Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

KISAH UMNO MEREPUT DI PUTRAJAYA

Begitu 'desperate'nya Tengku Adnan selaku Pengerusi Penaja UMNO Putrajaya kerana walaupun borang UMNO ditabur ke seluruh Putrajaya namun respon yang diterima untuk menjadi ahli begitu mengecewakan. Sehinggakan mereka terpaksa membuat kempen dari rumah ke rumah untuk mengedarkan borang UMNO ke setiap rumah di Putrajaya dan kerja-kerja kotor ini dibuat sendiri oleh kakitangan kerajaan pengampu khasnya staff Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri. Kepada yang sudah jadi ahli pula (terpaksa kerana takut kuarters ditarik-balik), mereka ini dirayu pula supaya menjadi AJK tetapi ramai yang menolak kerana mereka menjadi ahli pun buat syarat sahaja kerana takut kuarters di tarik-balik.

Apabila responnya mengecewakan mereka mengugut kakitangan kerajaan yang tinggal di kuarters tetapi tidak mengisi borang UMNO, nama mereka akan dihantar ke Bahagian Perumahan JPM supaya dikeluarkan dari kuarters. Macamlah pembinaan Putrajaya ni duit mak bapak mereka. Woi! UMNO haprak, setiap projek dalam negara ini adalah wang rakyat bukannya keluar dari saku UMNO sehingga sanggup mengugut kakitangan kerajaan di Putrajaya. Syabas diucapkan kepada kakitangan kerajaan yang tidak mengisi borang UMNO. Hak kita sendiri untuk memilih parti yang kita sukai maka tak perlulah nak kempen dari rumah ke rumah. Kalau BA yang mengedarkan borang sudah pasti heboh satu dunia.

Selain cara ugutan, UMNO Putrajaya juga menawarkan cabutan bertuah kepada sesiapa yang memohon menjadi ahli dan cabutan akan dibuat pada 25 Mei 2003 nanti. Alahai, kakitangan kerajaan di Putrajaya bukannya lapar sangat nak hadiah yang disediakan oleh tokeh kedai Best Mart di Pangsapuri Mampu Milik, Presint 9 tu. Tak payahlah nak tawar hadiah, orang memang dah tak sudi dan meluat dengan UMNO. Di mana ada UMNO di situ ada keburukan dan perkara negatif. Kenapa? Tak Percaya? Lihatlah di bawah ini:-

BILA ADA UMNO ADA RASUAH.

UMNO telah merasuah Pengerusi Surau dan Pengerusi Persatuan Penduduk di Putrajaya dengan menawarkan wang tunai jika berjaya berkempen untuk menambahkan ahli UMNO. UMNO buat program deklamasi puisi untuk mengisi tabung Palestin, tetapi apabila kutipan terlalu sedikit hanya sekitar 5 ribu sahaja derma tersebut tak pergi pun ke tabung Palestin sebaliknya masuk ke kantung UMNO Putrajaya. Kena tipulah siapa yang menderma pada Malam Apresiasi Seni Aman Palestin di auditorium Parcel D, Putrajaya.

BILA ADA UMNO ADA PROJEK

Tengku Adnan mengamuk sakan kerana kroni-kroninya tak dapat menjadi pembekal kepada projek Putrajaya. Lalu dipaksanya Perbadanan Putrajaya mengadakan mesyuarat dengan beliau sebulan sekali untuk memantau projek Putrajaya supaya kroni beliau turut berpeluang mendapat habuan menjadi pembekal kepada projek Putrajaya.

BILA ADA UMNO ADA HIBURAN DAN MAKSIAT

Dengan kerjasama Jabatan Penerangan, UMNO Putrajaya telah menganjurkan persembahan pentas di Presint 16 yang diberi nama PENTARAMA yang dipenuhi dengan nyanyian, tarian dan lawak jenaka. Kerana tak ada padang dibuatlah di tepi jalan pulak tu, lalu bingitlah telinga penduduk Presint 16 kerana diganggu kebisingan hingga ke tengah malam.

Kes khalwat, keruntuhan akhlak, jenayah dan pecah rumah berleluasa di Putrajaya tetapi JAWI dan Polis takut nak bertindak kerana bimbang berita maksiat dan jenayah tersiar dalam akhbar tempatan lalu menjatuhkan imej Putrajaya. Sebab itulah berita negatif mengenai Putrajaya jarang keluar dalam akhbar tempatan sebaliknya berita yang muluk-muluk sahaja yang tersiar.

Itulah kisahnya di Putrajaya. Walaupun sudah digazetkan menjadi kawasan Parlimen namun sehingga hari ini hanya sekitar 2 ribu orang sahaja yang mendaftar menjadi pengundi. Ramai yang kata buat apa nak mengundi di Putrajaya kerana ini pusat pentadbiran yang sedang dibangunkan tak ada apa yang perlu diminta melalui wakil rakyat. Lebih baik mengundi di kampung atau tempat asal masing-masing kerana ada 2 peti undi. Satu DUN dan satu Parlimen dan ada pilihan untuk mengundi selain BN (Barisan Najis). Kalau tinggal di Putrajaya saja cari pasal nak undi BA jawabnya tak lamalah tinggal di kuarters kerana SPR boleh tolong semakkan siapa yang mengundi pembangkang. Tak begitu SPR? Piiiiraarah kononnya SPR tak berat sebelah dan badan berkecuali. Kalau berkecuali kenapa ia terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Boss JPM tu siapa? Bukankah Perdana Menteri? Beranikah mereka buat keputusan yang bertentangan dengan kehendak Perdana Menteri?

Pasal jumlah pengundi yang rendah di Putrajaya juga membuatkan Dato' Abdul Rahim Main (orang kuat JPMlah tu) juga mengamuk lalu menghamput kakitangan kerajaan yang kononnya tak mengenang budi. Dia perli orang yang tak mendaftar sebagai pengundi di Putrajaya kononnya mereka sibuk nak mengundi di kampung tu buat apa, nanti kalau ada apa-apa nak diminta kena minta dengan Ahli Parlimen Putrajaya juga. Kalau mengundi di kampung wakil rakyat di sana tak ada apa yang dia boleh tolong.

Sudahlah Dato', tuhan dah bagi ujian dengan diberinya penyakit yang berat sehingga terpaksa bercuti sakit selama dua bulan, lebih baiklah bertaubat dan buat amalan dan sedarlah bahawa bukannya UMNO yang akan menyelamatkan Dato' di akhirat nanti tetapi amalan yang dibuat berlandaskan agama Islam itulah jaminan.

Alkisahnya UMNO mereput di Putrajaya. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!

Penduduk Meluat
Putrajaya






______________________
Terbitan : 5 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com