SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Heboh pasal VCD dan rasuahOleh : KANG SEMAR. Nampaknya berita penggantungan tugas selama sebulan oleh kerajaan Selangor ke atas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Kudus Ahmad menjadi tajuk perbualan hangat di warung kopi seluruh Selangor sekarang. Orang-orang Umno sebuk mengatakan inilah satu contoh kerajaan pimpinan Umno amat perihatin dengan perbuatan salahlaku rasuah. Maka berbagailah pujian mereka kepada Khir Toyo sebagai tonggak pemerintah Selangor kerana beliau dilaporkan enggan ‘ masuk campur’ dalam kes tersebut. Biar yang kena tuduh itu diadili dan disiasat oleh BPR saja untuk diambil tindakan dan hukuman, katanya . Tapi bagi kalangan penyokong parti pembangkang (BA) mereka mau mempersoalkan kenapa hanya Abdul Kudus sahaja yang digantung kerja untuk disiasat, sedangkan kenapa tidak kepada mereka yang sama melakukan perbuatan rasuah seperti Khir Toyo, tidak disiasat oleh BPR untuk diadili juga ?. Dah banyak laporan dibuat oleh Ahmad Lutfi , Hasan Ali dan Teng tentang Khir Toyo memberi tanah kepada kroni yang berkepentingan di Selangor ini , cukup dengan bokti bertulis serta sudah diketahui umum, namun hingga sekarang ke mana laporan tersebut dibenam oleh BPR ?. Di sinilah rakyat mempersoalkan kemampuan BPR dan keikhlasan Khir Toyo dalam menangai kes-kes berhubung dengan rasuah. Ini yang dikatakan orang : “ Ikan bilis masuk dalam pukat , tapi ikan jerung lepas melompat keluar “. Rakyat Selangor mahu kalau siasatan kes rasuah dilakukan ke atas Abdul Kudus, maka siasatan juga perlu dilakukan ke atas Khir Toyo dan kerjanya juga di gantung sama !. Tapi bak kata ramai kaki borak warung kopi, untuk mengharapkan BPR mengambil tindakan kepada Khir Toyo, tunggulah sampai kucing keluar tanduk !……….. Pasal tindakan kerajaan hendak menumpaskan pembuat dan pengedar VCD lucah pula orang-orang Umno pergi beraraklah ke sana sini mencanangkan bahawa kerajaan amat perihatin ke atas perbuatan dan gejala buruk yang boleh meruntuhkan moral kalangan anak muda. Ada yang terlampau taksub lantas memberikan pendapat, kononya dengan arahan PM dan TPM yang amat serius kali ini akan amanlah Malaysia dari perbuatan mungkar. Poooorah …. Sana boleh cakaplah ! .Sudah banyak tindakan masa lalu seumpamanya dibuat, tapi cuma setakat ‘ semusim’ saja. Tak lama esuk, tenguklah akan biak lagi VCD lucah di pasaran. Rakyat melihat tindakan yang dilakukan kerajaan semata-mata kerana bertujuan sesuatu yang tersirat dan untuk menaikkan imej politik BN/Umno semata-mata. Hasilnya cuma buat sementara saja. Bak kata orang kampung cuma untuk buat gempak. Sejarah masa lalu memberikan pertunjuk kepada rakyat bagaimana kegagalan pihak kerajaan BN/ Umno termasuk polis melaksanakan tindakannya. Berbagai-bagai slogan dan nama operasi polis dicipta, tapi hasilnya slogan dan nama operasi itu sekarang sudah terbenam dalam ‘ muzium kenangan ‘ saja. Kesannya cuma semusim jer…….. Kalau benar-benar kerajaan BN/Umno mahu segala tindakannya berkesan untuk selama-lamanya , lakukanlah segala tindakan itu mengikut seperti dianjurkan Islam. Jangan belakangkan peraturan Al Quran dan Hadith. Pemimpin-pemimpin negara jangan membuat kerja mungkar dan jangan menajanya. Jangan musuhi ulamak, Jangan runtuhkan institusi agama atau halang usaha memakmurkannya. Jangan menzalimi rakyat sendiri dengan perbuatan dera atau ugut . Malah banyak lagi yang tidak dapat dicatatkan ( kerana terlampau banyak dan terlampau jauh pemerintah BN/Umno menyimpang dari landasan sebenar ! )
Diterbitkan oleh : |