Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

INSTITUT PEMIKIRAN BARAT = INSTITUT PEMIKIRAN MAHATHIR

Tidak seperti Institut Pemikiran Dr. Mahathir, Institut Pemikiran Barat cuma dicadang dan dibahas di dalam Mesyuarat Agung UMNO(baru) saja. Sehingga tulisan ini dicoret, belum ada surat khabat yang mengatakan kerajaan setuju dengan cadangan itu. Ia dicadang oleh Datuk Seri Najib anak Tun Razak. Walaupun Najib kata Barat itu Eropah, tetapi Amerika Syarikat juga termasuk dalam Barat.

Kata Najib yang dipetik dari Mingguan Malaysia 22/06/2003 di Muka 3 – “Jika kita dapat memahami dan mengenali sikap bangsa Eropah, saya percaya kita dapat mempersiapkan diri daripada serangan Barat, baik dari segi minda, budaya, ekonomi, media atau ketenteraan”.

Satu elemen penting semua bangsa yang menghuni dunia ialah bahasa sehinggakan disebut Bahasa Jiwa Bangsa. Biasanya bangsa Barat ditujukan kepada bangsa yang berbahasa inggeris. Dan bangsa yang disifatkan sebagai penyerang oleh Najib itu pula mungkin bangsa yang berbahasa inggeris. Dua negara yang bersifat penyerang ialah Britain dan Amerika Syarikat. Keduanya berbahasa inggeris. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan dalam era kejatuhan Mahathir pula memartabatkan bahasa bangsa yang bersifat penyerang itu.

Jestifikasi Kementerian Pendidikan untuk menggunakan bahasa inggeris di dalam sistem pendidikan ialah pelajar menjadi pandai apabila berbahasa inggeris. Entah institut mana yang menjalankan kajian dan mendapat hasil keputusan begitu. Lalu ia dilaksanakan ke atas mata pelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah dan diwajibkan kepada kanak-kanak sekolah di darjah satu dan tingkatan satu. Oleh kerana Najib berkata begitu, penulis memberi nasihat kepada anak di sekolah bahawa bahasa inggeris yang diajar di sekolah itu adalah berasal dari bangsa penyerang.

Bahasa bangsa yang bersifat penyerang itulah yang diguna pakai di dalam sistem pendidikan negara kini. Walaupun tidak disebut, dapatlah dikatakan bahawa bahasa melayu tidak boleh menjadikan orang melayu lebih pandai. Dapatlah juga dikatakan bahawa bahasa melayu sebagai bahasa yang rendah berbanding dengan bahasa inggeris. Tidak hairanlah ada dikalangan pelajar melayu yang merasa rendah diri untuk bercakap menggunakan bahasa melayu sendiri. Walaupun ia tidak dikaji lagi, namun dapat dikatakan bahawa orang melayu yang petah berbahasa inggeris akan dilihat sebagai maju sebaliknya pula dilihat sebagai mundur dan lemah. Adakah fenomena ini yang dibimbangi oleh Datuk Seri Najib?. Atau apakah ada erti politik di sebalik usul dan cadangan itu?.

Belajar bahasa bangsa yang bersifat penyerang itu tidak salah, tetapi apabila ia dijadikan arahan resmi negara yang berbangsa melayu majoritinya dan bahasa malaysia bahasa resminya menyebabkan ia menjadi pelik. Kepelikan ini mungkin nanti akan dikaji oleh School of Oriental Studies yang dikata oleh Najib suka mengkaji tingkah laku masyarakat timur.

Penulis suka mengaitkan idea Najib dengan idea Mustapha Mohamad yang mencadangkan institut pemikiran Dr.Mahathir, iaitu hasil kajian institusi Barat mengenai timurlah yang dibaca dan dijadikan panduan oleh Dr. Mahathir untuk memerintah bangsa melayu khasnya di Malaysia ini, sebab itulah dia berani mengutuk, mengeji dan membaruakan bangsa melayu, mengutuk genetik melayu di dalam darahnya. Kenapa tidak dikutuk genetik india yang ada di dalam darahnya itu?. Mungkin hasil kajian barat terhadap bangsa india menyebabkan Mahathir tidak berani mengutuk genetik india di dalam darahnya. Tidak keterlaluan jika disebutkan, Institut Pemikiran Dr. Mahathir dan Institut Pemikiran Barat sangat mempunyai persamaan.

yangdiBTNkan






______________________
Terbitan : 28 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com