Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Aduan polis dan BPR elok diterbitkan

Sehingga kini rasanya sudah ratusan surat aduan dan bantahan kepada polis ,Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dibuat oleh badan-badan NGO, pihak individu dan parti politik BA tentang berbagai salah laku , penyalahgunaan kuasa, rasuah dan berbagai lagi.yang dilakukan oleh pihak pemimpin UMNO / BN Namun segala aduan itu hanya ' memenatkan ' tugas pihak-pihak terbabit sahaja. Tidak banyak yang diberikan perhatian dan tindakan. Hingga seolah-olah semua aduan dan bantahan itu jadi kertas pertandingan mengarang cerita seram sahaja .

Di Selangor isu rasuah Menteri Besar, Khir Toyo berlambak-lambak ,cukup dengan bokti dan cukup alasan di pejabat polis / BPR. Tapi hingga sekarang satu berita pun tak didengar mengenainya, sama ada telah disiasat atau telah disumbat-sumbat dalam fail sehingga jadi pekasam dan akhirnya hancur lebur, busuk dan tidak boleh dimakan lagi.

Nampaknya kalau rakyat Malaysia hendak melihat semua aduan tersebut diambil tindakan oleh pihak-pihak berkenaan, terpaksalah mereka menunggu dan terus menunggu. Seperti kata orang tua-tua 'bagai menunggu buah tak gugur ' ataupun boleh dikatakan ' menunggu kucing tumbuh tanduk '. Entah bila ianya boleh berlaku.

Bagi mengelakkan semua aduan dan bantahan tidak menjadi bahan muzium pada tahun 2020 nanti, maka saya cadangkan supaya ianya dikumpulkan serta diterbit menjadi buku. Boleh dijual kepada orang ramai. Beberapa orang pelapor terbabit dengan aduan dan bantahan itu saya kira boleh bermuafakat untuk tujuan ini. Selain usaha menerbitkannya boleh menjadi punca kewangan dan sumber dana kepada pilihanraya, buku tersebut nanti boleh dijadikan bahan kempen berkesan dan rujukan rakyat betapa UMNO/BN telah mengkudakan polis , BPR dan SPR untuk tujuan dan kepentingan politik masing-masing. Selain itu mungkin ianya boleh menjadi bahan kajian ahli akademik serta generasi akan datang suatu masa nanti.

Saya amat mengkagumi usaha Saari Sungib dari KeADILan yang mempunyai 'ijazah ISA' kerana telah berjaya menerbitkan banyak buku, dengan mendedahkan berbagai kepincangan dan pelanggaran hak asasi manusia oleh pihak-pihak tertentu sepanjang tempuh ' pengajiannya ' . Sekarang buku-buku beliau telah berada di semua lapisan rakyat termasuk pegawai-pegawai kerajaan yang telah menurunkan tandatangan dalam ' aku janji ' . Dengan khabar angin pemimpin UMNO di bahagian dan cawangan pun ada yang memilikinya melalui pihak ketiga. Baguslah tu yoep !.

Peluang ini saya anggap tidak ada pada pihak UMNO / BN. Kerana semua aduan dan bantahan mereka dengan ' sekelip mata ' sahaja segera diambil tindakan oleh yang menerima aduan dan bantahan. Hinggakan tulisan dalam 'surat pembaca' pun dapat perhatian segera dan serta merta polis bergegas menyiasatnya. Maklumlah slogan mereka ialah : MESRA ( untuk kerajaan UMNO/ BN ) , CEPAT ( bertindak untuk kepentingan UMNO / BN ) DAN BETUL ( ikut pertimbangan dan arahan pemimpin UMNO/ BN ) .

ULAT BUKU






______________________
Terbitan : 20 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com