SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Diskusi Politik Semasa "The good” and “The bad”"The good” and “The bad” Setiap kali penulisan menyebut "kerajaan" ia adalah merujuk kepada parti pemerintah dan bukannya badan pelaksana (eksekutif) yang tidak terikat dengan mana-mana badan parti politik. Maka secara longgarnya menggunakan ‘kerajaan’ yang akan membawa maksud parti pemerintah (UMNO/BN) tanpa bermaksud merujuk kepada badan eksekutif melainkan dinyatakan sebaliknya. Suatu perkara yang menarik yang diungkapkan mengenai falsafah Aristotle mengenai the “good is what is aimed at” dan dapat disimpulkan seperti berikut: 1. “Kerajaan Malaysia hari ini, yang menang dengan majoriti besar 2/3 di parlimen, tentunya mempunyai sasarannya sendiri (aim). Kerana jarang-jarang kita dengar sebuah kerajaan boleh berdiri dengan undi majoriti sedemikian rupa**, maka tentunya kerajaan yang sebegini kuat mempunyai aim yang realistik dan mampu meyakinkan pengundinya; dan dengan sebab itulah kerajaan ini diundi oleh majoriti para pengundi sejak lebih 40 tahun yang lalu.” (** Pembetulan: Banyak negara-negara terutama dari timur tengah yang berdiri dengan sedemikian rupa. Benazir Butto dan Musahraf di Pakistan, Husni Mubarak di Mesir, Gadafi di Libya, FIS di Algeria dan banyak lagi negara lain memenangi undi mereka dengan majoriti lebih 80-90% undi penduduk. Persoalan penipuan atau undi hantu adalah persoalan lain) 2. Siapa mentafsirkan apakah yang “good” dan apakah yang “bad”: “Untuk mencapai aim yang diwar-warkannya, kerajaan ini mentafsirkan bahawa kaedah politik pembangkang tidak membantunya (the bad) dalam mencapai aim tersebut, maka ia berpendapat kaedah yang digunakan oleh pembangkang ini perlu disekat. Dan kerajaan yang kuat ini juga berpendapat kaedah politik yang diperkenalkannya adalah bagus dan baik (the good) untuk diterimapakai dalam konteks menunaikan janji serta amanahnya kepada rakyat. 3. Adalah penting bagi setiap rakyat yang menghormati negaranya untuk menerima penafsiran “the good” dan “the bad” yang dibuat oleh sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat terbanyak kerana itu adalah hak mutlak pentadbir kerajaan tersebut. 4. Maka secara analitiknya, falsafah Aristotle tadi bolehlah diubahsuai menjadi, "the good is what is aimed at in order to achieve what is aimed for". Dengan demikian, setiap pemimpin secara semulajadinya akan mencegah sebarang unsur-unsur yang ditafsirkan olehnya sebagai “the bad”. 5. Tetapi bagaimana dengan penyalahgunaan istilah atau interpretasi “The good” and “the bad”? Maka ada yang menjawab: “Isu penyalahgunaan kuasa dan double standard dalam konteks tindakbalas kerajaan terhadap kelompok “the bad”, seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak, adalah tidak relevan sama sekali untuk dibangkitkan selagimana kerajaan tersebut” Kenapa? Sebab “(ia) dapat mengekalkan emosi para pengundi pada tahap yang aman damai kerana ini soal hak atau mandat yang diberi oleh rakyat kepada mereka. Pihak yang menimbulkan isu ini perlu bertanya diri mereka sendiri, adakah rakyat Malaysia telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengundi Barisan Nasional selama lebih 40 tahun? Mempertikaikan hak ini juga bermakna meletakkan negara dalam situasi pertelingkahan yang tiada hujungnya, sekaligus membenarkan apa yang disimpulkan oleh Y.A.B Perdana Menteri sebagai pengkhianatan kepada negara.” Ulasan Kita:
