SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun HINA ALLAH DAN RASULULLAH – ADAT UMNOPerjuangan yang dicanangkan oleh UMNO untuk membela ISLAM melalui ‘ ISLAM yang sebenarnya ’ yang di laungkan oleh Mahathir hanyalah mainan politik untuk menawan hati pengundi ISLAM dalam usaha memenangi pilihanraya akan datang. Apakah sebenarnya ‘ ISLAM yang sebenarnya ’ itu? Kalau nak kata menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan mengatasi perlembagaan yang dibuat oleh manusia – jauh sekali! Negara Islam yang telah diisytiharkan oleh Mahathir dihadapan perhimpunan parti Gerakan pun masih celaru seperti yang telah diperjelaskan oleh Dato’ Ismail Kamus. Dato’ Ismail Kamus telah membandingkan Negara Islam Mahathir seumpama sebatang pokok yang tidak dapat diperjelaskan apakah pokoknya apabila akarnya durian, batangnya nangka, dahannya manggis, daunnya ubi dan buahnya jambu. Kalau pokok itu pokok jambu , dari akar hinggalah ke buahnya mestilah jambu. Penjelasan yang diberikan oleh Dato’ Ismail Kamus amatlah mudah difahami dan penulis merasakan budak-budak tadika pun akan faham dan yang tidak faham dan buat-buat tidak faham adalah puak-puak UMNO kerana pintu hati mereka yang telah tertutup. Menghina Allah dan Rasulullah telah menjadi adat bagi puak-puak UMNO ini, dari pemimpin besarnya hinggalah kepada gurkha-gurkha yang di bawah. Apa yang Mahathir kata pada hukum Hudud dan sunnah Rasulullulah tidak perlu penulis ulanginya di sini kerana satu dunia sudah tahu. Terkini dalam perhimpunan UMNO dalam sesi ampu-mengampu dan jilat-menjilat terhadap ucapan Mahathir, apa nama… orang Jeli yang kalah tu, Mustapha Mohd kot, telah mengangkat martabat Mahathir sehingga sama kepada Rasulullulah apabila mengatakan Mahathir memiliki sifat-sifat wajib Rasullulah dan temuramah yang dibuat oleh TV3 semalam ( Nightline, 21/6/03) di mana seorang wakil dari Melaka telah mengatakan Mahathir adalah anugerah Allah paling istimewa kepada umat manusia terutamanya rakyat Malaysia. Agaknya inilah ajaran ‘ Islam yang sebenarnya ’ yang telah meresap ke dalam darah dan daging puak-puak UMNO ini. Penulis cuma ingin bertanya : 1 Dalam sifat-sifat wajib Rasullulah, kita ambil satu contoh saja – SIDDIQ. Apabila Mahathir berkata DSAI melebamkan mata sendiri, di mana nak diletakkan sifat ini? 2 Kepada wakil dari Melaka pula, di mana kita nak letak Rasulullah kalau Mahathir anugerah Allah paling istimewa pada umat manusia? Inilah ‘ Islam yang sebenarnya ’ yang di ‘ tabligh ’ oleh Mahathir! Hina ALLAH, Hina Rasulullah. Apa nak jadi, apa nak jadi!
Diterbitkan oleh : |