SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Apa sudah jadi dengan JAIS ?Peristiwa ‘ rampasan kuasa ‘ oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas pentadbiran Masjid Munawarah, Seksyen 27, Shah Alam baru-baru ini merupakan satu lagi ‘ sejarah hitam ‘ ke atas masjid-masjid yang berada di Negeri Selangor. Sekali gus menyebabkan ramai umat Islam tertanya-tanya apakah sebenarnya peranan JAIS sekarang ?. Mereka kadang-kadang turut merasa ‘ terdetik di hati ‘ serta ragu adakah tugas JAIS hanya untuk mematikan peranan masjid sebagai sebuah institusi keagamaan yang menyatukan masyarakat di satu-satu kawasan, lantaran ada ‘ tangan ghaib ‘ dari atas yang mengarahnya berbuat demikian, berikutan rasa takut terhakis pengaruh parti kerajaan yang memerintah sekarang ? Kerana secara kebetulan kini, kebanyakan masjid ditadbir dan dimakmurkan oleh jemaah yang telahpun dilabelkan oleh pemimpin UMNO sebagai orang-orang parti PAS !. Tidak lama dulu masjid Jubli Perak di Bandar Baru Bangi juga telah ‘ diroboh ‘ oleh JAIS menyebabkan berlaku tangkapan-tangkapan ke atas ahli kariahnya . Dan sekarang di masjid Munawarah Seksyen 27 Shah Alam, pula menerima giliran kedua untuk ‘ dirampas ‘ oleh JAIS, juga berlaku tangkapan-tangkapan !. Nampaknya, umat Islam yang menunaikan solat di masjid-masjid negeri Selangor ‘ sudah tidak selamat ‘ lagi !……. Apakah selepas ini ada masjid lain yang sedia makmur dengan berbagai aktiviti keagamaan akan turut menerima nasih yang sama ?. Kalau ditinjau kerakusan parti pemerintah yang sering bertindak ‘ mengkudakan ‘ JAIS sekarang ini, perkara yang sama dan mungkin lebih menyayat hati tidak mustahil akan berlaku pada bila-bila masa sahaja……... Umat Islam di Selangor amat hairan dan tertanya-tanya kemana perginya ulamak-ulamak termasuk para mufti hingga tidak berani memberikan ‘ nasihat ‘ kepada JAIS yang bertindak lebih ganas dari pemerintah penjajah Inggeris masa lampau. Kenapa mereka ‘ berdiam diri ‘ melihat institusi agama yang hanya inilah satu-satunya berjaya menyatukan umat Islam berbilang keturunan, berbeza kedudukan ekonomi, berbeza pekerjaan dan pahaman parti politik, dicemari dengan perbuatan dan tindakan yang memecah belah umat Islam di satu-satu kawasan yang telah sedia bersatu padu dan makmur ?. Seorang rakan bekas pegawai JAIS yang pernah bertugas di beberapa daerah di negeri Selangor menyatakan , sejak JAIS ditadbir oleh pengarah sekarang ini, amat banyak tindakan dan perkara ‘ luar biasa ‘ dilakukan. Kononya untuk mencapai misi dan visi JAIS yang mahukan semuanya ‘ bertaraf dunia ‘ ( Sama dengan Amerika dan Britan ? ). Suatu ketika dulu semasa beliau mula memegang jawatannya telah diperkenalkan satu peraturan baru supaya semua guru Sekolah Agama negeri Selangor memakai tali leher semasa bertugas, hinggakan seluruh masyarakat tempatan mempersoalkan apakah logiknya guru agama mesti memakai tali leher yang terdapat banyak ‘ khilaf ‘ ulamak tentang hukum makaianya !. Katanya lagi, walaupun Dr.Shafi’e Salleh ( Sekarang berkecimpun dalam politik UMNO sepenuh masa ), tidak berkelulusan bidang agama berbanding dengan pengarah-pengarah JAIS sebelumnya, beliau hanya ‘memperkenalkan’ cara pentadbiran baru kepada para pegawai dan guru-guru agama untuk menjadikan JAIS dianggap sebagai sebuah jabatan kerajaan setaraf dengan jabatan-jabatan kerajaan lain. Namun beliau tidak pernah ‘ mengusik ‘ pentadbiran masjid yang sedia ada !. Sekarang terboktilah kebenaran sabda nabi s.a.w yang menyatakan apabila sesuatu pekerjaan diserahkan kepada mereka yang bukan ‘ ahlinya ‘ , akan berlakukan kerosakan dan kehancuran !. Umat Islam di negeri Selangor keseluruhannya berharap benar kepada ‘ pemerintah ‘ sekarang supaya jangan mengeruhkan air yang sedia jernih dengan perbuatan dan tindakan yang telah diarah oleh perasaan hasad dengki, hingga mengenepikan muslihat agama dan ummah sekeliannya. Umat-umat agama lain akan ‘ mentertawakan ‘ agama Islam kita kerana pemimpin yang menjadi pentadbir sekarang ( Kebetulan juga beragama Islam ! ) sanggup merosakkan agamanya sendiri . Janganlah menjadi kenyatakan kata-kata : Untuk menebang sepohon kayu, kapak yang berhulukan kayu juga berjaya menumbangkannya….. Umat Islam di Selangor merasa tercabar dengan situasi sekarang dan kami mencabar JAIS: Jika benar-benar tujuan mengambilalih pentadbiran masjid seperti dilakukan sejak kebelakangan ini kerana untuk muslihat/ kebaikan ahli kariah dan pentadbirannya, seperti dilakukan ke atas masjid Jubli Perak di Bandar Baru Bangi dan masjid Munawarah di Shah Alam baru-baru ini, sila perbaiki segera pentadbiran masjid-masjid luar bandar yang berada dalam keadaan ‘ dhaif ‘ dari banyak segi, termasuk mengadakan majlis pengajian, hari perayaan Islam dan perbaiki bacaan kebanyakan para imamnya yang masih lagi ditahap‘ permulaan ‘ ahli qari. Kepada ‘ tangan-tangan ghaib ‘ yang sentiasa mengarah JAIS bertindak tanpa berlandaskan agama Islam sebenar, kami berseru kepada mereka supaya HENTIKAN SEGERA tindakan dan arahan yang merugikan agama dan bangsa ini. Jangan jadikan diri anda sebagai seekor singa yang memakai topeng manusia. Kerana banyak ayat-ayat Quran telah memberi amaran dan bakal menjadi balasan kepada mereka yang ‘ merosakkan ‘ masjid sebagai rumah Allah………..Wallahu ‘alam. Oleh: Syeikh Tarbus Hijau.
Diterbitkan oleh : |