Isu Jubah : Mari Kenali Mufti Wilayah Persekutuan
 

Mufti baru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi perhatian ramai kebelakangan ini, berkaitan dengan isu pemakaian jubah, kopiah dan serban.

Petikan dari Harakahdaily 15 Julai 2003
- - - -
Jubah dan mufti Wilayah Persekutuan

Tuesday, July 15 @ 20:18:09 MYT

Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
dari Makkah al Mukarammah

TIDAK cukup dengan jawapan dari orang politik, seorang mufti dari Wilayah Persekutuan pula telah diseret untuk berhujah mengenai nasihat saya yang "menggalakkan pakaian jubah, kopiah dan serban kepada pelajar-pelajar sekolah." (Berita Harian 5 Julai 2003).

Seorang professor yang dilantik menjadi mufti itu menganggapkan ia sebagai "perkara kecil yang boleh diselesaikan oleh ustaz kampung saja". (Berita Harian 10 Julai 2003).
- - - -

Untuk kita mengenali siapa itu Mufti Wilayah Persekutuan yang baru ini, memadai jika dipaparkan di sini beberapa informasi yang menarik :
 

1. Berita dari laman web Alumni UMNO (Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara), yang menyebut bahawa salah seorang AJK mereka telah dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan berkuatkuasa 1 Februari 2003.


 
 

2. Senarai Ahli Jawatankuasa Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara Sessi 2002-2004, yang menyenaraikan Sahibul Samahah sebagai salah seorang ahli jawatankuasa.


 

= cicitmatkilau =