SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Masjid di Selangor bergolak lagi akibat tindakan JAISOleh: Imam Lama. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) boleh diberikan ‘ pingat ‘ oleh UMNO kerana begitu taat setia melaksanakan semua arahan dan suruhan pemimpin tertinggi UMNO Selangor, Khir Toyo. Tanpa melalui mesyuarat rasmi ahli kariah terbabit, wujudlah sekarang ini sebuah kumpulan pegawai dan jawatankuasa masjid yang dipilih hanya melalui ‘pengisytiharan’ saja, seperti dilakukan oleh PM Mahathir yang mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam (?) Dengan tindakan demikian, sahlah JAIS sekarang menjadi sebuah jabatan yang ‘diperkuda’ oleh pemimpin politik pemerintah, tanpa ragu-ragu lagi !. Kalau tindakan meroboh masjid Jubli Perak, Bandar Baru Bagi, atas alasan ianya sebagai Masjid Dhirar ( meminjam kata-kata Khir Toyo) dan pengambilalihan pentadbiran Masjid Munawarah, Shah Alam sebagai mengelakkan penyalahgunaan politik dan peribadi maka pengisytiharan pegawai dan jawatankuasa ke atas kira-kira 380 buah masjid seluruh Selangor kali ini diberikan alasan oleh JAIS sebagai tindakan untuk ‘ memantapkan segala pengurusan masjid sebagai zon bebas dari kegiatan tidak sihat “ ( menurut dilaporkan oleh Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Fakrul Azam Yahya ). Semua alasan diberikan JAIS di atas sebenarnya amat diragui oleh kebanyakan umat Islam di Selangor. Kerana apa yang berlaku sekarang adalah menjadi sebaliknya. Saksikanlah apa berlaku selepas pengisytiharan dilakukan minggu lalu ?. Beberapa buah masjid yang ‘mulai aman ‘ sudah bergolak semula. Terdapat Nazir dan Imam serta pegawai lain yang sudah dilantik oleh JAIS semasa ‘ pembersihan ‘ peringkat pertama dahulu, sekarang jawatan tersebut menjadi‘ tonggang terbalik ‘. Ada Imam (1) masa lalu sekarang jadi Imam (2 ), begitu juga jawatan Nazir masa lalu, sekarang jadi timbalan. Setiausaha jadi pemeriksa kira-kira dan lain jawatan lagi, selain ‘ naik nama ‘ mereka yang diragui keikhlasannya oleh jemaah serta jarang-jarang datang ke masjid memegang jawatan penting !. Sekarang kebanyakan masjid di Selangor bergolak lagi. Kekecuhan berlaku bukan sahaja ke atas pegawai dan jawatankuasa masjid terbabit dari kalangan orang yang dicap oleh JAIS sebagai kalangan parti pembangkang, malah turut berlaku ke atas masjid yang pegawai dan jawatankuasanya sejak dulu kesemuanya terdiri dari orang UMNO sendiri. Ini tidak terkecuali berlaku ke atas beberapa masjid berada dalam DUN Sungai Panjang yang diperintah oleh Khir Toyo sendiri !. Melihat keadaan berlaku sekarang, jelaslah JAIS menjadi sebuah jabatan yang tidak popular lagi di mata kebanyakan umat Islam di Selangor. Dan sudah ramai kelompok umat Islam di Selangor yang mencabar pengarah JAIS, Mansor Ramli supaya bertanding saja menjadi calon pilihanraya akan datang, supaya JAIS benar-benar dapat dibersikan dari individu yang ada kepentingan politik peribadi serta dapat menjadikan JAIS sebuah jabatan yang tulin menjaga kepentingan agama Islam.Mereka tidak mahu JAIS dipersenda dengan kata-kata ‘ Jabatan Anti Islam Selangor ‘ berikutan kebanyakan tindakannya sejak kebelakangan ini adalah ke arah kerosakan agama dan menghalang usaha memakmurkan masjid oleh mereka yang ikhlas bertugas kerana Alllah semata-mata. Mereka mahu JAIS ditakbirkan oleh pegawai yang mengamalkan ‘syura’ seperti arahan ajaran Islam dalam semua tindakannya dan bersih dari anasir orang yang mahu ‘ memperkudakan ‘ untuk kepentingan kelompok politik dan individu. Apa yang jelas dan tidak boleh disembunyikan dari pemerhatian umat Islam sekarang ialah apabila sesuatu urusan atau pekerjaan jika diserahkan kepada mereka yang bukan ‘ ahlinya ‘, maka tunggulah saat kehancurannya !. Dan benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w terhadap JAIS sekarang………
Diterbitkan oleh : |