SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Abdul Malik Mydin Wira Malaysia ???Abdul Malik Mydin seorang yang cuba untuk jadi orang melayu yang akan menyahut cabaran merentasi Selat Inggeris sejauh 32.8 km yang dijangka mengambil masa selama 18 - 21 jam pada esok hari, 23/7/2003. Pada 15 Mei 2003 lalu dia telah berenang sejauh 48 km dari Kuala Perlis ke Kuah, Langkawi selama 14 jam dari jam 10 malam hingga 12 tgh. Seorang manusia yang sanggup kejar nama tanpa menunaikan solat subuh. Adakah beliau HERO RAKYAT MALAYSIA ? Walhal kita tahu solat adalah rukun islam. Yang wajib kita tunaikan, sehingga kalau kita sakit sekali pun kita diwajibkan solat tak kira la dengan kelip mata ke, solat duduk ke dll. Dan yang paling bestnya ada petikan mengatakan; "Saya harap dia (Abdul Malik) tidak lupa pada nasihat kami .. . berzikir semasa melakukan renangan. Kita mohon kepada Allah untuk percepatkan laluan tersebut,'' katanya ketika dihubungi dari sini, semalam sambil menyatakan keyakinan yang anaknya itu akan berjaya merentasi Selat Inggeris, esok. Nak berzikir apanya, yang fardhu kita tak buat, kita nak buat yang sunat.... Beliau dibiayai RM1.6 Juta oleh Yayasan Bukhary utk capai matlamatnya. Hai apa nak jadi manusia sekarang sanggup meninggalkan kewajipan seorang muslim semata2 hendak mengejar nama. Kalau la mati masa tengah berenang tu agaknya bagaimana la. Harap2 UMNO tak salah guna duit kerajaan untuk kerja2 maksiat seperti ini.
Utusan Malaysia 22/7/2003 LONDON - Keadaan cuaca yang berangin adalah penentu segalanya dalam misi Abdul Malik Mydin merentasi Selat Inggeris, esok dan faktor itu juga banyak bergantung kepada nasihat yang dibuat oleh Michael Oram, juruarah dan pilot yang akan memastikan hala tuju renangan itu. Jurulatih John van Wisse berkata, keputusan bila waktu yang sesuai untuk Abdul Malik memulakan renangan itu juga akan diputuskan hari ini selepas mendapat `lampu hijau' dari pegawai Persekutuan Renang dan Pilot Selat (CSPF) itu. Tegasnya, Abdul Malik bagaimanapun perlu melakukan renangan itu esok walaupun keadaan masih berangin di Dover kerana sekiranya gagal berbuat demikian dia akan hanya dibenarkan berenang semula pada tahun hadapan kerana senarai menunggu untuk berbuat demikian terlalu ramai. "Seandainya suasana di Dover terus berangin esok, saya tidak mahu mengambil risiko untuk menunggu dua atau tiga hari lagi kerana bimbang peluang itu akan terlepas. "Dalam keadaan sekarang, saya melihat sekitar perairan Dover berangin dan ombak sedikit tinggi. Saya akan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Michael, malam ini untuk mengetahui situasi terbaik untuk Abdul Malik melakukan renangan,'' katanya di sini, semalam. Menurut van Wisse, Oram merupakan juruarah dan pilot yang mahir tentang selok belok Selat Inggeris dan dia tahu benar suasana hidrografi laut yang bertembung di antara laut Utara dengan Lautan Atlantik itu. Oram juga merupakan juruarah yang pakar pada musim sejuk dan laut yang berkabus dan dia akan memastikan arah yang paling mudah untuk perenang maraton negara itu berenang hingga ke Calais, Perancis. Dalam pada itu, Abdul Malik meneruskan latihan di kolam renang di sini, bagi menguji kepantasan renangan pada jarak 400 meter. Ini kata van Wisse, bertujuan untuk menyingkir kandungan toksid berlebihan dalam badan selain menstabilkan metabolisme. Semalam, kira-kira 15 penyokong dari UMNO Bahagian Bagan, Pulau Pinang yang diketuai oleh Datuk Abdul Latif Mirasa tiba di Albion Street di sini untuk memberikan sokongan kepada Abdul Malik. Abdul Malik juga berhadapan jadual ketat semalam apabila sebelah petangnya dia menghadiri sidang media mengenai misi Cabaran Selat Inggeris yang diadakan di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Hussein. Beliau juga bertemu Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Shafie Afdal di Malaysian Hall di UK. Shafie berada di sini untuk memberi sokongan kepada Abdul Malik. Sementara itu, kata-kata perangsang yang diterima menerusi e-mail dari rakyat Malaysia kepadanya di sini benar-benar menyuntik semangatnya untuk merentasi Selat Inggeris, esok. Menurutnya, 30 daripada ratusan e-mail yang sempat dibacanya semalam, kesemuanya mahu mendoakan kejayaannya dan ada juga yang menghantar sajak dan ucapan yang mencuit perasaannya. Tambahnya, ada e-mail yang dibaca itu datangnya dari Birmingham serta Liverpool, selain rakyat Malaysia dari seluruh negara dan antara kata-kata yang menarik ialah: "Malaysia boleh, Malik boleh !, Malik - doa kami mengiringimu, Selamat Berjaya Malik!, Nobatkan bangsa, julanglah negara - Malik boleh!, Kami akan turun dari Liverpool. Kami tahu Malik Boleh!, Wira Samudera tidak pernah kalah, Go Malik !, Catatkan nama Malaysia di Selat Inggeris ! dan banyak lagi.'' Ibunya, Jorabi Mohamad ketika dihubungi di Malaysia semalam berkata, dia dan suaminya, Mydin Husin serta keluarga di Butterworth sentiasa mendoakan kejayaan Abdul Malik Mydin. "Saya harap dia (Abdul Malik) tidak lupa pada nasihat kami .. . berzikir semasa melakukan renangan. Kita mohon kepada Allah untuk percepatkan laluan tersebut,'' katanya ketika dihubungi dari sini, semalam sambil menyatakan keyakinan yang anaknya itu akan berjaya merentasi Selat Inggeris, esok. "Bertawakkallah kepada Allah. Kita memang sudah berusaha. Jangan bimbang, kami sekeluarga di sini sentiasa mengikuti perkembangan Abdul Malik melalui akhbar, televisyen serta berbual menerusi telefon,'' ujarnya. - Utusan Regards,
Diterbitkan oleh : |