http://www.tranungkite.net - REFORMASI DALAMAN UMNO YANG GAGAL

Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

REFORMASI DALAMAN UMNO YANG GAGAL

Beberapa orang UMNO yang saya temui berkata bahawa pembebasan tahanan2 ISA baru2 ini serta beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan BN/UMNO bagi menjanakan ekonomi serta mengadakan pinjaman kepada peniaga2 kecil menunjukkan bahawa UMNO sudah bersikap liberal dan lebih mesra rakyat. UMNO kata mereka kini adalah lebih peka dengan situasi semasa dan lebih bertanggungjawab untuk menangani masalah rakyat.

Bagi saya pembebasan 6 wira reformasi dari tahanan ISA,penghapusan tol Cheras serta beberapa langkah yang diambil kerajaan untuk memudahkan perlaksanaan pinjaman kecil TIDAK boleh dianggap sebagai indikator yang menandakan UMNO sudah reform dan mendekati seruan rakyat. 6 wira reformasi tahanan ISA itu sepatutnya telah dibebaskan lama dahulu sebaik saja Mahkamah Persekutuan mendapati mereka tidak bersalah dan penahanan mereka itu adalah menyalahi undang2.

Tindakan kerajaan membebaskan 6 wira reformasi tahanan ISA ini adalah satu helah kerajaan untuk mengelak Mahathir disoalsiasat tentangnya semasa Mahathir hadir persidangan G8 baru2 ini. Lagi pun Amerika Syarikat dan negara2 Eropah sudah menunjukkan keresahan dan marah terhadap Mahathir dan kerajaannya kerana membendung kegiatan pembangkang. Maka tepatlah seperti kata Christopher Lockwood dari the Economist bahawa, "The west regarded Dr Mahathir as something of a pariah because of the heavy handed methods he employed against his opponents.”

Penghapusan Tol Ceras dan pinjaman mudah yang diberi oleh kerajaan kepada peniaga2 kecil bagi membenteras along atau ceti haram adalah satu gimik politik murahan UMNO untuk meraih sokongan rakyat dalam pemilu yang akan datang ini.

UMNO adalah UMNO,perangai lamanya masih tidak berubah. UMNO akan melakukan apa saja untuk menipu rakyat. Sebagai contoh,UMNO melalui media massanya telah memperlekeh pembangunan di Kelantan dan Terengganu dan juga di beberapa kawasan Parlimen pembangkang melalui program2 Gerhana di Kelantan,Antara Dua Darjat dsbnya. Tetapi,baru2 ini Mahathir sendiri menegur tentang keadaan kehidupan orang2 Melayu di Tanjong Tokong,Pulau Pinang tak ubah seperti zaman perang Dunia ke-2. Tindakan Mahathir ini ibarat meludah ke langit jatuh pada batang hidung sendiri.

UMNO tidak perlu melihat kekurangan pembangunan di kawasan2 pembangkang, turun saja ke Kampung Abdullah Hj.Hukum,Kampung Kerinci,Kampung Baru semuanya terletak di sekitar ibu kota Kuala Lumpur,dan saksikan tahap pembangunan di kawasan2 tersebut. Saya ajak ZAM dan RTM buat tinjauan dan bikin rencana tentangnya.

Demikian juga tentang kebebasan bersuara dan perhimpunan. Kerajaan UMNO/BN mengenakan berbagai2 sekatan melalui undang2 dan akta2 parlimen bagi mencegah rakyat bersuara dan berhimpun.. Dalam hal ini saya petik kata2 MGG Pillai yang berbunyi, “The government allows public debate only if debates is to praise it.Any public discussion of national or international issues is rarely allowed,and often harressed with violence and arrests if not. It is alright for UMNO to organises a march to the United States of America Embassy to protest the war in Iraq,but not for PAS and the other opposition parties. UMNO can hire the Bukit Jalil stadium for it rallies,and self-important individuals for their children wedding parties,but when the opposition wants to,much needed repairs had to be made.”

Malaysia kini sudah menjadi sebuah negara yang penuh terpalit dengan rasuah. Siapakah yang harus disalahkan dalam hal ini? Bagi saya,Mahathirlah orangnya yang bertanggungjawab kepada merebaknya rasuah di negara ini. Mahathir telah berjaya mengukir seni merasuah dan kronisma dengan licik sekali hinggakan rakyat dan ahli2 UMNO sendiri tidak sedar kronisma dan rasuah wujud di negara ini.

Saya tidak mahu berhujah panjang lebar pasal peroses reformasi UMNO ini. Apa guna ada reformasi sedangkan banyak isu2 mega yang belum dapat diselesaikan. Soalnya bukan UMNO tidak mahu selesaikannya tetapi UMNO berasa terlalu takut untuk menyelesaikannya. Saya tidak mahu senaraikan semua penyelewengan,rasuah dan salah guna kuasa UMNO di sini,tetapi memadai 5 saja.

1. Mendakwa semua kawaq2 yang dok gagau tabung rakyat –KWSP,KWAP,Tabung Haji, PPRT dsbnya. Kawaq2 ini adalah pemimpin2 tinggi UMNO belaka termasuk Mahathir. Tidak guna cekop ikan2 bilis saja yang menjadi barua dan pak sanggup orang2 atasan ini.

2. Dakwa Eric Chia yang terang2 mengaku bahawa dia telah menipu Perwaja, menyebabkan kerugian berbilion2 bagi Perwaja. Adakah pimpinan UMNO/BN memberi perhatian serius dengan fakta dan analisis yang dibuat juruaudit Price Waterhouse?

3. Mendakwa Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik kerana rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa.

4. Jangan memperkudakan Jabatan Peguam Negara, Badan Kehakiman,PDRM, Jabatan Penyiaran RTM,TV 1,2,3 & 7, SPR dan Jabatan2 lain sebagai alat untuk mencapai cita-cita politik UMNO.

5. Mendengar semula kes Anwar mengikut hukum Syariah,kerana Malaysia telah diisytiharkan negara Islam dan menghukum semua konspirator termasuk Mahathir sekiranya Anwar didapati tidak bersalah dan bebas.

Jikalau UMNO berani mengambil tindakan terhadap 5 perkara rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa seperti saya sebutkan di atas barulah UMNO boleh bangga bahawa UMNO sudah reformed dan mendekati seruan rakyat.

Selagi perkara2 ini tidak selesai,bagi saya UMNO itu ibarat sebatang besi buruk yang berkarat,walaupun digilap bertubi2 namun hanya menanti saatnya menjadi reput dan hapus sejak dulu,kini dan selama2nya.

ALI ALLAH DITTA






______________________
Terbitan : 21 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com