Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Multaqa Ulama Sedunia: Dolah Perleceh Mahazir.

TPM yang tidak sabar-sabar lagi mengambil alih kuasa ,terus menyakiti hati Mahazir menjelang persaraan PM Mahatua itu Oktober nanti.

Terbaru ketika mengadakan sidang media di KLIA sekembalinya dari lawatan kerja di Negara Matahari Terbit pada Ahad lepas,Dolah Badawi tanpa berselindung meluahkan kurang keyakinannya terhadap resolusi untuk mewujudkan pakatan ketenteraan dan pembuatan senjata dikalangan negara umat Islam akan dapat dilaksanakan.

Ketika diminta mengulas resolusi berkenaan, Dolah berkata: " Saya kurang yakin perkara tersebut boleh dibuat,kerana apa yang diputuskan dalam mesyuarat berbeza dengan apa yang akan dibuat diluar nanti.Lebih baik kita tingkatkan sahaja permaufakatan dikalangan negara-negara Islam yang telah sedia terjalin"

Resolusi tersebut merupakan diantara sembilan resolusi yang telah diputuskan oleh Multaqa Ulama Sedunia yang berlansung selama tiga hari di Ibu Negara,berakhir pada 11 Julai 2003 lalu.

Ketika merasmikan Multaqa (Perhimpunan) itu, Mahazir PM Mahatua telah menarik perhatian para peserta betapa umat Islam perlu menguasai pelbagai bidang ilmu,termasuk bidang ketenteraan dan pembuatan senjata demi mengelakkan pergantungan kepada negara barat.Ujar PM Mahatua itu lagi langkah sedemikian akan meletakkan umat Islam ketahap yang disegani musuh.

Jelas resolusi tadi dibuat untuk menyahut saranan Mahazir PM Mahatua,tetapi ternyata Dolah Badawi memandang sepi dan mempersenda-sendakannya.

Fokus Dolah bukanlah semata-mata kepada resolusi Multaqa Ulama itu,sebaliknya lebih tertumpu kepada saranan Mahazir. Dalam ertikata lain Dolah ingin memperlihatkan kepada umum betapa merapunya idea Mahazir yang tidak puas-puas meraih publisiti murahan dikalangan umat Islam,meskipun kurang tiga bulan lagi akan bersara.

Sanggahan Dolah terhadap sikap sukar untuk mematuhi resolusi mesyuarat pula,sekali lagi ditujukan kepada Mahazir bukan kepada Multaqa berkaitan.

Mungkin Dolah telah pun merasai bahang betapa Mahazir sedang merancang untuk tidak meneruskan hasratnya bersara atau pun bersiap sedia mengerahkan team Najib untuk melumpuhkan Dolah pada Perhimpunan Agung Umno tahun hadapan,meskipun sumpah berbakul-bakul telah dilafazkan oleh ketiga-tiga orang Naib Presiden tidak akan menderhakai Dolah dan bakal Timbalan PM yang akan dilantiknya nanti.

Tentu PM Mahatua yang sedang mengadakan lawatannya ke Ukraine dan lain-lain negara Eropah Timur ketika ini amat memermukai Dolah yang memperleceh-lecehkan saranannya .

Hati Mahatua itu sudah cukup remuk dengan peranan Dolah memburuk-burukkannya didalam majalah The Economist.Malahan sebelum itu Dolah tidak langsung melayani kemahuan Mahazir agar memilih Najib sebagai TPM apabila Dolah mengambil alih kuasa kelak, kemudian diikuti penguasaan Dolah sepenuhnya terhadap perjalanan PA Umno 2003, sehingga menggagalkan agenda Sang Presiden untuk kekal berkuasa. Kini saranan yang dirasainya cukup hebat untuk memartabatkan diri sebagai Wira Islam Sedunia pula dipermain-mainkan.

Apakah Mahazir yang pernah digelar One Angry Man oleh sebuah majalah barat yang popular pada kemuncak gerakan reformasi cetusan DS Anwar Ibrahim , bersedia memaafkan kebiadapan Dolah itu ? Bapa Pembohong Negara yang terkenal dengan dendam kesumatnya itu,tidak akan puas selagi dendamnya belum lunas. Mampukah Dolah yang lembik itu menghadapi amarah Mahazir ? Mari sama-sama kita tunggu dan lihat aksi dan reaksi kedua-duanya,walau apa pun natijahnya nanti,percayalah proses pereputan Umno semakin dihujung penyempurnaannya !

Seperkara lagi selain Mahazir, mungkin Dato Nakhaei Ahmad bekas Naib Presiden Pas selaku Pengerusi Panitia Multaqa tersebut,yang begitu kuat memasang angan-angan untuk menduduki salah satu kerusi Menteri di JPM (Jabatan Perdana Menteri) turut kecewa dan amat marah terhadap gurau senda Dolah itu !

Inderaloka.






______________________
Terbitan : 16 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com