Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sembang Pilihan Raya: Story for my brother & sister

Kadang-kadang bila aku mai kerja dok ikut belakang keta yang ada lambang UMNO atau pun balik kampung, rumah pak menakan aku yg ada gambar Dr Mahathir tergantung di dinding; aku tertanya-tanya:

"Pasal apa la depa nie masih dok sokong UMNO?"

Pertanyaan aku tu tak lah sama dengan pertanyaan orang-orang PAS Jati, sebab orang-orang PAS Jati nie yang beranak-beranak saja sudah PAS, depa tengok UMNO macam mana orang Islam tengok menatang haram yg tak leh makan tu; sebut nama pun dah naik geleman bulu tengkok.

Aku lain sikit, bila sebut UMNO atau tengok nama UMNO, tak lah naik geleman macam tu sangat sebab dulu pun aku UMNO. (Part nie orang2 UMNO cukup bara....depa cukup sakit hati dgn ex-UMNO yg dok kutuk UMNO daripada orang2 PAS jati dok cerita bad things pasal UMNO).

Bila dok ikut keta berlambang UMNO tu or bila balik dari makang anging di Pantai Timur lalu kot Jeli yg penuh dgn bendera UMNO tu; kadang-kadang aku cuba dok cari jugak sebab musabab (kot kalu ada) walau secuit pun yang boleh memungkinkan aku untuk kembali kpd UMNO.

Sambil dok drive sambil dok fikir....tapi dok fikir punya fikir, dari Jeli sampai la ke Penang, tak jumpa-jumpa jugak.

Nak jumpak macam mana; balik saja dari cuti makang anging di Pantai Timur dgn anak-anak aku tu; aku makin pokai. Pokai bukan sebab habis duit pi cuti makan angin tu (hat tu bini aku tanggung, aku cuma drive saja); aku jadi pokai sebab balik-balik saja, aku nak kena korek duit nak hantar adik aku masuk satu institusi pengajian tu lepas SPM, kemudian nak kena korek duit lagi untuk 2 orang lagi adik aku, sorang nak masuk semester baru di Politeknik dan sorang lagi nak masuk semester baru di Universiti.

Kira-kira pi kira mai, hat bongsu tu nak pakai RM1700, hat no 2 nak pakai dlm RM500, hat no 3 dalam RM800. On top of that insurance keta dan road tax aku pulak dah nak due bulan 7 nie.

Haru sungguh aih!

Aku tak kisah pasal keta tu sebab itu memang aku kena bayar; yg aku tak puas hatinya pasal adik-adik aku tu.

Sebab tu, sebelum depa pi daftar or pi sambung semester, aku dah ceramah habis dah kat depa, habag kata keluar nanti hangpa kena 'Jangan Sokong UMNO' sebab:

"Hangpa tau dak, dulu masa abang nak pi Amerika, Ayah sekupang pun tak bawak keluar duit, sebab kerajaan masa tu depa bagi biasiswa kat anak-anak Melayu macam kita...tak macam la nie, nama saja Berjuang Untuk Mendaulatkan Bangsa Melayu....tapi hak istimewa bangsa Melayu macam biasiswa tu pun tak boleh jaga. So, hangpa keluar nanti, kalau mengundi jangan pangkah UMNO!!"

Puas hati aku!

-Temingat Di Belantara-






______________________
Terbitan : 13 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com