SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun GEMBIRA TAHANAN ISA BEBASKenyataan PRM GEMBIRA TAHANAN ISA BEBAS Seluruh anggota PRM merasa gembira atas pembebasan Mohd Ezam Mohd Nor, Tian Chua, Saari Sungib dan Hishamuddin Rais dari tahanan ISA. Kami percaya anggota keluarga mereka tentulah lebih gembira lagi. Pembebasan ini membuktikan lambat laun kebenaran akan berjaya juga. Sebenarnya, mereka telah ditahan 26 bulan sejak ditangkap dan sepatutnya telah dibebaskan lebih awal, selepas Mahkamah Persekutuan mendapati pihak polis berniat jahat terhadap tahanan mereka. PRM ingin menggesa supaya Dr Badrul Amin serta Lokman Adam dibebaskan dengan tidak lengah-lengah lagi. Tidak perlu Menteri Dalam Negeri menahan mereka sehingga cukup tempoh dua tahun. Sebelum ini ramai tahanan ISA yang dibebaskan sebelum cukup tempoh tahanan mereka. Kami juga berharap Sdr Ezam akan dibenarkan bebas dengan ikat jamin apabila beliau memohon untuknya. Selain itu, kami mendesak agar Menteri Dalam Negeri segera membebaskan tanpa syarat semua tahan ISA yang masih ditahan secara zalim tanpa bicara. Keempat-empat tahanan ini dibebaskan tanpa syarat. Dengan pengalaman, pengetahuan dan kewajaan yang diperolehi semasa tahanan, sudah pasti mereka akan dapat bergerak dengan dinamis lagi untuk memperjuangkan keadilan dan membela nasib rakyat ramai. Pembebasan tiga orang pemimpin muda keADILan ini pasti akan dapat memantapkan lagi pimpinan Parti Keadilan Nasional dan juga Parti Keadilan Rakyat, setelah ia dilancar secara rasmi tidak lama lagi. Selamat pulang dan selamat berjuang!
Dr Syed Husin Ali
2hb Jun 2003
Diterbitkan oleh : |