Aristotle menulis: Maka, dalam menuju kepada “good” ini persoalan moral dan etika kepada perjalanan mencapai “good” tidak lagi diambil kira. Civil liberties, democracy, human rights adalah batu penghalang dalam mencapai “good" tersebut. Tidak ada batasan kepada mencapai good. Good dalam Istilah robin hood: "Mencuri dan merompaklah. Ianya untuk orang miskin". Itu masalah pertama falsafah ini. Keduanya, timbul persoalan lagi. Siapa yang akan menentukan apakah dia “Good” dan apakah dia “Bad”? Di mana batasan “good” dan “bad” dan setakat mana dichotomy “good dan bad” ini boleh diaplikasikan? Kerana tanpa ada suatu batu asas kepada sesuatu perkara, sesiapa sahaja boleh menginterpretasikan apa sahaja kepada setiap perkara! Maka ada yang menjelaskan bahawa yang menentukan kedua perkara ini adalah kerajaan. “Dan kerajaan yang kuat ini juga berpendapat kaedah politik yang diperkenalkannya adalah bagus dan baik (the good) untuk diterimapakai dalam konteks menunaikan janji serta amanahnya kepada rakyat.” Maka kerajaan yang menentukan yang “Good” inilah yang membunuh beribu yahudi dan mencetuskan perang dunia pertama dan kedua: Jerman dan Hitler. Kerajaan yang sama menjatuhkan bom ke atas Hiroshima dan Nagasaki: Amerika. Kerajaan yang sama mengebom dan membunuh beribu rakyat yang tidak berdosa di Palestine, Iraq,,Afganistan, Iran, Libya dan the list is on and on. Bila ditanya kepada Bush kenapa menyerang Iraq dan Afganistan: “for the good of the mankind” Bila ditanya kepada Madelineine Albright mengenai Amerika dan polisinya dia mengatakan “The United state is good. We try our best everywhere”. Dan kerana pengtafsiran “good” ini, maka tidak salah membunuh 3500 penduduk Afganistan, atau membunuh 500,000 kanak-kanak Iraq kesan daripada sekatan ekonomi atau membunuh beratus ribu umat Islam seluruh dunia;kerana “we are aiming at good. What ever means we use are irrelevent” Maka siapa yang menentukan yang baik dan buruk? Siapa yang menentukan batasannya? Adakah kerana rakyat memberikan mandat kepada sesuatu parti pemerintah dia mempunyai hak menentukan segala sesuatu itu baik dan segala sesuatu itu buruk? Bagi kita, pembahagian baik dan buruk di negara kita dan dimana-mana sahaja akan diolah oleh ahli politik mengikut apa yang menguntungkan mereka. Benar seperti kata machiavelli “Nevertheless, we can’t help observing that nowardays those Princes who care little about principle and intergrity but instead make use of cunning and deciet obtain wealth, celebrity and great success. They achieve more than those who base their conduct upon openness and honesty” (Power by Machievelli) Sedihnya kenyataan ini masih benar bagi ahli-ahli politik masa kini. Ketiga, akan timbul persoalan lebih besar daripada sesetengah orang sekiranya falsafah ini digunakan. Bayangkan akan datang berkemungkinan negara kita akan diperintah oleh parti selain dari UMNO/BN yang ada sekarang. Mungkin PAS, KeADILan, DAP, PRM atau mungkin parti lain yang akan wujud pada masa akan datang yang mungkin Islam, melayu atau bukan. Bayangkan mereka mempunyai idealisme yang sama seperti pendapat sesetengah orang ini dengan istilah “good” and “bad” tafsiran kerajaan. Maka apakah yang akan menentukan perbezaan di antara kedua perkara ini. Bayangkan orang seperti Hitler memerintah atau mungkin orang-orang DAP atau PAS yang akan membalas dendam terhadap ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO yang dahulunya menindas mereka. Maka di perkenalkan “the good” and “The bad” mengikut interpretasi mereka dan dihancurkan ahli-ahli UMNO dan penyokongnya dengan penyiksaan yang amat sangat (INGAT Ini hanyalah satu perumpamaan. Tidak menyatakan bahawa UMNO/PAS/DAP dll adalah sedemikian rupa). Maka apa yang akan menghalang mereka menentukan bahawa perkara tersebut “bad”? ianya “good” pada pandangan mereka yang pada masa tersebut dipilih oleh majoriti penduduk. Maka sesiapa yang dari UMNO mempersoalkan seharusnya