SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UMNO Terus Gunakan Isu Pembangunan DULU, KINI DAN SELAMANYA pemimpin UMNO semua peringkat akan terus menggunakan isu pembangunan yang luaran untuk meraih sokongan, memperdaya rakyat dan mengugut para pengundi. Mereka terus menerus menggunakan isu tersebut seperti tidak akan ada akhirnya, walaupun tugas mereka sepatutnya telah selesai kerana telah diberi mandat memerintah negara Malaysia sejak lebih empat dekad lalu. Kerana terlalu menumpukan kepada pembangunan yang berbentuk luaran itu, UMNO kini telah gagal mendidik rakyat dan membangun rohani mereka menjadi rakyat terbaik. Masalah gejala akhlak dan soisal muda mudi termasuk pemimpin mereka sekarang berterusan dilakukan , kerana pemerintah UMNO sendiri yang jadi penganjur dan menggalakkan segala punca atau ibu kepada gejala tersebut. Selain itu, turut diwarwarkan dakwaan mengatakan wakil-wakil rakyat pembangkang terdiri dari PAS dan KeADILan yang diberi mandat oleh rakyat dalam kawasan DUN dan parlimen, sebagai wakil rakyat yang tidak tahu membawa pembangunan di kawasan masing-masing. Mereka menjaja dakwaan itu sepanjang masa dan di mana sahaja ada peluang bertemu dengan rakyat; walaupun rakyat sudah muak dan loya mendengar hujjah tersebut. Pemimpin UMNO juga sering mendabik dada kononnya hanya UMNO sahaja yang boleh membawa pembangunan kepada rakyat ! . Di negeri Selangor umpamanya wakil rakyat yang sentiasa diserang oleh pemimpin UMNO semua peringkat termasuk laman web khas yang terpaksa diwujudkan oleh kuncu-kuncu dan pembodek UMNO ialah Dr. Hasan Ali, wakil rakyat DUN Sungai Burung yang juga ahli parlimen Parit Buntar. Berbagai cara mereka lakukan untuk memberitahu rakyat di kawasan berkenaan kononnya Dr.Hasan Ali sebagai munafik termasuk berkelulusan setaraf JKKK (?). Yang anehnya, mereka tidak pula menyerang wakil-wakil rakyat BA yang lain dari PAS, KeADILan dan DAP berhubung dengan isu pembangunan padahal di negeri itu ada tiga lagi wakil rakyat PAS dan masing-masing seorang dari KeADILan dan DAP. Kenapa berlaku begitu ?.Untuk jawapannya, tanyakan kepada pemimpin UMNO Dakwaan pemimpin UMNO yang dilakukan terhadap Dr.Hasan Ali bukan setakat konon tidak ada kemampuannya mengendali pembangunan, malah turut dikaitkan dengan hal-hal peribadi yang sengaja direka cipta, biarpun mereka sendiri sedar bahawa dakwaan itu memang tidak ada kebenarannya. Rakyat di Tanjong Karang kini tertanya-tanya apakah tidak ada isu lain yang boleh UMNO ketengahkan kepada rakyat selain isu pembangunan untuk menewaskan musuh mereka dan memenangi semula hati rakyat ?. Mungkin kebanyakan pemimpin UMNO terlupa atau tidak sedar rakyat kini bukan lagi seperti rakyat pada ketika awal mencapai kemerdekaan dulu. Ketika itu mereka memang boleh disogok dengan apa saja berhubung dengan isu pembangunan, hingga lahirlah kata-kata sendaan seperti politik tanah merah , politik balairaya dan politik baja . Sebenarnya, rakyat kini sudah cerdik dan ramai yang berkelulusan, malah ada yang lebih cerdik dan berkelulusan lebih tinggi dari setengah pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri !. Bila pemimpin UMNO mendakwa wakil rakyat BA tidak tahu membuat pembangunan atau bersifat munafik seperti yang didakwa kepada Dr Hasan Ali, rakyat yang mendengar kata-kata itu cuma senyum sinis dan ada yang berhujjah sesama mereka: Macam mana nak buat pembangunan kalau peruntukan wakil rakyat dinafikan. Cuba berikan peruntukan kepada mereka dulu, boleh atau tak boleh buat pembangunan. Lepas itu baru boleh cakap ! . Perbuatan kerajaan UMNO/ BN menafikan peruntukan wakil rakyat terdiri dari kalangan pembangkang samalah seperti seorang musuh yang mereka telah ikat kaki tangannya, kemudian mereka panggil rakyat beramai-ramai berkumpul serta mendakwa musuh itu seorang yang pengecut, tidak berani melawan, hanya mereka saja yang handal dan berbagai-bagai lagi.dakwaan tidak berasas. Apakah mereka anggap rakyat yang hadir akan bersetuju semuanya dengan dakwaan itu ? . Mungkin sebahagian besar yang mempunyai otak lembam akan akur tanpa berfikir, tetapi bagi mereka yang lebih cerdik akan berkata : Kalau betul dia pengecut cuba lepaskan ikatan kaki dan tangannya dulu, boleh kita lihat siapa sebenarnya yang paling handal bertarung ! . Kerana itu, nampak jelas perbuatan pemerintah UMNO/ BN menafikan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang di negara ini sebagai satu tipu helah untuk berbohong dengan rakyat seluruhnya, tanpa mereka memikirkan bahawa semakin mereka menyalahkan pembangkang dalam isu pembangunan yang luaran, semakin muak dan loya rakyat mendengarnya. Rakyat tetap akan melihat pemerintah UMNO ./ BN sebagai dalang wayang kulit yang cuma tahu memainkan cerita melalui bayang-bayang sesuatu objek yang telah direka cipta . Manakala pemimpin-pemimpin UMNO yang turut mengiyakan tindakan pemimpin atasan mereka pula samalah seperti burung tiong yang pandai bercakap sesuatu perkataan melalui apa yang diajar dan dididik oleh tuannya, tetapi tanpa paham sepatah maknanya !.
NAK DESA DI KOTA.
Diterbitkan oleh : |