Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SPR PROKSI UMNO/BN

Assalamu'alaikum wr.wb

Saudara-saudara yang dihormati sekelian,

Saya ingin merujuk kepada berita yang disiarkan oleh Harakahdaily.net pada hari ini, Jumaat 23 Mei 2003 mengenai berita penolakan oleh parti-parti pembangkang [ PAS, Keadilan, DAP dan PRM] mengenai cadangan SPR untuk menjadikan undang-undang Akuan Janji Calon, Akuan Janji Parti, pendaftaran dengan SPR [tujuan untuk membuat pemantauan ] dan menubuhan satu badan untuk mengawasi pilihanraya.Tiga daripada cadangan SPR itu ditolak dan satu cadangan SPR diterima iaitu untuk membentuk satu badan bagi mengawasi pilihanraya.

Penolakkan yang dibuat oleh parti-parti pembangkang tadi pada hemat saya sangat wajar dan tepat kerana kita semua sediamaklum bahawa SPR adalah proksi kepada UMNO/BN bukan sebuah badan bebas sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. SPR hanya sebuah badan yang ditubuhkan khusus untuk menguruskan pilihanraya semata-mata sepertimana organisasi-organisasi yang lainnya yang ditubuhkan untuk berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah. Ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan olehnya selama ini. Contoh terdekat ialah persempadanan semula yang dilakukankanya menepikan terus formula yang ditetapkan oleh Perlembagan. Persempadanan semula itu bertujuan tidak lain ialah untuk memberi kemenangan kepada UMNO/BN secara percuma, sebab itulah kawasan-kawasan atau negeri yang dikuasai atau pembangkang terutama PAS kuat tidak ditambah langsung kerusi sama ada pada peringkat parlimen atau DUN. Oleh itu tidak hairanlah negeri-negeri yang UMNO/BN kuat pertambahan kerusi meningkat seperti yang berlaku di J

Contoh lain yang boleh kita perhatikan bahawa peranan SPR sebagai proksi kepada UMNO/BN ialah pada pilihanraya kecil di Indera Kayangan, Perlis pada tahun 2001yang mana kita dapat melihat pada pilihanraya tersebut pihak UMNO/BN telah bermain ganas dengan membuat kacau dan berlagak samseng, memukul, mengugut, mengamcam dan sebagainya. Seorang pemuda Keadilan [sdr Johari ] dipukul dan dibelasah, kereta Raja Komando dirosakan, ceramah Nik Aziz [MB Kelantan] diganggu dan yang paling biadap ialah mengepung Ketua Pemuda PAS Pusat [sdr Mahfuz Omar] dan Ketua Pemuda PAS Perlis yang juga seorang ADUN Perlis [ sdr Zulkarnain] tidak membenarkan mereka masuk ke kampung Gelam untuk bertemu dengan pengundi-pengundi dan berceramah di situ.

Perkara ini ditimbulkan di DUN Perlis dan MBnya mengakui kejadian ini terjadi. Lima buah bas yang dijangka membawa pengundi hantu ditahan di Balai Polis Kangar dan dibebaskan lebih kurang jam 4.00 petang pada hari mengundi, setelah berlaku perbincangan di antara TPM dengan Ketua Polis Negeri. Sepuluh laporan polis telah di buat, tetapi satu pun tidak disiasat atau pun diambil tindakan.Apa yang SPR buat dalam mengendali kes-kes seperti ini. Senyap sepi. Begitu juga apa yang berlaku di pilihanraya kecil Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit. Kita semua tahu apa yang berlaku di sini melalui pembacaan, permerhatian, perbicangan dengan masyarakat setempat dan sebagainya. Penggunaan jentera-jentera kerajaan sangat menjolak mata untuk berkempen. Apa SPR buat dan bertindak.

Insiden-insiden di sinilah bermulanya kononnya SPR untuk mengawal ketertiban ketika berkempen dan mengundi. Itulah muncul Akuan Janji Calon, Akuan Janji Parti dan kena berdaftar dengan SPR tujuannya tidak lain adalah untuk mengikat calon-calon dari parti pembangkang.Kita jangan lupa bahawa SPR telah mengubal undang-undang dan telah pun diluluskan oleh parlimen meminda Akta Kesalahan Pilihanraya, di mana dalam akta ini tindakan boleh diambil terhadap mana-mana calon atau wakil rakyat yang telah, sedang dan akan membuat ucapan, perbuatan atau tingkahlaku yang boleh menyinggong perasaan ataupun yang boleh menimbulkan kemarahan individu,kumpulan atau masyarakat, maka tindakan boleh diambil terhadap mereka yang terlibat. Mereka akan senantiasa diawasi 24 jam. Untuk itu, calon-calon dari pembangkang khususnya dari parti PAS haruslah bersiap sedia dari sekarang.

Berbeza dengan calon-calon atau wakil-wakil rakyat dari UMNO/BN , mereka tidak akan diambil sebarang tindakan. Mereka bebas. Inilah realiti yang wujud hari ini, walaupun undang-undang tidak membebaskan mereka. Kita ada bukti dan boleh lihat apa yang berlaku ke atas berpuluh-puluh laporan polis dibuat oleh pihak pembangkang, tetapi satu pun tidak disiasat atau diambil tindakan, tetapi apabila pihak mereka membuat laporan ke atas pembangkang, cepat-cepat mereka bertindak. Contah terdekat, apabila Ibrahim Ali dari MTRK membuat laporan polis berhubung dengan tajuk Harakah " Malaysia Membantu Amerika " dalam kontek perdebatan Dr.Syed Azman di parlimen, cepat-cepat polis Sentul menyiasat sdr Zulkifli Sulung, Ketua Pengarang Harakah pada 22 Mei 2003. Oleh itu, tepatlah penolakan yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadap cadangan SPR itu supaya mereka tidak terperangkap.

Satu perkara lagi, perlu diingat bahawa cadangan yang persetujui oleh parti-parti pembangkang tadi untuk menubuhkan satu badan bagi membuat pemantauan pilihanraya. Melalui ruangan ini saya merayu kepada semua ahli-ahli YB dari PAS, Keadilan dan DAP supaya dapat pastikan bahawa badan yang hendak ditubuhkan ini benar-benar bebas dan berkecuali. Perlu ambil wakil-wakil dari PBB atau wakil dari Negara-negara Comenweatlh dan juga NGO-NGO yang bebas, yang paling penting ialah pastikan wakil yang menduduki badan tersebut bukan mewakili kelompok mereka. Kalau tidak badan ini akan menjadi sesia, menjadi seperti SUHAKAM. Laporan yang dibuat tidak ambil peduli dan tidak pernah dibawa ke parlimen untuk dibincangkan kerana SUHAKAM ditubuhkan oleh parlimen.Biarlah apa media mereka hendak perkatakan tentang pemilihan wakil dari luar ini, yang penting pilihanraya hendak berjalan secara adil dan tulus. Tidak lagi berlaku seperti pilihanraya ke 10 yang lalu di mana mereka berkempen kadangkala melanggar etika kew

Sekian, terima kasih. Wassalam






______________________
Terbitan : 7 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com