dikenakan tindakan yang lebih teruk kerana mempertikaikan “…hak ini juga bermakna meletakkan negara dalam situasi pertelingkahan yang tiada hujungnya, sekaligus membenarkan apa yang disimpulkan oleh Y.A.B Perdana Menteri sebagai pengkhianatan kepada negara.” Equity and equality Kerana itu, bagi kita, perlunya satu kesatuan dalam sesuatu perkara. Sekiranya A adalah baik terhadap UMNO maka baiklah ia terhadap sesiapa sahaja tidak mengira kefahaman politik, ideologi, warna kulit dll. Sekiranya B buruk kepada UMNO maka buruklah kepada yang lain. Penentuan buruk dan baik ditentukan oleh 2 perkara. Sekiranya di sebuah negara yang mengamalkan Islam, maka penentuannya adalah hukum syarak al-quran dan Sunnah. Sekiranya di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, ia ditentukan oleh perlembagaan dan undang-undang yang adil. Maka perkara usul dalam undang-undang tetap berdiri: “Setiap perkara itu dibenarkan untuk dilakukan melainkan ada undang-undang yang menyatakan sebaliknya”. Undang-undang tidak boleh diaplikasikan kepada yang satu tetapi tidak dijatuhkan kepada yang lain. The rule of law stays “No one is above the law”. Maka hujah kita terhadap double standard juga tetap bertahan: Seseorang itu tidak sepatutnya ditahan ISA, ditarik biasiswa, di tahan reman, tidak diberikan kontrak, tidak dilayan dipejabat, dibuang kerja atau diugut untuk dibuang kerja hanya kerana mereka berlainan ideologi dan pendapat tentang politik. Hanya kerana mereka tidak menyokong parti pemerintah yang ada sekarang. Kita kena ingat, bila mana ada majoriti kita juga punyai minoriti. Dan kita juga kena ingat minoriti 49 peratus daripada 100 peratus adalah juga sama dengan nilai minoriti 1%. Tidak ada bezanya. Inilah demokrasi dan sama ada kita mahu atau tidak, suka atau tidak, hakikat wujudnya golongan 'minoriti' tidak boleh dibuang dan dianggap sebagai 'satu pengkhianatan'. Kerana kalau begitu apa gunanya menggunakan istilah negara demokrasi sedangkan pelaksanaannya adalah diktator kuku besi? Kita tidak mahu bercakap mengenai ketuanan melayu, di sini atau layanan terhadap kaum bukan melayu yang kita anggap adalah undang-undang paling kebelakang dan memalukan dalam sebuah negara yang mengaku dirinya sebagai sebuah negara demokrasi. Cukup kita katakan bahawa falsafah yang sama juga diaplikasikan di sini. Permasalahan furuq’ dan usul Ada orang berpendapat permasalahan furuq’ dan usul seolah-olah persoalan asas hak asasi dalam sebuah negara ini adalah perkara cabang dan bukannya usul perbincangan. Di dalam fiqh Siasah, permasalahan pelaksanaan hak asasi adalah perkara usul dan dhawabit (tetap) yang tidak boleh dipertikaian oleh sesiapa sahaja. Tidak kira siapa yang memerintah. PAS, UMNO, DAP dll. Hak ini adalah hak yang dijamin sendiri oleh perlembagaan. Maka tidak timbul persoalan furuqiyah dalam permasalahan memberikan hak kebebasan memilih, bercakap, bersuara dll. Secara kesimpulannya, sama ada kita mengaku atau tidak berlaku perpecahan dikalangan umat Islam dan orang Melayu. Ianya bukan sahaja diakibatkan oleh orang PAS sahaja tetapi oleh orang UMNO sendiri. Budaya kutuk mengutuk, hina menghina, pulau memulau tidak hanya dilakukan oleh PAS, tetapi juga UMNO. Budaya tarik menarik ini berlaku dalam suasana yang sungguh memalukan. Tetapi kemudaratan yang lebih besar diakibatkan oleh parti pemerintah dengan segala kekuatan dan jentera yang ia ada. Dengan badan polis (SB), media cetak dan elektronik yang bekerja twenty-four-seven bagi memastikan suatu pihak tersebut akan tersungkur mati dan tidak akan bangkit kembali, ia bukannya menghilangkan suasana yang ada, malah menambahkan lagi kebencian “minoriti” rakyat yang bernaung