SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PEKERJA MELAYU DITINDAS DI HOTEL SINGGAHSANA MILIK PENUH (KUB) UMNO
4 Jun 2003 Terlebih dahulu biarlah dibawa kepada sejarah bermulanya Hotel Singgahsana. Hotel Singgahsana yang mulanya dimiliki penuh oleh NPC (National Productivity Cooperation) yang mana dulu dikenali sebagai NPC Hotel. Pada tahun 1998 NPC memberikan tanggungjawab kepada KUB untuk menguruskan pentadbiran Hotel ini. Semasa masih dibawah pentadbiran NPC, Hotel ini mengaut keuntungan sebanyak RM 7 Juta setahun. Semasa hari menandatangani perjanjian di antara NPC dan Hotel Singgahsana, orang yang mewakili NPC ialah Dato’ Seri Rafidah Aziz telah mengingatkan pengurusan Singgahsana yang diwakili oleh Dato’ Hassan Harun supaya ingat bahawa aset utama Hotel ini ialah para staff yang berkomited. Beliau juga merayu kepada Dato’ Hassan supaya menjaga pekerja-pekerja ini dengan baik kerana beliau sedar akan kelebihan yang ada pada staff-staff tersebut. Sejak KUB mengambil alih, KUB dengan bangga dan gagah memberitahu bahawa akan membelanjakan RM 18 Juta untuk pengubahsuaian seperti:~
1. Coffee House - Tak siap sepenuhnya (Inikah sahaja yang dapat dibuat dengan RM 18 Juta?) Pengurusan ketika itu ialah Joseph J. Selvadurai, yang mana ketika itu pendapatan bulanan Hotel Singgahsana boleh dikatakan mencecah RM 600,000. Tidak ada seorang pekerja yang dibuang ketika itu. Lebih kurang dua tahun selepas itu Pengurus Besar Joseph J. Selvadurai dibuang kerja – sebab yang tidak diketahui. Setelah itu KUB telah melantik Wan Mohd Tahiruddin untuk menerajui Hotel Singgahsana dengan bimbingan pengarah dan ahli Exco Encik Rahim Kamil di mana bermacam-macam pelan yang hendak dibuat oleh beliau seperti mendapatkan:~
1. Mendapatkan Sales sebanyak RM 1 juta sebulan. Satu pun tidak jadi tetapi TIDAK ADA seorang pun PEKERJA HOTEL YANG DIBUANG, hanya En Rahim Kamil yang dibuang. Selepas dua tahun, KUB diambil alih pihak pengurusan baru yang diketuai oleh Dato’ Hashim dari Putra Jaya Holdings, En. Khailib dari Ranhill dan yang terbaru ialah En. Ahmad Rodzi (ahli exco). Pengenalan diri dibuat di bangunan KUB di mana pengurusan baru sekali lagi berjanji akan mengubah situasi sekarang kepada yang terbaik dengan melantik C.K. Chong untuk menerajui Hotel Singgahsana. C.K. Chong melangkah ke hotel dengan penuh harapan dengan hajat yang besar, beliau mula membuat beberapa perubahan fizikal kepada bangunan Hotel. Dato’ Hashim berjanji bersama En. Khailib di mana beliau mengatakan bahawa ‘KALAU HENDAK MENILAI IKAN MESTI TENGOK KEPALANYA DAHULU, KALAU KEPALA TAK BAIK SAMPAI KE EKOR TAK BAIK - kata mereka. Para ‘staff’ sekali lagi rasa terjamin. Tak sampai dua bulan C.K. CHONG diberhentikan dari mengetuai Hotel Singgahsana. En. Ahmad Rodzi (ahli Exco) melantik pula Tuan Syed Hussien Syed Salim untuk mengetuai Hotel Singgahsana dengan bimbingan beliau (Ahmad Rodzi). Syed Hussien adalah orang yang telah mengakibatkan kejatuhan A&W selama 5 tahun, beliau memegang jawatan di A&W sebagai (Country General Manager), sehingga beliau ditukarkan ke Hotel Singgahsana sebagai Hotel Operation Manager oleh C.K. Chong. C.K. Chong turunkan pangkat Tuan Syed dari