Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Didakwa Ingkar Perjanjian Keluarkan Balak - Umno Pahang Disaman

Khabar dari pahang

Didakwa Ingkar Perjanjian Keluarkan Balak - Umno Pahang Disaman

Sebuah syarikat pembalakan di sini telah mengemukakan saman menuntut ganti rugi terhadap Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang kerana didakwa melanggar perjanjian mengeluarkan kayu balak di tanah milik parti itu. Menurut sumber, syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (SGM) melalui peguamnya Tetuan Peter Lai, Rajoo dan Aiza, telah menuntut gantirugi sebanyak RM31.160 juta akibat pelanggaran perjanjian kedua pihak (antara Umno Pahang dan SGM) yang dimeterai pada 2 Oktober 2000.

Menurut sumber itu lagi, pada tarikh tersebut, Umno telah menyerahkan hak eksklusif kepada SGM untuk mengeluarkan semua kayu balak dari tanah seluas 10,000 ekar milik parti itu iaitu P.T. Lot 6959 Mukim Bebar, dalam daerah Pekan.

Walau bagaimanapun, jelas sumber itu, ketika SGM melakukan kerja-kerja pengeluaran kayu balak di kawasan tersebut, terdapat syarikat lain yang mengeluarkan balak seluas 3,000 ekar dalam kawasan yang sama.

Berikutan itu, SGM telah memaklumkan kepada Umno untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi menghalang pihak ketiga mengeluarkan balak di kawasan itu kerana menurut perjanjian, Umno akan mempastikan pihak lain tidak dibenarkan mengeluarkan balak dalam kawasan itu.

Bagaimanapun, menurut sumber itu, Umno tidak berbuat demikian dan akibat daripada itu, SGM mendakwa telah mengalami kerugian dengan kehilangan lebih 76 ribu tan balak..

Sementara itu menurut sumber lain, pada 21 Mei yang lalu satu perbicaraan taksiran di antara SGM dengan Badan Perhubungan Umno Pahang telah pun dijalankan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan.

Bagaimanapun Umno selaku defendan, dikatakan tidak hadir. Dalam pada itu, sebelum ini seorang pengusaha kilang papan dari Negeri Sembilan, Lim Tiang Seo, telah mengambil tindakan terhadap SGM kerana kegagalan membekalkan baki kayu balak bernilai RM2.8 juta sebagaimana mengikut perjanjian.

Difahamkan, perjanjian bekalan itu dibuat berdasarkan SGM mendapat tender mengeluarkan balak di tanah milik Umno itu.

Pengeluaran balak itu, dikatakan sebahagian daripada kerja-kerja pembersihan untuk tujuan perladangan.






______________________
Terbitan : 13 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com