SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun DINASTI POLITIK NO, DINASTI EKONOMI YES!PEDAS-PEDAS CILI API PM Dr M @ Cek Det umumkan beliau tidak mahu keluarganya bertanding di Kubang Pasu atau mana-mana kawasan pilihanraya selepas bersara nanti. Katanya beliau tidak hendak menggalakkan kemunculan dinasti. Cili Api dengar semacam Dr M hendak perli Sir Harry Lee Kuan Yew pulak. Sebenarnya Cili Api ingin angkat tabek kepada Dr M kerana hasrat beliau ini. Cuma Cili Api rasa Dr M tak menghormati hak demokrasi. Tidak demokratiklah dia menyekat hak mana-mana anaknya hendak bertanding, sekiranya berhasrat. Tapi, kita tak usah runsing sangat, kerana Dr M memang tidak menghormati demokrasi dan hak sesiapa pun. Cili Api rasa Cek Det tak mahu anak beliau terlibat dengan politik dan pilihanraya kerana beliau hendak mereka menumpu pada ekonomi dulu. Dengan bantuan bapak dan emak, Alhamdulillah semua anak sudah berjaya sekarang ini menguasai banyak syarikat dan mengumpul banyak kekayaan, dalam umur yang masih muda. Walaupun Dr M tidak mahu menggalakkan dinasti politik, sebenarnya beliau sudah berjaya mendorongkan kemunculan dinasti ekonomi. Sekali lagi Cili Api angkat tabek. Tetapi, berapa lamakah Dr M boleh sekat anggota keluarganya masuk politik? Bukankah mereka boleh mendapat kembali hak dan kebebasan untuk bertindak sendiri selepas Dr M kembali ke alam barzakh? Cili Api berpendapat, lebih senang bagi mereka melompat tinggi dalam politik kelak, apabila kedudukan ekonomi sudah tegap. Cili Api tahu. Sebenarnya Dr M berpandangan jauh. Maklum sajalah dengan pemimpin yang berwawasan. Dr M tahu, kegiatan keluarganya dalam politik lebih selamat selepas ekonomi mereka kukuh. Cili Api ingin belajar dari Dr M. Malangnya mungkin terlambat sedikit. Sudah hampir jadi cili kering sekarang.
Diterbitkan oleh : |