A&W Country General Manager ke Hotel Operation Manager setelah beliau mendapat tahu Tuan Syed bertanggungjawab mengakibatkan A&W lingkup dan C.K. Chong diberhentikan sebab itu. Semasa Tuan Syed memegang jawatan A&W Country General Manager, beliau telah membuang 14 orang pekerjanya tanpa sebab. **Apakah nasib mereka sekarang? Setelah itu Tuan Syed Hussien dilantik menjadi Hotel General Manager oleh Ahmad Rodzi. “Pelik Tapi Benar” orang yang telah mengakibatkan kejatuhan dan kerugian A&W dipertanggungjawabkan untuk menerajui Hotel Singgahsana yang sedang tenat. Tugas pertama General Manager ialah untuk membantu Ahmad Rodzi membuat ‘bisness’ menyediakan dan membungkus makanan kepada petugas Persidangan Negara-negara Berkecuali (N.A.M.) yang berlangsung baru-baru ini. Kontrak ini diberikan kepada Syarikat Ahmad Rodzi (Kakak beliau) dan disubkan kepada Hotel Singgahsana. Barang mentah dibekalkan oleh Ahmad Rodzi kepada Hotel, para pekerja Hotel perlu memasak, membungkus dan menghantar makanan tersebut. ‘Profit Sharing’ sebanyak 30% kepada Hotel Singgahsana dan 70 % untuk Syarikat Ahmad Rodzi. ‘Staff’ Hotel Singgahsana bertungkus lumus siang dan malam bagi menjayakan projek tersebut, projek ini diketuai oleh Chef Hj. Kamal. Semasa projek ini KUB membawa masuk empat pekerja baru untuk menambahkan kos Hotel. 1. Syed Hussien – RM 15,000 sebulan tidak termasuk elaun (General Manager)
2. Nur Asyekin Yusof – RM 5,000 sebulan tidak termasuk elaun (Sales Manager)
3. Sallehudin - RM 3,000 sebulan (Human Resources Manager)
4. Andy Affendi - RM 2,500 sebulan (Pembantu Peribadi) Semua sekali yang berjumlah RM 25,500 sebulan (Extra Cost). Mereka adalah orang yang dibawa masuk oleh Tuan Syed Hussien. Selepas semua ini berlaku, Ahmad Rodzi dan Syed Hussien menekankan bahawa kos para pekerja yang sedia ada terlampau tinggi dan mengambil beberapa pendekatan.
1. Potong Part Timers - Bayaran yang tak sampai RM 200 seminggu Mereka mula menekan semua ‘staff’ yang telah lama berkhidmat di Hotel Singgahsana. Chef Hj. Kamal yang telah berkhidmat sejak 5 tahun semenjak KUB mengambilalih Hotel Singgahsana telah ditekan. General Manager (Tuan Syed) pergi dan memberitahu kepada semua ‘staff’ dapur bahawa Chef Hj. Kamal tak pandai memasak, nasi goreng yang dia buat lagi sedap dari Chef Hj. Kamal. Chef Hj. Kamal yang tak tahan dengan dengan sikap General Manager (GM) yang suka cakap belakang itu memberi notis berhenti kerja sebulan dan masih ada 2 minggu untuk memulakan cuti beliau, GM panggil beliau dan suruh beliau berhenti hari itu juga dan sanggup bagi Gaji Dua minggu tersebut. ‘Bukan nak Tanya sebab berhenti malah suruh pergi lagi awal’ Pada hari pertama ketiadaan Chef Hj. Kamal, GM telah membawa masuk 4 orang tukang masak dari Thailand untuk masakan Thai. Di manakah keadilan dan motif hendak menjaga kepentingan orang Melayu? Hendak potong kos tapi bawa masuk orang Thai bukan seorang tapi 4 orang dan dilayan bagai Putera Raja. Bilik diberi seorang satu, kereta Hotel diberi untuk kegunaan mereka (bersiar-siar), ‘Allowance’ sebanyak RM 150 sehari diberi setiap seorang…. Tidak ada sebarang kebenaran dan tindakan dari pihak Imigresen yang membenarkan