SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PARTI KEADILAN APA KESUDAHANNYA?
Assamu'alaikum wm.wbt, Dalam artikal saya yang disiarkan oleh Laman ini pada 10 Mei 2003, saya ada menyentuh mengenai masa depan parti Keadilan ekuran jemputan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kepada Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, Perdana Menterti yang juga Presiden UMNO untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sulungnya, iaitu Nurul Ezah yang telah pun selamat diadakan pada 10 dan 11 Mei yang lepas. Dalam artikal itu saya menyentoh bahawa jemputan itu adalah merupakan langkah pertama parti Keadilan khususnya DSAI untuk kembali semula ke dalam UMNO sepertimana yang pernah dilakukan oleh parti SM46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dulu.Itu cerita babak pertama. Cerita babak kedua pula bermula apabila dengan tiba-tiba Mahathir mengarahkan Reformasi 6 dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat, semasa ia hendak bertolak ke Evian bagi menghadiri persidangan G8 mewakili NAM dan IOC. Walaupun, dua minggu sebelum 31 Mei 2003, Pak Lah telah megeluarkan arahan melanjutkan tempoh tahanan Reformasi 6. Ezam, Tian Chua, Shaari Sungib, Hishamudin Rais, Dr.Badrul Amin dan Lokman Adam dibebaskan berperingkat-peringkat mulai 1 hingga 12 Jun 2003 setelah mereka menjalani proses undang-undang. Pembebasan mereka rupanya adalah strategi Mahathir untuk melepaskan diri daripada belenggu kejahatan ketika beliau memerintah selama 22 tahun, disamping untuk memberi saingan kepimpinan Pak Lah dalam menerajui UMNO selepas beliau bersara pada Oktober ini. Untuk menutup segala kejahatan dan menyalahguna kuasa sepanjang beliau memerintah, maka beliau perlu bertindak bijak iaitu mematikan langkah parti Keadilan yang memperjuangkan pembebasan DSAI, disamping Keadilan juga akan menceritakan segala keburukan yang telah dilakukannya kepada rakyat dalam usaha Keadilan dan parti-parti sahabat dalam BA (PAS dan PRM) untuk meraih sokongan rakyat menumbangkan UMNO dalam pilihanraya ke 11 nanti. Ini akan menyusahkannya ketika ia telah bersara dan tiada mempunyai kuasa lagi. Kehidupannya tentulah tidak tenang dan tenteram sepertimana yang dinikmati oleh PM-PM yang lepas.Segala keburukannya akan dijelmakan ke tengah-tengah masyarakat. Ini amat merunsingkannya. Oleh itu, Reformasi 6 mesti dibebaskan segera ketika ia masih berkuasa. Mereka ini sangat lantang dan amat berani mengkritik kepimpinannya. Mereka mesti dipujuk untuk menyertai UMNO semula.Idola mereka juga perlu dibebaskan dari penjara Kajang secepat mungkin sebelum beliau meninggalkan Putrajaya menjelang November nanti. Langkah-langkah pemujukan ini telah dijalankan secara rapi dan tersusun sepertimana pemujukan yang dilakukan terhadap Ku Li sehingga sanggup menjilat ludah sendiri. Ezam sendiri telah menceritakan bahawa dia telah didatangi wakil khas UMNO memujuk beliau untuk menyertai semula UMNO dan Tan Sri Mohd. Taib Mohamad salah seoarang Naib Presiden UMNO telah memberi respon yang amat positif supaya Ezam dan kumpulannya menyertai semula semula UMNO. Berita ini disahkan dalam satu artikal yang dikeluarkan oleh Raja Petra Kamarudin yang menyebut dan dan menamakan UMNO sebagai 'gila talak' kerana berusaha keras memujuk pemimpin parti Keadilan menyertainya semula UMNO seperti Raja Komando dan lain-lain lagi. Proses membina semula jambatan ini dimainkan oleh ABIM dengan alasan untuk penyatuan semula orang-orang melayu yang berpecah yang merugikan bangsa. Beberapa siri perjumpaan telah diatur yang mana Hamdan Taha dan Zahid Mat Aris telah berjumpa dan berbicang dengan Dato' Aziz Sheikh Fadzil dan Dr.Zambri Abdul Kadir sebagai wakil Naib Presiden telah bertemu dan berbincang dengan Ezam dan orang-orangnya yang berlansung di Akademik Pemuda.Malah orang-orang Najib pun sudah datang memujuk Ezam. Proses pemujukan terus berlaku secara serius. Inilah iktiar terakhir yang terpaksa diambil oleh parti Keadilan dalam usaha untuk membebaskan DSAI dari penjara, setelah semua jalan telah dilalui, tetapi tetap menemui kebuntuan. Sekiranya DSAI dibenarkan ikat jamin pada 14 Julai 2003, Isnin ini, maka berakhirlah riwayat parti Keadilan. Perjuangannya untuk menegakkan keadilan, memerangi rasuah dan menghapuskan menyalahgunaan kuasa pemerintah akan menjadi sesia dan sebagai gimik politik murahan sahaja. Tidak kedengaran lagi slogan ' Lawan Tetap Lawan' yang menjadi perangsang kepada pengerak Reformasi yang mahukan negara ini ditadbir secara adil dan tulus untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. Sistem bobrok ini akan berterusan dan rakyat kebanyakan menjadi mangsa dalam pelbagai ruang kehidupan seharian. Dan orang yang kuat menentang sistem bobrok ini telah menjadi sebahagian daripada sistem ini sepertimana yang berlaku ke atas Dato' Seri Dr.Rais yatim. Untuk masa depan, amat sukar bagi rakyat untuk mempercayai lagi kemunculan parti lepas geram seperti parti SM46 dan Keadilan. Perlu ingat bahawa perebutan jawatan dalam UMNO berlaku setiap dekad, iaitu 10 tahun sekali akan berlaku. Peristewa Aziz Ishak - Tengku, Sulaiman Palastin - Hussein Onn, Musa - Ku Li, Ku Li - Mahathir, Ghafar - Anwar dan Anwar - Mahathir. Lihat dan kaji peristewa-peristewa tersebut akan muncullah parti-parti serpihan yang menentang UMNO dan berakhir dengan kekecewan. Dalam dekad ini pasti akan muncul satu lagi parti serpihan yang akan menentang UMNO. Oleh itu, kami sebagaian daripada rakyat negara ini amat mengharap agar parti Keadilan jangan makan bujukan UMNO. Sekiranya pemimpin-pemimpin Keadilan kembali semula kepada UMNO, maka perjuangan tuan-tuan selama ini menjadi sesia dan menunjukkan kelemahan semangat perjuangan yang ada pada diri tuan-tuan.Perjuangan menegakkan kebenaran, keadilan dan membentuk sistem kehidupan yang memerlukan pengorbanan yang amat tinggi nilainya, harta benda hatta nyawa di badan. Inilah yang telah dilalui oleh para Nabi-nabi dan Rasul, para ulama zaman silam, tokoh-tokoh utama dunia seperti Mandela dan lain-lainnya. Sanggup berkorban menegakkan kebenaran. Sekian, wassalam.
Diterbitkan oleh : |