SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Memusnahkan Tamadun IraqMIN AINA ILA AINA Oleh Subky Latif PELURU memang tidak bermata. Bila penceroboh barat seperti todak melanggar Singapura berterusan menghujani Iraq, maka semua boleh dimusanahkan. Jiwa manusia dan khazanah purba yang berharga sudah tentu terjejas teruk. Yang membinasakan khazanah tua itu selain dari sasaran peluru buta adalah sasaran pencuri dan perompak. Inilah adat dan kesan sesuatu peperangan. Agama dan umat Iraq bagi manusia yang tinggi rasa sayang kepada peninggalan lama, kadang-kadang lebih sayang kepadanya daripada jiwa penduduk Iraq. Yang tinggi setiakawan kepada penduduk Iraq ialah umat Islam kerana mereka bersaudara. Al-Quran merakamkan umat Islam tidak akan diredai oleh Yahudi dan Nasrani melainkan umat Islam bersama mereka. Lord Cromer, gabenor terakhir British di Mesir hampir dua kurun dulu menyebut betapa tidak mungkin barang sesaat jua umat Islam itu dimerdekakan hatta wujud satu angkatan generasi yang berfikiran seperti barat. Dalam rangka Amerika mempengaruhi dunia melancarkan kempen memerangan keganasan antarabangsa, yang dicurigai ialah penganut Islam. Justeru itu penduduk Iraq yang menjadi mangsa perang itu sama ada terbunuh atau cacat dengan sendirinya melumpuhkan kekuatan apa yang dikatakan pengganas kerana mereka dipercayai bila-bila masa boleh menjadi calon pengganas disebabkan mereka Islam. Dick Chiney, Naib Presiden Amerika ketika menjadi Setiausaha Pertahanan dalam kabinet George Bush tua dulu berkata menjelang perang Teluk dulu betapa sasaran perang Teluk itu adalah untuk memusnahkan tamadun Baghdad. Yang dikatakan tamadun Iraq yang berharga itu adalah khazanah tua yang musnah itu. Antara manusia, khususnya yang berfikiran barat sangat cinta kepada peninggalan lama. Ia antara yang merangsang mereka menentang peperangan di Iraq itu. Bagi mereka sejuta manusia mati tidak sesedih hancurnya sebuah muzium. Itulah sebabnya PBB dan orang-orang barat riuh apabila patung Budha diletupkan oleh pentadbiran Taliban tetapi mereka tidak prihadin sangat nasib rakyat Afghanistan yang tidak cukup makan semasa Taliban berkuasa. Dunia seluruhnya termasuk PBB memberi peruntukan untuk membaik pulih patung purba yang luntur dimakan zaman. Mereka datang untuk membaik pulihnya, tetapi mereka mengenakan sekatan kepada kerajaan Taliban yang memerlukan bantuan untuk membangunkan rakyat yang merana akibat perang kira-kira 30 tahun sejak dilanda Soviet. Bagi mereka orang Afghanistan mati kebuluran suatu yang malang dan menyedihkan, tetapi musnahnya patung purba itu bak satu malapetaka. Manusia mati akan berganti dan akan membaik semula. Patung tua musnah tidak akan berganti. Tetapi Pentagon langsung tidak berhati perut. Manusia mereka tidak sayang, tamadun pun mereka tidak fikir. Dick Chiney 12 tahun dulu bercakap untuk memusnahkan tamadun Iraq, maka kini dia masih hidup dapat melihat kehancuran tamadun itu. Bukan sekadar patung Saddam runtuh, ditukul dan dilanyak, peninggalan lama yang di muzium hancur dan dilarikan, yang di luar muzium antaranya hancur dan terbakar akibat hujan peluru Amerika yang tidak bermata. Yang dicuri oleh pencuri itu adalah baki khazanah yang tidak binasa, tetapi yang dicuri oleh tamadun barat jauh lebih berharga. Khazanah paling berharga ialah Taman Tergantung di Babilon. Apa jadi dengan tapaknya yang dibangunkan semula itu. Tetapi seluruh bangunan itu telah dipindahkan ke Berlin Timur. Yang tinggal di Babilon hanya satu patung singa raksaksa. Kita ketahui betapa jin diperintahkan oleh Nabi Sulaiman memindahkan istana Puteri Balqis ke pusat pentadbiran Nabi Sulaiman. Rupanya jin-jin Jerman juga berupaya memindahkan Taman Tergantung itu dari Babilon ke Berlin. Yang ada di Babil, nama asal Babilon bagi orang Iraq, adalah yang dibina semula sejurus sebelum Saddam berkuasa. Mungkin pencuri Jerman telah menduga Taman Tergantung itu akan dimusnah oleh bom dan roket buta penceroboh pimpinan Amerika yang dang untuk menakluki Iraq, maka lebih awal ia menyelamatkannya dengan mencurinya dan dipindahkan ke Berlin. Sekurang-kurangnya penduduk dunia akhir zaman boleh melihatnya di Berlin. Berlis terjejas teruk dalam perang dunia kedua. Taman curian itu tidak terjejas. Tidak diketahui kejamnya Hitler dan Stalin. Ketika Nazi mempertahankan Jerman dari serangan tentera bersekutu, Stalin merebut Berlin Timur. Bangunan lain musnah, tetapi Taman milik Iraq itu tidak terjejas. Peluru Bush dan Blair yang digugurkan di Iraq, benar-benar menghancurkan tamadun. Tentera Dick Chiney tidak mengenal yang bernyawa dan tidak bernyawa, habis dibinasakan. Saddam dibina begitu lama bagi dijadikan pendorong kepada peperangan memusnahkan tamadun Iraq.
Diterbitkan oleh : |