SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun RUMAH MISTERI DI PINGGIR KOTA
RUMAH MISTERI DI PINGGIR KOTA TIBA-TIBA saja rumah itu sudah ada di sana. Muncul secara tiba-tiba. Tiada siapa tahu bagaimana rumah yang dimaksudkan berada di tempat itu. Semua orang bertanya. Bertanya kepada wartawan Alidin, Jasni, Japar dan Sidek. Nyatanya mereka jadi pusing dan bingung melulu. Pertanyaan selalu saja tidak punya jawaban. Wartawan Alidin sendiri tidak tahu. Jasni hanya diam. Sidek juga demikian. Rumah itu memangnya agak asing kelihatannya. Pintu dan jendelanya menurut Sidek hanya sesekali saja dibuka atau mungkin terbuka tanpa sesiapa membukanya jelas Jasni. Lokasi rumah itu benar-benar di pinggir kota kata Japar. Tidak jauh dari pantai tambahnya Alidin. Tepat di tepi sebuah sungai yang kira-kira hanya dua kilometer saja jauhnya dari pusat kota kata Sasjira yang baru saja tiba dari Sandakan. Memangnya begitulah yang ditakdirkan katanya Jasni sebagai penjelasan pertanyaan yang tidak pernah mendapat jawaban. Semua orang rasanya tidak bisa menolak takdir kata Osman yang juga baru saja datang dari Beluran, sementara Bob Sarman hanya tersengih sambil di tangannya ada ubat mati pucuk yang entah untuk siapa. Ah, Tuhan telah menentukan sedemikian kata Ramli dari Kudat. Tuhan tentunya telah mengatur semuanya semacam itu. Memang tiada yang mustahil dalam hidup ini, demikian sms Ustaz Arifin kepada Alidin. Apa lagi kala Tuhan mahukan rumah itu ada di sana kapanpun Dia mahu tambahnya. Yang jelas orang ramai asyik sangat membicarakan rumah yang satu-satunya itu. Rimpah kata rumah itu mula-mula kononnya tidak berpenghuni. Kenyataan Rimpah disokong oleh Sapura. Tak seorangpun yang diam di dalam rumah itu. Nah, hal itulah yang menjadikan orang di sekitar kota sangsi dan masing-masing bertanya. Hal itulah yang menjadi persoalan yang tidak berkesudahan dalam hidup mereka. Orang ramai jadi bingung dan tidak bisa duduk diam. Ada saja yang tidak kena. Ada saja yang membikin mereka tidak senang. Orang ramai hanya melihat dan mengintai-intai dari jauh. Tiada siapapun berani mendekati rumah itu, apatah lagi berkira-kira mahu masuk ke dalamnya. Kira-kira dua hari kemudian ramai yang melihat bahawa ada seorang lelaki asing kononnya muncul di dalam rumah itu. Muncul secara tiba-tiba yang entah dari mana datangnya jelas Norbaya yang secara kebetulan berada di sekitar rumah itu sejak berita itu diketahuinya. Memangnya lelaki itu agak asing kelihatannya. Tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Iya, seorang lelaki yang agak lain dari lelaki lain kata Junainah alias Mak Ngah dari Weston yang datang bersama Norbaya. Mereka adalah wartawan yang sekaligus penulis cerpen yang tentunya saja mahu mendapatkan cerita untuk dijadikan bahan. Mereka sudah berhari-hari memerhatikan keadaan rumah itu. Orang ramai mencuba menatap wajah lelaki itu kata Norbaya, tetapi memangnya tiada siapa mengenali lelaki itu. Memangpun wajahnya lelaki itu agak lain dari orang lain. Tidak seperti orang biasa. Jauh berbeda. Memangnya amat menghairankan orang ramai. Ada sesuatu yang ganjil dan keganjilan itu sukar sangat mahu diperkatakan. Selang beberapa hari kemudian kelihatan ada seorang perempuan yang barangkali tentu saja teman lelaki itu. Munculnya juga secara tiba-tiba yang entah dari mana. Sesudah itu pula ramai yang melihat ada beberapa orang pula yang ikut tinggal bersama di dalam rumah itu. Wajah mereka memangnya agak lain dan tidak seperti orang biasa. Siapakah mereka itu? Tiada siapa dapat menjelaskan. Sesungguhnya, tiada siapa yang tahu. Seminggu kemudian semua penghuni di rumah itu menghilang secara tiba-tiba yang entah ke mana perginya. Hal berkenaan juga amat menghairan. Pintu dan jendela rumah itu tidak lagi terbuka seperti selalunya. Kecuali sebuah pintu yang menghadapi ke arah timur. Itupun hanya sesekali. Tiada siapapun yang tahu. Mungkin saja mereka melarikan diri kala malam tiba kata Masrani. Mungkin juga sambung Ramli yang biasanya diam saja kerana kehairanan sangat. Iya. ternyata sejak hari itu mereka tidak pernah muncul-muncul semula di rumah itu. Orang ramai memang hairan sangat. Semakin hairan dan terus juga bertanya tetapi pertanyaan tetap tidak punya jawapan. Wartawan Alidin yang tugasnya menulis peristiwa itu semakin bingung. Benar-benar bingung. Menurut Alidin yang ada hanyalah seorang perempuan yang agak tua dan sesekali kelihatan berdiri di depan pintu yang menghadapi ke arah timur itu. Rambutnya kata Alidin amat panjang dan putih sekali. Matanya berbinar dan bercahaya tajam menikam serta amat menakutkan. Perempuan tua itu sama sekali tidak pernah dilihat orang sebelumnya. Alidin semacam tidak terdaya membayangkan bentuknya perempuan itu. Siapakah dia perempuan tua