SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun RESPON TERHADAP TULISAN HATI-HATI DENGAN AGEN PROVOKATIF
Assamu'alaikum wm.wbt Saya ingin memberi sedikit respon terhadap tulisan yang bertajuk " Hati-hati dengan agen provokatif " yang disiarkan oleh Laman ini pada 18 Julai 2003. Pertamanya saya ingin betulkan anggapan saudara penulis dan lain-lain pembaca yang sependapat dengan penulis ini yang menganggap saya adalah merupakan agen provokatif yang inginkan perpecahan dalam BA khususnya dalam Parti Keadilan. Saya sebenarnya adalah penyokong dan menjadi ahli sebuah parti dalam BA. Saya mengikuti begitu teliti setiap peristewa yang berlaku yang melibatkan DSAI, bermula dari beliau dipecat sehinggalah sekarang. Saya mengumpul segala maklumat mengenai peristewa ini. Maklumat-maklumat ini saya kumpulan untuk kepentingan dan faedah generasi akan datang.Maklumat-maklumat ini saya perolehi dari pelbagai sumber termasuk buku-buku, rencana-rencana dan CD-CD yang diterbitkan sendiri oleh pihak Parti Keadilan.Kes-kes perbicaraan di mahkamah, laporan-laporan polis yang dibuat oleh pihak Reformasi terhadap salahguna kuasa dan rasuah oleh kerajaan yang memerintah,kes tahanan ISA, kegemparan oleh tindakan FRU terhadap penyokong-penyokokng Reformasi dan lain-lain bahan berkaitan denga kegiatan BA turut menjadi koleksi saya. Saya kira bahan-bahan ini amat berguna pada masa hadapan untuk menjadi bahan kajian bagaimana sebuah kerajaan yang zalim mempergunakan kuasa untuk mempertahankan kuasa dengan mengunakan jentera-jentera kerajaan seperti Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badam Kehakiman. Kedua, saya ingin memperjelaskan di sini bahawa melalui dua tulisan saya yang disiarkan di Laman ini pada 10.5.2003 yang bertajuk " Apa kesudahan Parti Keadilan dan Parti Keadilan apa kesudahannya " yang disiarkan pada 13.7.2003 yang menjadi rujukan penulis ini. Kedua-dua tulisan itu melahirkan kebimbangan saya dan mungkin sebahagian lagi rakyat yang Parti Keadilan akan menerima nasib yang sama seperti yang menimpa Parti SM46 dulu. Terkubur tanpa dapat membetulkan kembali sistem pemerintahan yang tempang. Kami mahu Parti Keadilan terus hidup memperjuangkan keadilan, kebenaran, demokrasi dan kerajaan yang baik. Kebimbangan ini disuarakan supaya pihak-pihak tertentu dalam BA khususnya Parti Keadilan memberi perhatian yang serius. Kegagalan kita merupakan kejayaan UMNO/BN.Oleh itu, UMNO/BN akan membuat apa saja untuk mengekalkan kuasa bagi memerintah negara ini selama-lamanya. Ketiga, dalam setiap perengan terakhir dalam tulisan tersebut ada saya nyatakan dengan jelas bahawa kalau kita tidak berjaya menundukkan UMNO/BN dalam pilihan raya, maka sistem bobrok ini akan berterusan.Rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan harta rakyat, pembangunan berasaskan kroni akan terus berlaku yang merugikan rakyat dan negara.Oleh itu, menjadi tanggung jawab kita semua untuk memperkuatkan BA untuk menentang UMNO/BN dalam pilihan raya nanti. Ingat UMNO/BN akan mengunakan tipu muslihat untuk terus berkuasa. Saya harap penjelasan saya dapat perhatian kepada semua penyokong-penyokong Keadilan dan BA. Sekian. Wassalam.
Diterbitkan oleh : |