Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Lutfi diingat lebih waspada

Oleh BUDAK SG DORANI

Ahlan wa sahlan buat Ahmad Lutfi Othman. Khabar gembira buat pendokong perjuangan menentang rasuah dan salahguna kuasa. Berita sedih kepada mereka yang turut bergelumang dengan najis rasuah.

Bila membaca tulisan Tok Ayah yang memberitahu Lutfi sudah mulai sembuh, saya cukup gembira sekali. Gembira kerana dapat membaca kembali tulisannya yang panas dan kontroversi.

Bagaimanapun saya nasihatkan Lutfi supaya lebih berwaspada. Bukankah penyakit aneh yang menimpanya itu pernah sembuh satu ketika dulu, tetapi bila Lutfi terus membuat aduan rasuah kepada BPR, beberapa hari selepas sembuh, beliau kembali sakit, dengan keadaan yang lebih teruk dan parah. Sehingga terpaksa Lutfi balik kampung lebih dua bulan. Tidak pula saya bermaksud untuk menakutkan Lutfi, tetapi sebagai ingatan sesama saudara Islam. Musuh kita sebenarnya hanya mahu menjahanamkan kita tidak kira apa jalannya. Bagi mereka ini, tiada dosa pahala. Yang penting matlamat tercapai. Sebab itu golongan ini sanggup memuja jin dan syaitan untuk memusnahkan perjuangan kita. Sihir, santau dan sebagainya akan digunakan selepas cara lain tidak berkesan.

Lihat saja kes Lutfi, dia sudah ditangkap, dimasukkan ke dalam tahanan ISA, dirampas bukunya, digeledah rumah dan pejabatnya, dipecah kereta, diugut, dan akhirnya cara lebih kotor digunakan, iaitu sihir. Sama-sama kita berdoa semoga Lutfi pulih sepenuhnya dan kembali bersilat di gelanggang sebenarnya. Kepada musuh-musuh Lutfi, bersikaplah seperti anak jantan. Lawan berdepan.






______________________
Terbitan : 23 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com