SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ibrahim Saad masuk, Sharif Omar keluar
Oleh Mohd Sabri Said Angin bertiup hebat di Pulau Pinang mengatakan Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor merangkap Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Seri Sharif Haji Omar, bakal 'tersingkir' daripada senarai calon negeri ini apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengambil alih kepimpinan negara Oktober depan. Khabarnya, Abdullah ingin memanggil balik Dato' Dr Ibrahim Saad atau lebih dikenali dengan panggilan Mr 10 persen bagi mengemudi Umno negeri sekali gus menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri menggantikan tempat Adun Teluk Bahang, Dato' Dr Helmi Yahya. Helmi dikatakan akan diletakkan sebagai calon Parlimen Balik Pulau dalam pilihan raya umum akan datang. Selain itu, Helmi juga didakwa bukan gandingan Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Penyingkiran Sharif didakwa berkait rapat dengan kegagalannya membantu kerajaan mencari pendekatan untuk meningkatkan pendapatan negeri. Selain itu, beliau dikatakan bertanggungjawab mengeruhkan perhubungan antara kerajaan dengan rakyat apabila beliau memperkenalkan pendekatan melantik Ahli Jawatankuasa Masjid oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), bukannya pemilihan oleh anak kariah. Dalam pada itu, Ibrahim dianggap 'hero' oleh orang tertentu dalam Umno apabila sanggup berhadapan dengan isteri bekas teman rapatnya dalam pilihan raya umum 1999 di kerusi parlimen Permatang Pauh. Walaupun kalah, kedudukan Ibrahim dalam Umno dianggap masih kuat dan Abdullah diberitakan akan menempatkan 'orangnya itu' di kerusi selamat, seperti di Dun Batu Kawan (Dun baru setelah persempadanan semula oleh SPR baru-baru ini), bagi menjamin kemenangan beliau dalam pilihan raya umum akan datang. Di Dun ini kedudukannya dikatakan terjamin, berbanding di Tasek Gelugor yang bergelora ekoran ura-ura Ibrahim akan mencabar Sharif untuk jawatan Ketua Bahagian sedikit masa lalu. Ibrahim dianggap gandingan pimpinan negeri yang boleh mengimbangkan pembangunan untuk orang Melayu setelah berjaya memperkenalkan beberapa projek mega, seperti Bandar Perda dan sebagainya. Tambahan lagi beliau dilihat sebagai seorang yang tegas dan berani menyuarakan pandangan untuk kebaikan orang Melayu berbanding gandingan Sharif - Helmi yang dikategorikan sebagai 'lembut dan bersopan'. Dalam perkembangan berkaiatan, di parlimen Tasek Gelugor sendiri, kini hangat diperkatakan kemungkinan seorang tokoh agama yang bertugas di Kuala Lumpur akan di panggil pulang menjadi calon Umno/BN untuk berhadapan dengan calon PAS atau KeAdiLan. Usaha ini nampaknya sedang giat dirancang, terutama setelah Abdullah gagal mendapatkan khidmat orang baru yang mempunyai latar belakang agama bagi mengisi kekosongan di situ. Jika orang harapannya itu memenangi kerusi ini besar kemungkinan beliau akan diangkat menjadi Penasihat Agama Perdana Menteri mengantikan Dato' Paduka Abdul Hamid Othman yang bakal hilang jawatan bila Dr Mahathir Mohamad bersara daripada menjadi Perdana Menteri. Tindakan Abdullah itu dianggap bijak kerana jawatan Ketua Menteri akan kekal di tangan Parti Gerakan sebagaimana kenyataan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) beberapa hari lalu.
Diterbitkan oleh : |