Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Orang Kampung Sudah Mula Cerdik ?

Kalau pada masa lalu ramai orang-orang bijak menuduh kalangan orang kampong sebagai kolot dan tidak tahu berfikir, sekarang tuduhan itu macam tidak berasas dan tidak boleh ‘ dipakai ‘ lagi . Orang kampong sekarang ternyata lebih bijak dari mereka yang berkelulusan tinggi bagi satu-satu isu yang berlaku di negara ini. Sudah banyak pendapat orang kampong yang sama atau membetuli dengan pendapat orang yang bijak pandai dan berkelulusan bidang kehakiman , termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan Umno / BN.

Kita ambil contoh tentang keputusan mahkamah Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak lama dulu. Sebelum keputusan dibuat oleh hakim yang bijaksana dan adil, ramai orang kampong yang sanggup ‘ kerat jari ‘ dan mengatakan rayuan Dato’ Seri Anwar SUDAH TENTU KENA TOLAK ! Alasan mereka, selagi institusi kehakiman berada pada zaman pemerintahan Dr.Mahathir, selagi itulah tidak ada keadilan hakim diperolehi. Kerana itu kata mereka, perbicaraan yang dibuat hanya satu sandiwara badan kehakiman, sedangkan keputusannya sudah ada !. Cakap mereka nampaknya betul…….

Begitu juga semasa perbicaan awal Dato’ Seri Anwar dulu. Ada orang kampong yang sanggup sembelih lembu menjamu ahli kariahnya, kalau perbicaraan itu menyebelahinya.Kata mereka, Dato’ Seri Anwar MESTI KENA HUKUM. Di antara mereka yang bercakap begitu adalah terdiri daripada kalangan ‘peguam ‘ atau lebih dikenali dengan gelaran loyer buruk kedai- dan warung kopi. Akhirnya, cakap-cakap orang kampong itu memang betul berlaku !…….

Contoh paling baru ialah tentang Amanah Saham Selangor ( ASAS ). Orang-orang kampong yang hangat hati dengan wang titik peluh mereka hasil pendapatan sebagai petani, nelayan dan peniaga , sekarang sudah jatuh ke paras paling teruk dalam sejarah saham amanah, ramai mereka berikan pendapat supaya lebih baik tutup saja ASAS. Habis cerita…….!.Tapi, mereka mahu syarat, nilaian RM 1.00 yang mereka beli dulu hendaklah dikekalkan. Kerana kerajaan Umno / BN di Selangor sudah berjanji bahawa nilai saham mereka dijamin oleh kerajaan !. Sekarang, dengar-dengar cerita ASAS sudahpun hendak ditutup oleh Khir Toyo !………

Di samping itu orang kampong menyarankan, kalau ASAS hendak ditutup, lebih baik masa sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama. Dari dibiarkan ‘hidup segan, mata semakin hampir ( bukan mati tak mau ! ) , baiklah dikapankan sebelum PM Mahathir letak jawatan bulan Oktober depan. Tapi, kerajaan mesti kotakan janjinya !. Sebab ramai orang kampong terdiri daripada ahli Umno yang membeli ASAS itu, mereka terpaksa bergadai bergolok untuk turut serta dalam amanah saham yang dijanjikan MEMANG PASTI UNTUNG itu. Dulu ,mana-mana orang kampong yang bijak sikit, mereka pinjam wang dari bank sampai RM 10,000. Sekarang ? Mereka yang pinjam wang dari bank untuk beli ASAS itu siang malam asyik tunggu surat saman mahkamah dari bank. Sebab hutang tak dapat dibayar !………

Cuma ada sedikit yang orang-orang kampong ( tentunya kalangan Umno ) ‘ nampak bodoh ‘ ketika ini. Mereka tak serik-serik dengan janji manis serta memuja pemimpin Umno. Semua cakap pemimpin, mereka ikut macam sabda nabi dan perintah Allah. Tak kira cakap pemimpin itu betul atau cuma cakap kelintong membodohkan mereka sendiri. Terutama sekali kalangan ahli-ahli Umno yang ‘ gila pangkat ‘ hendakkkan jadi ketua atau AJK cawangan-cawangan dan kontraktor muda yang baru lulus kursus dan dapat lessen kontrak, supaya mereka dapat projek. Lepas itu jual pada Cina, dapatlah duit dua tiga ribu ringgit hasil jualan projek itu. Lepas itu, mereka membodek dan menjilat lagi Khir Toyo, Salamat Dolah, Masloro, Haji Jamian, Haji Sumadi dan mereka yang seangkatan dengannya , supaya dapat lagi projek-projek lain yang tentunya tak payah dibuat melalui tender terbuka. Tender pakai tunjuk saja……

Tentang sepak terajang politik macam ini nampaknya orang kampong ( terutama ahli Umno ) belum berapa cerdik sangat nampaknya………………

Kiriman : RAJA PANTAI LANDU






______________________
Terbitan : 5 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com