Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Barang Lapuk dan Usang

Lawak mahadir kata PAS gunakan agama untuk pancing undi melayu...umno pulak guna hiburan, politik wang, rasuah, judi dan maksiat untuk pancing undi rakyat. Ulama umno kadir talib kata walaupun PAS guna peraturan Islam untuk politik...namun PAS masih tetap dikira sebagai munafik peringkat tertinggi menggunakan agama...

Doa DR M kat bangsanya...

"Alhamdulliah segala puji bagi Allah yang telah memberkati hamba-Nya yang kerdil ini. Saya berdoa kepadaNya supaya memelihara bangsaNya ini daripada sifat-sifat keji dan menjadi mereka bangsa yang mulia dan berjaya, yang mematuhi segala ajaran suci Engkau, ajaran yang menyuruh manusia bersungguh-sungguh memelihara dan memajukan bangsa ini untuk dijadikan contuh sebagai umat Islam yang tunduk kepada segala perintah Engkau Ya Allah. Amin."

Mengikut penyokong-penyokong Mahadir Kebenaran pada pihak Dr.Mahathir. Dia telah menjadikan dirinya sebagai contoh bagi Pemimpin untuk diikuti pada masa sekarang dikalangan pemimpin-pemimpin yang ada. Itu adalah satu jihad yang besar bagi sesiapa yang mengetahuinya. Jihad Nafsu namanya. Kamu pergilah cari diseluruh dunia ini ada tak pemimpin yang meletakkan jawatan ketika tengah sedap memimpin. Arwah Fadhil Noor pun masih lagi memegang kepimpinan Parti PAS walaupun dia berada dalam kubur. Sebabnya, Abd Hadi masih memangkunya...

Benarkah suasana memihak kepada mahdey kini? Sudah puas dia malukan islam, sudah puas dijahanamkan perpaduan melayu umno dia nak cabut pula. mood kembali sokongan rakyat hanyalah ciptaan media.

Benda-benda ni, minda rm3 je yang percaya..haji mahazir khalifah islam!!...dok persendakan sunnah nabi, dok perlekehkan hukum Allah, dok pergiatkan maksiat, ada hati nak jadi khalifah...Zaman mahadey ni tak abis-abis dengan yang paling-paling...mahadey...yang paling kuat nangis!

Jihad nafsu umno ialah bukak dangdut banyak-banyak untuk menguji keimanan kita. syabas! ikut umno jadi sesat. Parti sesat ni ajar boleh bukak aurat demi untuk sukan. LePAS ulama tak sokong terpaksalah tafsir semula quran supaya sesuai dengan kepala mahdey.

Sunnah mahadey paling besar ialah berdangdut kat Genting dan bawak teropong tengok acara jimnastik wanita. tua tak sadar diri!

Bila kita baca ucapan "penggulungan" PM. Geram betul bila membaca kenyataan-kenyataannya yang jelas menghina Islam (kita abaikan masalah UMNO-PAS dahulu yang saya kira sudah menjadi cerita "basi". Sebagai contohnya: " Sebagai contoh, mungkin saya sudah cerita ini banyak kali. Kalau seorang wanita dirogol dan dia kenal sesiapa yang merogolnya, tetapi semasa dirogol tidak ada sesiapa yang melihat, tidak ada saksi, tidak ada witness, jauh sekali empat orang saksi yang baik-baik belaka, apa dia buat?

Empat orang duduk tengok saja tak buat apa? (Ketawa) Tolonglah (Ketawa). Kalau dia tak tolong, takkan dia orang tak berdosa. Tentu berdosa punya orang.

Di zaman Nabi lain. Itu keadaan di zaman Nabi. Ini keadaan sekarang yang mana kita baca tiap-tiap hari kes rogol dan sumbang mahram.

Pakai ketayap dan pakai jubah tapi buat kerja yang tak baik. Semuanya kalau pergi ke mahkamah, wanita ini kata:

`Saya dirogol.'

Tanya si hakim, `Awak ada saksi empat orang?'

Jawab wanita: ``Dia rogol dalam bilik, tidak ada siapa pun, dalam rumah pun tidak ada siapa''.

``Ah! Itu bermakna awak membuat tuduhan yang tidak baik. Hukumnya rotan 80 kali dan orang yang merogolnya terlePAS kerana tak ada saksi.''

Itu adilkah? Bolehkah kita kata adil kalau tidak adil? Bolehkah kita kata itu Islam? Siapa kata undang-undang Islam tidak adil? Jangan tanya PAS. Jangan tanya sesiapa pun apakah undang-undang Islam akan menentukan ketidakadilan berlaku?

Apa si mamak Pakistan ni sudah biul kepala hotak dia, ataupun dok nyanyuk sebab banyak makan duit rakyat??!! Hukum rogol dimasukkan dalam hukum takzir, bukannya hudud! Oleh itu, ini mengikut budi bicara hakim, dan bukannya berdasarkan 4 saksi semata-mata.

Banyak lagi yang boleh ditunjukkan betapa biulnya, tongongnya dan #%$#%^#$%#$ lagi sumpah seranah yang boleh dilemparkan kepada PM nyanyuk ni, tapi kita tidak ingin membuang masa. Cukuplah sekadar menyatakan di sini bahawa memang PM tidak tahu apa-apa tentang Islam!

Itulah antara alasan mahadey untuk tolak hudud. Dia akan PAStikan tidak ada satu negeri pun dalam Malaysia ni laksana hudud, itu janji dia, serupa macam kamal atarturk. Bagi mahathir undang-undang warisan British adalah undang-undang islam sebab sudah adil pada mata dia. Inilah orangnya yang merosakkan agama.

Ajaran mahathir dan AMNO ialah boleh dedah aurat atas alasan sukan. Sepatutnya majlis fatwa wartakan AMNO sebagai sebuah ajaran sesat. Sahih tok guru agama dalam AMNO terkial-kial nak jawab. Hj gafar baba ada ke masa perhimpunan tu???...puas cari kot-kot ada dalam kumpulan makcik-makcik yang bersila kat ruang legar ke?

ps: Ingat dia jadi artis jemputan..nyanyi lagu hi hi bye bye (untuk mahader dan paklah)

Begitulah pemimpin umno bila dah tak ada kuasa. Dihina dan dikeji oleh oleh media massa yang suatu masa dulu menyanjung beliau. Kes porak peranda rumahtangganya ditelanjangkan oleh media dan dia diperlecehkan oleh awang selamat dalam pojoknya pada hari perhimpunang agong umno berlangsung.

Giliran mahathir akan sampai. percayalah. akan kita arkib kata-kata penghinaan dari orang umno sendiri terhadap bekas presiden mereka.






______________________
Terbitan : 28 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com