Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PEKIDA

Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah pandangan peribadi saya terhadap artikel oleh Cucu Mat Kilau bertajuk "Rahsia Besar : Mengapa Pak Lah Takut Umumkan Dato' Najib Timbalannya !!!".

Pada pembacaan saya Cucu Mat Kilau tidak mengetahui apa sebenarnya itu PAKIDA atau sebetulnya adalah PEKIDA (Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia). Itu adalah kesilapan pertama yang menguatkan sangkaan saya bahawa Cucu Mat Kilau sebenarnya tidak tahu dan hanya mendapat cerita dari seorang yang tidak tahu menahu tentang PEKIDA dan hanya banyak mendengar khabar angin sahaja. Fakta yang cuba disampaikan nampak sangat serkap jarang.

Cucu pernah menghadiri satu majlis angkat sumpah ahli PAKIDA di Felda Bukit Tajau, Maran Pahang dimana beberapa orang Menteri Pusat yang baru mendaftar sebagai ahli mengangkat sumpah pada malam itu. Sumpah dilakukan dengan menjunjung Al-Qur'an.

Hang ingat hang senang-senang aje ke nak ke masuk PEKIDA? Ingat main ambil borang pastu bayar yuran dah boleh daftar sebagai ahli? Dah la tu, ingat senang-senang aje ke orang luar nak ke majlis angkat sumpah PEKIDA? Nampak sangat membohong.

Huraian Cucu Mat Kilau hanya menceritakan perkara-perkara remeh yang terdapat dalam PEKIDA seperti simbol atau trademark(kitorang panggil lain, nampak sangat tak tahu) untuk kenal sesama ahli. Ia menunjukkan yang beliau tidak tahu menahu tentang fungsi PEKIDA, asal usulnya, dan juga sejarahnya dalam skop yang lebih luas.

Malang sekali cucu Mat Kilau sendiri tidak tahu datuknya Mat Kilau adalah ahli PEKIDA!! Mengatakan pemimpin UMNO menggunakan PEKIDA demi kepentingan politik menghina ahli PEKIDA, seolah-olah PEKIDA ini pak turut tanpa tahu berfikir sendiri. Ketahuilah bahawa Ayahanda Fadzil Noor juga merupakan ahli PEKIDA!! Dalam UMNO dalam PAS dalam KeADILan terdapat juga ahli PEKIDA....kalau tak tahu buat cara tak tahu dan jangan cuba nak buat cerita.

Kononnya RAHSIA BESAR padahal semua orang lebih mengetahui tentang perkara ini daripada beliau yang tidak tahu hujung pangkal. It's a well known secret yang PEKIDA adalah pertubuhan Melayu terbesar di Malaysia. Apa yang saudara sampaikan benda yang memang diketahui umum. Pasal Najib ngan Pak Lah tu pun memang banyak orang tahu. Cuma saya tak berpuas hati kalau cuba nak selitkan nama PEKIDA. Lebih baik berhenti sebelum apa-apa hal berlaku kalau tak percaya tanyalah kawan yang ceritakan pasal PEKIDA ni.

Saya bukan ahli PEKIDA tapi menyampaikan pesanan daripada Abang Long Ranting Sitiawan Barat. Wassalam.






______________________
Terbitan : 7 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com