di bawah langit yang sama berdiri di atas tanah yang sama. Keterlibatan Pelajar dalam Politik Pelajar bekerja dalam pilihanraya di IPTA untuk parti pembangkang dan parti kerajaan? (Ada yang masih menuntut di UITM sekarang aktif berkempen untuk pilihanraya tidak lama lagi. Ada yang dah ke beberapa tempat seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk tujuan memancing undi) Ada suara yang menyatakan, disebabkan PAS tidak mengendahkan teguran, nasihat dan amaran kerajaan supaya menjauhi pelajar universiti, kerana mereka tidak perlu terlibat dengan politik kepartian ketika masih menuntut, maka UMNO menganggap PAS ingin mengajak UMNO berentap di lapangan mahasiswa. Membiarkan PAS meneruskan agendanya di universiti adalah tidak relevan manakala mengambil tindakan atas salah laku dan kebiadapan PAS itu juga tidak cukup relevan (kerana kerajaan masih belum mahu mengharamkan PAS buat masa ini). Oleh yang demikian, UMNO mengambil sikap menyahut cabaran. “Ayuh! Kita berentap!”. Maka terjadilah apa yang sedang terjadi, dan harus kita fahami bahawa segala-galanya berpunca daripada PAS. Sebelum ini, UMNO tidak pernah mempergunakan mahasiswa dalam pilihanraya, sedang PAS secara jelas dan terang-terangan menggalakkan mahasiswa menyertai kempen-kempen politik mereka sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Kerana itulah network UMNO agak longgar dikalangan mahasiswa di masa yang lalu. Bagi kita hujah ini agak longgar dan tidak kena pada akal logik. Pertama sekali undang-undang diadakan untuk dipatuhi. Sekiranya ada undang-undang mengatakan HARAM/SALAH/Illegal mahasiswa menyertai mana-mana parti politik, tidak timbul soal PAS mengajak berentap atau tidak. Ia harus dan wajib dilaksanakan dan dipatuhi tanpa ada discrimination dan bersikap belah bahagi. Sekiranya dilanggar tindakan harus diambil. Tetapi masalah yang timbul, undang-undang ini hanya diaplikasikan bilamana ada pelajar terlibat dengan PAS/pembangkang sedangkan pelajar yang terlibat dengan parti kerajaan dibiarkan bebas melakukan aktiviti politik (berkempen, memancing undi dll). Sekiranya mahu juga dibiarkan pelajar yang pro parti pemerintah terlibat dengan politik, sewajarnya dibiarkan juga pelajar yang terlibat dengan parti pembangkang terlibat dengan aktiviti mereka, dan sewajarnya juga AUKU Dimansuhkan kerana sudah tidak releven. Kedua, hujah menggatakan "kerana mereka mencabar kami berentap" adalah hujah orang tidak bertamadun. (maaf bahasa saya). Saya berkata demikian kerana hanya orang yang tidak bertamadun yang akan mengenepikan undang-undang demi untuk menerima cabaran orang yang mencabarnya; sedangkan undang-undang menyatakan sebaliknya. MAka apa fungsi undang-undang di sini? Ketiga; sekiranya kita ikut rentak orang lain menyalahi undang-undang, maka apa bezanya kita dengan mereka? Sepatutnya yang membezakan kita dengan orang lain adalah kekuatan kita memegang prinsip. Kalau kita benar a law abiding citizen, kalau kita yakin dengan undang-undang negara kita, undang-undang kita, tak benarkan berpolitik di kalangan pelajar, kita wajib patuh dan ikut tanpa ada rasa "mereka cabar aku!". kita bukan hidup zaman Hang Tuah Hang Jebat lagi. Jangan terlamun dalam mimpi. Kita hidup dalam dunia realiti. Akhir sekali, Kalau kita rasa mereka telah menyalahi undang-undang, gunakan kehakiman/undang-undang untuk menyekat mereka. Itulah hak kita. Jangan hanya kerana mereka telah menyalahi undang-undang kitapun nak turut sama masuk dalam gaung dengan mereka. Macam polis yang jaga jalanraya. Hanya kerana ada orang berlumba dekat jalan raya dia rasa dia dah tak releven jaga jalanraya, maka dia pun ikut lumba nak buktikan kekuatan dia sebagai