Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Anak Menteri UMNO dtangkap?

KOTA BHARU, 5 Jun (Hrkh) - Anak kepada salah seorang menteri kabinet ditahan pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) pada malam 1 Jun lalu, di sebuah hotel di bandar ini kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh.

Jurucakap Jaheaik berkata, pegawai bahagian penguatkuasaan menyerbu sebuah bilik di aras tujuh hotel tersebut dan mendapati penghuninya berada dalam keadaan yang meragukan kira-kira jam 12.30 pagi. "Pihak kami mendapati tiga lelaki termasuk seorang berbangsa Cina bersama-sama tiga wanita yang berpakaian menjolok mata berada dalam bilik yang hanya diterangi cahaya lampu samar-samar.

"Ketiga-tiga wanita itu duduk di atas sofa dengan mengelilingi anak Dato' Seri terbabit dengan kelakuan tidak sopan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.Beliau berkata, dua lagi lelaki duduk di kerusi yang berasingan.

Katanya, di antara kedudukan mereka terdapat sebuah meja kecil yang diletakkan beberapa botol minuman keras dan juga gelas berisi minuman tersebut.Beliau berkata, serbuan itu dibuat setelah menerima maklumat daripada orang ramai.

Menteri terbabit difahamkan sebelum ini banyak memperkatakan tentang sekolah agama rakyat (SAR). Malah, dia pernah berdebat dengan seorang pemimpin Dewan Pemuda PAS berkaitan isu berkenaan.

Jurucakap terbabit berkata, kes anak menteri berkenaan yang berusia 20-an telah diserah kepada Bahagian Pendakwaan Jaheaik dan dijangka disebut di mahkamah syariah pada 22 Jun ini."Mereka mungkin akan didakwa berkaitan kes meminum minuman keras, perlakuan kurang sopan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan," katanya.






______________________
Terbitan : 21 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com