mereka bekerja di Hotel ini…. Apabila ditanya kepada Tuan Syed beliau berkata: Mana-mana pihak termasuk Imigresen takkan berani mengambil tindakan kerana beliau (Tuan Syed adalah Kerabat Raja Perlis) **Chef Hj Kamal sekarang menjual murtabak di pasar malam untuk menyara keluarga beliau… Tuan Syed Hussien potong ‘overtime’, ‘Pressure staff’ untuk berhenti kerja tapi buat ‘Renovation’ di Hotel, dengan menggunakan kontraktor lama beliau sendiri yang dikenali sebagai Jack Chin dari A&W untuk membuat kerja ‘Renovation’ dalam tempoh satu bulan ini yang menjangkau lebih kurang RM 500,000. ‘Renovation’ ini dibuat tanpa mengikut sebarang prosedur, yang mana sepatutnya perlu mendapatkan 3 ‘Quotation’ sebelum melakukan sesuatu kerja tetapi sebaliknya telah berlaku. Buat kerja terlebih dahulu baru bagi bil, ‘and no question asked just pay’, Jabatan Akaun seperti ‘LEMBU IKAT TALI DI HIDUNG MENGIKUT SAHAJA TUANNYA’ Berikut adalah beberapa kerja yang dibuat di Hotel Singgahsana setelah Syed Hussien menerajui Hotel Singgahsana dalam masa lebih kurang dua bulan.
1. Repair Freezer Kitchen tak ada Gas, tukar Compressor. Jack Chin, Kontraktor ini pula buat Hotel ini macam Hotel dia sendiri, makan di ‘Coffee House’ tak payah bayar, keluar masuk Hotel dan kawasan lain NO HAL katanya. Bawa makanan dari ‘Coffee House’ dengan pinggan-pinggan ke bilik tanpa beritahu sesiapa kerana semuanya dengan kebenaran Tuan Syed. Bila diaju soalan, beliau kata, “Hotel dan A&W ada hutang dengan beliau sebanyak RM 400,000! saya apa takut ma!! ” Selepas Chef Hj. Kamal timbul pula giliran En. Rajendran Chief Steward yang telah berkhidmat di Hotel ini selama 8 tahun, kali ini dalam taklimat, En. Rajendran sibuk bersoal-jawab dengan Human Resources yang baru, General Manager masuk dan menyebelahi Human Resources dan apabila Rajendran minta penjelasan yang jelas, mengapa Part Timer dipotong Tuan Syed cabar Rajendran jadi General Manager. Selepas dua minggu, beliau ditahan kerja selama dua minggu kerana melawan (cakap) General Manager. Tunggu dua minggu tiada sebarang ‘enquiry’ dijalankan dan pelik betul kerana beliau tidak dipanggil balik untuk bekerja seperti sepatutnya, nasib baiklah beliau meringankan kaki datang bekerja. Tetapi gaji pula ditahan, selepas meminta beberapa kali barulah gaji diberi. Sekarang En. Rajendran yang tidak tahan dengan sikap Pengurusan yang diketuai oleh Tuan Syed Hussien menghantar notis berhenti kerja. Seorang lagi pekerja setia yang hanya bersuara demi kerja telah berhenti. Inilah taktik Tuan Syed Hussien, beliau sebenarnya tidak boleh ditanya soalan, orang menyoal ini umpama “GOING AGAINTS HIM”.. Apakah nasib pekerja-pekerja lain di Singgahsana? Apa akan jadi kepada pekerja-pekerja yang masih setia di sini. Apakah nasib keluarga mereka dengan gelagat pihak pengurusan macam ini? ‘Wahai KUB Jawablah, Prihatinlah dengan kedudukan kami! Alangkah bagusnya jika pihak NPC dapat mengambil alih kembali Hotel ini seperti mana masa pentadbiran NPC dulu di mana Bonus tidak kurang dari dua bulan, gaji naik sekurang-kurangnya 10% setiap tahun. Selama lima tahun KUB mengambil alih Hotel tiada bonus diberi dan tiada kenaikan gaji.
Diterbitkan oleh : |