polis. Bukan itu caranya. Adakah AUKU Berperanan? Kenapa tidak dimansuhkan sahaja AUKU untuk membolehkan pertarungan yang adil? Ini kerana, penggunaan AUKU masih lagi perlu jika jentera mahasiswa ditonjolkan secara berlebih-lebihan dalam proses pilihanraya umum. Kerajaan mengambil sikap sedikit bertolak ansur dalam isu ‘penyalahgunaan’ mahasiswa untuk tujuan partisan disebabkan PAS seolah-olah tidak boleh hidup tanpa menggunakan kelompok ini untuk mencapai cita-cita politiknya. Maka, pergunakanlah kemudahan yang diberi ini dengan bijak dan beretika supaya kerajaan tidak menggunakan kuasa budi bicara yang ada padanya untuk menutup ruang untuk mana-mana parti politik mendekati mahasiswa. Adakah boleh menggunakan mahasiswa? Mana definisi penggunaan 'melampau'? apa maksud melampau? terlalu subjektif. Apa bezanya UMNO dan kerajaan? Ada orang berkata Dalam bahasa mudah, kerajaan ialah pemerintah dalam sesuatu wilayah. Di Malaysia, orang-orang yang memegang tampuk pemerintahan ini adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO/BN. UMNO/BN ini adalah parti politik; bukan parti politik yang kalah tetapi parti politik yang menang besar dalam pilihanraya sejak berpuluh-puluh tahun. Dalam satu ayat, bolehlah disebutkan bahawa UMNO/BN ialah parti politik yang mendapat mandapat mandat rakyat untuk memerintah kerajaan Malaysia. Mereka begitu menekankan perkataan: "politik yang menang besar dalam pilihanraya sejak berpuluh-puluh tahun." Menarik untuk diperbincangkan sebenarnya mengenai sistem pilihanraya di Malaysia. Sistem "First PASt the post" yang diamalkan di Malaysia dan UK bukanlah satu sistem yang boleh dijadikan satu kayu pengukur bahawa adakah mengenai kemenangan sesuatu parti tersebut mewakili suara majoriti rakyat. Ini kerana kemenangan di kira berdasarkan kiraan kerusi bukannya undi keseluruhan. Kita ambil contoh di bawah.
Contoh:
Katakan: Maka kalau mengikut sistem yang ada sekarang, berdasarkan kerusi, maka UMNO adalah pemerintah dengan kemenangan besar kerusi 2 berbanding 1. Tetapi sekiranya dikira kepada jumlah sokongan rakyat (ini adalah maksud demokrasi sebenar) PAS mempunyai lebih banyak sokongan dari UMNO. (dari sini UMNO mendapat 298 undi dan PAS mendapat 902 undi) Maka di sini berdasarkan logik sebenar, PAS adalah wakil yang menang besar! Kesimpulannya sistem yang dipraktikkan sekarang ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur sama ada kemenangan besar atau tidak berlaku sepanjang tahun!. Kalau berdasarkan pada kiraan pilihanraya 99', undian/sokongan terhadap parti pembangkang adalah hampir sama banyak dengan undian terhadap parti pemerintah. Tetapi bilangan kerusi (seperti contoh yang di atas) menjadikan perbezaan yang besar. Sekali lagi bukan kayu pengkur sebenar. Kedua: Bilamana wujudnya satu golongan majoriti, akan ada satu golongan minoriti. Golongan minoriti (sudah tentunya berlawanan dengan majoriti) ini tidak sepatutnya sedikitpun dinafikan hak mereka di dalam sebuah negara. Ini yang dimaksudkan di sini. Bilamana satu parti dilantik menjadi parti pemerintah, mereka akan menggubal undang-undang dan sewajibnya undang-undang tersebut tidak akan memudaratkan dan equally memanfaatkan golongan minoriti walaupun golongan ini pada hakikatnya tidak menyokong parti pemerintah dan mengkritik mereka dalam perihal yang mereka rasakan tidak benar atau salah. Ini adalah hak minoriti untuk mengkritik dan hak majoriti (parti pemerintah) memberikan apa yang sepatutnya mereka dapat tanpa ada sikap prejudis, double standard dll. Inilah asas perbincangan kita. Idealnya, UMNO jauh berbeza dengan kerajaan. Yang memerintah adalah kerajaan. UMNO tidak boleh masuk campur dalam kerajaan, tidak