SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Masalah materialisme Umno
bung karno SUDAH banyak diperkatakan orang masalah besar dalam umno. Sebutlah apa masalahnya seperti politik wang, cah keting, blok kemasukan ahli profesional dan 1001 hal yang pemimpin Umno sendiri barangkali sudah bosan memikirkannya. Tulisan ini cuba menghurai sedikit sebab utamanya supaya ahli Umno sedar dan yang bukan ahli Umno mendapat maklumat. Segala masalah dalam Umno berpunca dasar parti iaitu materialisme. Semua orang tahu dan sesiapa pun dalam Umno tidak menafikannya. Soal pembinaan akhlak, budaya, jati diri, bahasa dan lain-lain itu hanya sampingan sebagai penghias kepada materiaslisme. Sejarah penubuhan Umno pun sudah jelas, Umno mahu menentang Malayan Union dan menjaga hak-hak orang Melayu. Malayan Union memang merugikan Melayu mengikut suasana zaman 1946 itu. Ukuran merugikan itu berdasarkan pemilikan harta atau kebendaan dalam tanah air, kerana pada zaman itu keadaan orang Melayu amat naif sekali. Tidak timbul soal pembinaan budaya, akhlak dan kedudukan Islam! Nasionalisme hanya sebagai lagu dan alat pujukan agar semua orang Melayu menyertai perjuangan Umno. Ukuran kejayaan nasionalisme juga ialah keupayaan dan pemilikan harta atau material dalam sebuah negara. Kalau mahu dilihat dari sudut antarbangsa, nasionalisme bererti menuntut pemujaan bangsa Melayu oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Ukuran pemujaan dan pengiktirafan bangsa-bangsa lain di dunia juga kerana melihat kejayaan bangsa Melayu dalam pemilikan harta. Sebab itu yang dicanangklan kepada dunia ialah kejayaan anak Melayu dalam sukan misalnya seperti Hafiz Hashim atau Anita Sarawak sebagai penyanyi Melayu yang mengharumkan nama di Las Vegas (pusat judi), Amerika. Oleh itu segala perancangan Umno dalam negara adalah untuk membina kekayaan kaum Melayu. Justeru, jangan buat-buat hairan mengapa korupsi, penipuan, konspirasi dan penindasan berlaku sama ada dalam Umno atau di luar Umno. Matlamat mereka adalah untuk mendapatkan laba material. Umno memegang kuasa dalam negara. Memegang kuasa bermakna menguruskan segala sumber wang sama ada hasil melalui cukai atau harta asli negara. Oleh kerana pemimpin besar dan kecil dalam Umno pun sedar perlunya beri-memberi projek untuk saling sokong-menyokong, maka berlumba-lumbalah mereka yang mahu kekayaan dengan cepat. Mengapa berlaku politik wang dalam Umno? Pemimpin parti akan memegang kuasa pentadbiran termasuk menguruskan wang negara. Siapa rapat dengan pemimpin berkenaan tentu akan mendapat habuan. Pemimpin berkenaan juga mahukan sokongan. Tanpa sokongan kuat ahli-ahli, dia akan tewas dalam pemilihan dalam parti. Ahli-ahli tentulah menagih "aku dapat apa kalau sokong kau?". Ahli memang tahu dasar hidup Umno ialah wang atau material. Meraka masuk Umno pun kerana mahukan wang. Tauke-tauke di luar Umno pun rapat dengan pemimpn Umno. Umno pegang kuasa dan wang. Pemimpin negara (baca pemimpin Umno) akan mengagihkan projek atau tender. Sebab itu jangan hairan kalau tauke-tauke judi akan menyalur dana tahunan ke tabung Umno kerana lesen judi mereka atas ihsan pemimpin Umno! Oleh kerana Umno kenyang dengan wang seperti itu, maka mereka akan membela sistem judi di negara ini yang kononnya untuk bukan Islam walaupun bohong. Saya beri bukti kukuh bagaimana judi sebenarnya untuk Melayu! Pergilah ke Pekan Pahang (Kawasan Parlimen Datuk Seri Najib), kawasan yang majoriti besar adalah Melayu Islam. Dalam bandar Pekan, orang bukan Islam boleh dikira dengan jari. Ada berapa kedai judi untuk orang bukan Islam itu? Jawabnya DUA! Siapa pelanggan utamanya? Melayu, yang Umno perjuangkan agar menjadi bangsa gagah dan bukan pemalas! Jangan sibuklah soal keruntuhan akhlak Melayu daripada yang remaja sampai yang dah tua. Yang tidak bersekolah sampailah kepada yang berijazah. Jika ukuran berjaya dalam hidup ialah pemilikan harta (sebagaimana yang diperjuangkan sekarang),janganlah buat-buat sedih dan marah dengan masalah besar dalam negara. Beri lesen hiburan disko, kelab malam, judi arak, lepas itu buat serbuan dan tangkap orang yang masuk ke situ. Buat pusat pemulihan untuk baiki jiwa Melayu yang rosak itu. Gali lubang dan tutup lubang macam orang bodoh. Akhirnya, kalaulah memang yang wajib diperjuangkan dalam hidup ialah menimbun harta benda, pastilah Nabi Muhammad s.a.w. akan mengajar kaum Arab Makkah dan Madinah menjadi jutawan (kan Nabi kita tu terror bisnes). Nabi ajarkan aqidah dan akhlak dahulu, sebab itu baginda diutus Allah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlak mulia akan mengawal perilaku manusia dalam mengumpul harta. Pembaca budiman, agaknya sanggupkah Umno membuat muhasabah mengenai dasarnya yang salah sehingga membawa kerosakan di bumi Malaysia atau akan terus mempertahankan dasar dan sistemnya untuk dulu, kini dan selamanya.
Diterbitkan oleh : |