itu? Ramai yang bertanya kepada Alidin, tetapi pertanyaan selalu saja tidak ketemu jawapan. Nah, kala tidak ketemu jawapan, maka orang ramai terus saja berfikir yang akhirnya mengambil keputusan bahawa adalah lebih baik tidak usah bertanya dari terus menyusahkan diri untuk kepingin tahu. Alidin sendiri menasihatkan orang ramai agar tidak usah bertanya kepadanya kala dia sendiri tidak tahu. Dua hari lewat tiba-tiba orang ramai di kota itu jadi ribut. Benar-benar ribut. Jadi heboh.Kedaan penghuni kota jadi tidak menentu. Cerita itu merebak dan menjadi berita terpenting. Lebih penting dari cerita-cerita terpenting sebelumnya. Semua surat khabar di kota menyiarkan berita terpenting itu di muka depan dan rupanya kejadian itu telah menarik perhatian para wartawan dari seluruh dunia termasuk CNN yang bijak memutarbelitkan fakta. Berbondong-bondonglah para wartawan datang membanjiri kota itu hingga kota penuh sesak dan hotel tidak bisa menampung kehadiran orang asing yang datang. Iya, diceritakan konon rumah yang muncul secara tiba-tiba itu menghilang secara mendadak. Memang amat menghairankan semua orang. Kehilangannya rumah itu cukup memeranjatkan hingga orang ramai terpaku dan terdiam sebentar kala mendengar cerita itu, tapi tiada siapa dapat menjelaskan tentang asal usulnya rumah itu. Memangpun. Kononnya ramai yang melihat bahawa lewat malam jumaat, rumah itu tiba-tiba diangkat ke langit. Terangkat ke langit secara perlahan-lahan bersama kepulan asap yang memberi cahaya di kawasan itu. Kawasan itu jadi terang benderang kala kejadian itu terjadi. Iya, memang ada sesuatu yang mengangkatnya ke langit, tetapi tiada siapa bisa memberikan jawaban pasti. Entah siapa pula yang mengangkat rumah itu ke langit. Sesuatu yang tidak boleh dipercayai. Memangpun tidak boleh dipercayai, tetapi memang kenyataannya sedemikian. Aneh. Tidak pernah terjadi sebelumnya. Nah, itulah tanda-tandanya dunia sudah berada di penghujung jalan kata Ustaz Musally dan kenyataan itu itu disokong oleh Ustaz Najion. “Siapa yang mengangkat rumah itu ke langit?” Kata Jasni. Alidin tidak menjawab kerana Alidin sendiri tidak tahu. Pertanyaan semacam itu terus ditanyakan oleh Mazna kepada Ramli dan Ramli sendiripun tidak tahu. Pertanyaan demi pertanyaan melompat-lompat dari mulut ke mulut. Semua orang bertanya. Tiada yang tidak bertanya, tetapi pertanyaan tetap saja tidak punya jawapan. Tiada siapa yang tahu. Akhirnya orang ramai jadi malas untuk bertanya. Kapan pertanyaan tidak punya jawapan, maka akibat peristiwa itu menyebabkan orang ramai di sekitar kota asyik berfikir. Berfikir dan berfikir tanpa henti. Berfikir dan terus berfikir. Iya, akhirnya ternyata ramai orang-orang di kota itu menjadi ahli fikir yang belum tentu menjadi bisaksana. Mereka terus saja berfikir dan berfikir. Siang dan malam. Malam dan siang. Siang dan malam. Berulang-ulang tanpa ketemu kesudahannya. Nah, akibatnya terlalu banyak berfikir dan yang difikirkan tidak ketemu kesudahan. Tidak ketemu penghujungnya, maka hampir semua orang-orang di kota itu menjadi senteng atau tidak siuman. Tidak siuman atau menjadi senteng. dan terakhir ramai kalangan mereka yang tadinya tidak siuman atau senteng menjadi gila. Mereka yang tadinya senteng, tidak siuman dan gila segera keluar ke jalan raya kerana kemuncak gilanya sudah sampai sambil bersuara dan suara mereka menjadi koor. Serentak itu mereka berteriak dan berteriak hingga kota dipenuhi oleh teriakan mereka. Sambil berteriak, di tangan mereka ada panji-panji berwarna merah dan biru tua. Mereka terus berteriak berjalan sederap tanpa sepatu tanpa baju. Kelihatannya ada yang bertelanjang. Mereka berbaris sepanjang jalan Luyang dan menuju ke Taman Tun Fuad di BP dan ternyata akhirnya mereka stop tepat di sebuah rumah. Hairan. Memang agak menghairankan bahawa tanpa disangka-sangka diantara ribuan orang-orang senteng, tidak siuman dan gila itu berdiri di atas Mimbar Terminal Tiga seseorang pemuda yang kelihatannya gagah perkasa. Beliau berdiri tegaksegak dan bergaya serta bersemangat waja penuh yakin sambil terus berteriak dengan suara yang satu selaku pemimpin koor yang bijaksana kononnya. Kelihatannya pemuda itu semacam seorang deklamator yang sudah bersiap sedia menghentam pemerintah. Yang dimaksudkan ialah orang yang sedang dicari oleh polisi sejak sekian lama kerana dianggap berbahaya akibat gila yang kalau sampai di puncak gilanya bisa membunuh orang. Dia tidak lain dan tidak bukan ialah Bang Maily. (2/6/2003 jam 2:30am) Nota: Akhirnya pegawai keselamatan pemerintah dipanggil datang segera ke tempat perhimpunan dan semuanya yang berhimpun ditangkap dan ditempatkan di rumah sakit orang Gila Bukit Padang yang menyebabkan rumah sakit itu penuhsesak oleh orang-orang gila.
Diterbitkan oleh : |