berhak untuk masuk campur dan menggunakan wang kerajaan untuk UMNO. Segala yang dilakukan kerajaan atau produk kerajaan bukanlah produk UMNO, tidak boleh disamakan. Fahaman ini sudah diterima berkurun lamanya, termasuk pada kebanyakan kakitangan awam. Lalu, apakah biasiswa atau pinjaman yang diterima dari kerajaan boleh dianggap sebagai penerima produk UMNO dan mesti bersyukur untuk UMNO? Tentu jawabnya, produk kerajaan dan kalau patut bersyukur bersyukurlah pada kerajaan, bukan UMNO. Wajib atau tidak wajib bersyukur bergantung kepada beberapa perkara lain - nilai, suntikan semangat membenci, mempunyai fahaman yang lain dsb. Apa fungsinya separation of powers di dalam sebuah negara demokrasi? Ada pendapat dalam konteks separation of powers, pemerintahan UMNO/BN nampaknya begitu bagus dan hebat sekali sehinggakan tidak pernah kita dengar isu-isu besar ditimbulkan oleh “the other blocks of separated powers” yang menjejaskan urusan pemerintahan negara secara berpanjangan. Atas sebab segala isu dapat ditangani secara berkesan oleh kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN, maka kerajaan ini sentiasa mendapat tempat di hati jutaan pengundi di Malaysia. Ini pandangan dari mata mereka sedangkan pandangan dari mata pemerhatian orang lain, mereka melihat sebaliknya. Begitu juga pendapat yang mengatakan, Kalau UMNO/BN melanggar prinsip “separation of powers”, maka tentunya YDP Agong, Badan Kehakiman ataupun Dewan Senat akan menyatakan protes kerana itu hak, tugas dan tanggungjawab mereka. Selagi kita tidak mendengar perkara-perkara ini, maka sama ada suka atau tidak kita perlu terima bahawa “the blocks of separated powers” ini bersetuju dan secocok dengan perjalanan pemerintahan negara. Pencabulan prinsip ini bukan sahaja kepada YDP agong (yang terbatas sangat kuasanya) atau dewan rakyat sahaja. Tetapi ia berlaku dalam kadar yang lebih besar dan dalam daripada itu. Sponsorship, tender, business, kesihatan, kewangan, sekuriti, dll kesemua badan ini tidak dapat tidak dipengaruhi keputusan mereka oleh "what the politicans said". Berlaku pencampuran kuasa yang terlalu membimbangkan sehingga ke dalam pembahagian tender sekalipun di lihat sama ada company tersebut terlibat dengan parti kerajaan atau pembangkang. Ini adalah satu aktiviti yang tidak sihat yang sepatutnya dielakkan oleh mana-mana pihak, parti pemerintah atau parti pembangkang. Tetapi malangnya perkara ini adalah hakikat yang berleluasa. Secara retoriknya, memang benar, tujuan diwujudkan separation of power yakni Raja berperlembagaan, kuasa eksekutif, parlimen dan kehakiman adapun ianya untuk check and balance. Pembahagian kuasa penting untuk check and balance kerana ditakuti berlaku kuasa diktator. Sebenarnya asas separation of power ini adalah selama sejarah demokrasi itu sendiri. Namun begitu, realiti dan hakikat di negara umat Islam, kita masih lagi tidak mampu keluar dari mentaliti bahawa siapa yang memegang kuasa dia adalah kerajaan. Parti pemerintah dan kerajaan tidak sepatutnya di salah anggap dan di campur adukkan. Ya betul akan ada berlaku overlapping dalam bidang tugas, seperti seorang MP dari parti pemerintah akan dilantik menjadi ketua sesuatu department, tetapi ia tidak menjadikan badan kerajaan tersebut milik MP dan parti tersebut sehingga apa sahaja yang dikatakan oleh parti, bercanggah dengan undang-undang atau tidak, bukan lagi sesuatu yang boleh dipersoalkan. Undang-undnag dan separation of power diwujudkan bagi tujuan supaya tidak berlaku penindasan dan flooding of kuasa yang menyebabkan ketidakadilan dalam sesebuah negara. Realiti ini dapat dilihat di UK. Bilamana berlaku skandal atau ketidak puas hatian rakyat