SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun BINASA KERANA PERBUATAN SENDIRIBang Maily kala di kota tokyo KALA Bang Maily belajar di kelas/darjah dua, ibunya pernah berbicara bahawa dahulunya ada seorang Raja yang punya penasihat yang jujur dan bijaksana. Penasihat Raja itu selalu menasihati Raja dan rakyatnya sekalian agar selalu berbuat baik kepada sesiapapun, terutama sekali kepada orang yang berbudi kepada kita. Jangan sekali-kali berbuat jahat tambahnya kerana yang berbuat jahat pasti akan binasa, manakala yang berbuat baik akan menerima rahmat dari Allah Yang Maha Berkuasa. Raja amat percaya kepada penasihatnya itu katanya ibu Bang Maily, sehingga ke mana saja Raja pergi penasihat itu akan selalu diajak bersamanya dan keadaan ini menyebabkan ramai pembesar negara alias pembesar istana Raja cemburu sangat dan ada seorang kalangan mereka amat sakit hati memerhati keadaan penasihat Raja yang terlalu dipercaya dan kerana itu berusaha membinasakan penasihat Raja yang dimaksudkan. lalu pembesar itu segera ketemu Raja dan memperkatakan sesuatu. “Penasihat Tuanku menyebar kata yang mulut Tuanku terlalu busuk dan kalau Tuanku tidak percaya, cuba saja Tuanku panggil dia dan berbicaralah, nescaya dia akan segera menutup mulutnya kerana tidak tahan bau busuk mulut Tuanku kononnya” Sang Raja terdiam. Tak menyangka. Raja marah sangat dan sesudah itu Raja terus saja memerintahkan pembesar itu segera pulang. Sesudah pulang, pembesar tadi segera mengundang penasihat Raja datang ke rumahnya untuk makan dan makanan yang disediakan ialah makanan yang diberi bumbu bawang putih yang cukup banyak yang menyebabkan makanan itu terlalu sedap dan memang penasihat Raja menikmati hidangan begitu lahab sekali. Nah, setelah menikmati makanan yang lazat itu, maka penasihat Raja segera kembali ke Istana untuk menjalankan tugas seperti biasa. “Dekatlah kepada beta” Kata Raja kala penasihat sampai di istana. Penasihat Raja seperti biasa secepatnya mendekati Raja. Dan ternyata kala penasihat mendekati Raja, ia segera menutup mulutnya kala berbicara dan nyatanya kata-kata pembesar yang menyampaikan berita itu memang benar. Raja marah sangat sangat. Kemudian Rajapun segera memerintahkan setiausaha sulitnya untuk menyiapkan alat tulis. Lalu Raja menulis surat kepada kepala tentera yang jahat dan bersiap sedia menerima perintah Raja. Entah apa saja yang dicatat oleh Raja. Tiada siapapun tahu akan isi surat. Surat itu baginda serahkan kepada penasihatnya dan penasihatpun segera mengikut perintah Raja untuk menghantar surat itu kepala tentera yang jahat, tetapi ketika di tengah jalan, sang penasihat ketemu pembesar yang menghasut Raja tadinya dan sang penghasut bertanya tentang surat yang dibawa oleh penasihat Raja itu. “Ini surat Raja yang mahu kuhantar kepada kepala kepala tentera” jawab penasihat yang saleh dan jujur serta bijaksana itu dan pembesar Raja alias penghasut itu langsung saja berkata kepada penasihat Raja. “Berikan saja surat itu kepadaku, biar aku sendiri menghantar kepada kepala tentera kerana aku memang secara kebetulan mahu ke sana dan ketemu dia secara segera” kata penghasut dengan cara memaksa. Tanpa ragu-ragu penasihat Raja segera menyerahkan surat itu dan si penghasutpun pergi untuk menyerahkan surat itu kepada kepala tentera dan kepala tenterapun segera membukanya dan membacanya. Bunyinya begini: Jika datang kepadamu pembawa surat ini, maka segeralah kamu bunuh dia dan mayatnya kamu kirimkan kepada beta secara segera. Bang Maily depan Kabuki Tokyo Kepala tentera terdiam sebentar. Dia berfikir bahawa memang jarang sangat Raja menulis surat dengan cara menggunakan tangannya sendiri. Memang agak aneh, tetapi kepala tentera memangnya kenal yang tulisan itu tulisan Raja. Perintah Raja harus dilaksanakan segara. “Iya, Raja telah memerintahkan saya membunuh kamu segera dan sesudah itu mayat kamu harus dihantar kepada baginda” Penghasut terkejut. