dibayar ganti rugi atas segala kerugian yang ditanggung akibat dibuang atau digantung belajar itu.

Dr Syed Husin Ali, President PRM
Dr Wan Azizah Wan Ismail, President keADILan

7th May 2003






______________________
Terbitan : 11 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com