terhadap sesuatu isu, atau bilamana kerajaan dikatakan telah melangkau undang-undang dan perlembagaan dalam sesuatu tindakan, maka akan bangkit suara menyeru untuk diambil tindakan dan enquiry. Satu contoh yang baik adalah dalam kes Stephen Lawrence sehingga timbul isu institutional racism yang dikatakan diamalkan oleh pihak polis. Berlaku inquiry yang menyebabkan banyak skandal-skandal terbongkar. Ini amat sukar dilakukan di Malaysia sehinggalah sesuatu itu sudah terlewat dari berlaku (cth kes polis Rahim Nor) Bila mana disebutkan parti pemerintah, ini sendiri menunjukkan bahawa mereka mempunyai kuasa terhadap badan yang mereka kuasai iaitu kuasa eksekutif di negara kita dan secara logiknya parlimen kerana penguasaan lebih dua pertiga BN terhadapnya. Tiada halangan yang kita ketahui dari Raja-raja malahan mungkin taat setia para hakim dan institusi yang lain sendiri pun adalah kepada parti pemerintah. Bunyinya adalah demokratik, tetapi hakikatnya itu yang berlaku tidak kira samada pihak PAS ataupun UMNO status quo akan berlaku kerana masing-masing sudah selesa dengan sistem yang ada. Ilmu politik dan perlembagaan ini bukan satu sifat demokratik tulen. Parti pemerintah mempunyai kuasa dalam penggubalan undang-undang dan memastikan ia disalurkan di perigkat badan eksekutif (pelaksana/kerajaan). Dan badan kehakiman akan memastikan rakyat tidak menyalahi undang-undang yang telah diluluskan ini. Ketiga-tiga badan ini adalah parallel dan tidak ada satupun yang berkuasa ke atas sesuatu yang lain. Tidak hanya kerana dia hakim, penjaga undang-undang, maka dia di atas undang-undang. Undang-undang tetap apply kepadanya. Sama halnya dengan ahli parlimen yang diperintah melalui undi rakyat. Hanya kerana dia menggubal undang-undang tidak bermakna dia immune dari undang-undang. Undang-undang disediakan untuk diapplykan kepada semua manusia, hakim, pegawai kerajaan, ahli parlimen - inilah konsep rule of Law. Dan undang-undang memastikan tidak ada penguasaan satu golongan ke atas golongan yang lain. Ahli parlimen, sekiranya membuat kesilapan tetap akan dihukum oleh undang-undang yang dilaksanakan oleh hakim. Sekiranya dikatakan oleh undang-undang tidak dibenarkan pelajar terlibat dalam politik, maka ia juga apply kepada kelab mana-mana sekalipun, UMNO atau PAS. Tidak hanya kerana dia UMNO, parti pemerintah maka dia above the law. Kemajuan dan Polemik “Kemajuan akan terhalang jika kita mempersoalkan, berpolemik tentang dasar-dasar sehingga tidak jadi kerja. Ingatlah, bukan dasar yang menjayakan sesuatu projek atau pembangunan tetapi tindakan serius yang diambil untuk menjayakan pembangunan berkenaan. Kalau kita asyik bercakap, berbahas dan berpolemik, kita hanya akan mengelirukan diri kita sehingga tidak ada apa yang boleh dilaksanakan,'' Polemik untuk sesuatu dasar adalah perlu bagi memastikan kerajaan akan melaksanakan dasar yang terbaik hasil daripada polemik dan perdebatan yang telah dilakukan di parlimen. Yang salahnya ialah bila dasar telah diluluskan dan dipersetujui oleh semua, tetapi tidak dilaksanakan dengan baik. Ini yang salahnya. Dan bilamana ia tidak dilaksanakan dengan baik, sewajarnya juga pemegang kuasa kepada badan tersebu yang dipersalahkan. Umpamanya kes Almaunah dimana senjata tentera boleh dicuri dari kem tentera yang dikawal ketat sepatutnya disalahkan kepada Dato' Najib kerana beliau adalah pemikul amanah menjaga badan tersebut. Sepatutnya dalam hal ini beliau sama ada dilucutkan jawatan atau meletak jawatan kerana kurang kredibilit menjadi 'penjaga' (bukan penguasa) kepada badan tentera. Ini contoh dalam hal ini. Mentaliti rakyat boleh diubah dan berubah mengikut arus dan suasana. 100 tahun dahulu rakyat menganggap raja/sultan sebagai satu daulat yang tidak boleh dipersoal. Raja/sultan sebagai 'wakil tuhan' di muka bumi. Bila di baca sastera lama akan dampak "raja yang boleh mengeluarkan api dari mulut, giginya 7 jengkal, dadanya bidang 7 hasta dsb" untuk tujuan menakutkan rakyat. And it works. For hundres of years. Tetapi mentaliti ini dah diubah dengan pendidikan dan penerangan. Why can't we do the same? Because who ever in power like apa yang dia orang rasa sekarang. Bila dah ada kuasa mereka macam semut yang jatuh dalam gula atau lebah yang masuk dalam sangkar madu, mabuk dalam bayangan kuasa. The love the power dan 'sembahan' rakyat terhadap mereka sekarang. Rasa "kekuasaan dan kemuliaan" yang dimiliki sehingga tidak rasa pada mereka untuk menerangkan tentang hakikat bahawa duit MARA bukan duit UMNO. Duit JPA bukan DUIT BN. Duit Petronas bukan DUIT Dr Mahathir. DUIT Terengganu bukan duit Haji Hadi atau duit PAS. Balak Kelantan bukan balak Nik Aziz dsb. Suatu ketika dahulu, digambarkan di Harakah, Baginda Sultan Mizan memeluk TG Haji Hadi dan juga betapa intimnya hubungan baginda dan TG, dan titah baginda cuba diinterpretasi oleh khalayak dalam PAS sebagai pro- PAS. Secara demokratik, ini adalah salah satu perkara syubhat yang boleh menyebabkan perlanggaran sempadan, kerana di masa hadapan jika berlaku konflik seumpama kes menarik biasiswa dan kezaliman kerajaan negeri akan tertutup di atas anggapan bahawa semua komponen yang terkandung dalam kerajaan negeri adalah pro parti pemerintah. Perkara sebeginilah yang dimaksudkan takut berlaku dan sedang berlaku dalam kerajaan pemerintah sekarang. Komponen kerajaan dianggap sebagai milik mutlak parti pemerintah. Dianggap kalau tak ada parti UMNO maka tak dapat biasiswalah kita. Tak dapat hospital kerajaanlah kita. Tak dapat airlah kita. Tak dapat elektriklah kita dsb... Mentaliti sebegini dari kalangan para ahli politik diharapnya janganlah dibenamkan dalam kepala pengikut-pengikutnya. Bila sekali dua tak menjadi hal, tetapi lebih 40 tahun dah memerintah, tak nampak perubahan dalam cara percakapan sehingga tidak nampak lagi keunikan sepration of power ini. Maka, soal branding ini adalah satu perkara yang wujud jika ada pilihan. Masalah yang berlaku adalah hanya Colgate sahaja yang dijual di kedai dan telah dijual berdekad lamanya. Maka, bagi orang di tempat itu ialah, ubat gigi memang Colgate dan Colgate adalah ubat gigi. Di sini, mungkin timbul persoalan moral oleh Pengeluar Colgate atas dasar moral untuk mengajar orang di tempat itu bahawa tidak semestinya colgate itu ubat gigi, yang saya rasa agak mustahil dilakukan melainkan oleh orang yang benar-benar takut akan Allah dan bersemangat demokratis yang tinggi. Pertama hendaklah dibezakan mentaliti ahli politik dan mentaliti ahli perniagaan. Product labelling penting untuk ahli perniagaan untuk dapat untung. Tidak ada moral justification untuknya bagi menerangkan tentang colgate tidak semestinya ubat gigi kerana kalau dianggap demikian pun oleh orang ramai tidaklah mendatangkan keburukan; from any sides. Tetapi sebaliknya bagi institusi politik. Moral dan legal obligation perlu ada dalam sebuah kerajaan bagi mengelakkan mentaliti "product labelling" ini. Kenapa? sebab secara legalnya ini adalah tuntutan asas bagi sesebuah negara demokrasi agar dibezakan di antara badan-badan ini. Supaya tidak berlaku kekeliruan dan berlaku penyalahgunaan kuasa. Supaya berlaku dengan jelas check and balance dan tidak berlaku penipuan dan pemungkaran dalam pentadbiran. Jelas obligation untuk penerangan dalam sebuah pentadbiran adalah lebih utama dan penting dari contoh sebuah company.
Diterbitkan oleh : |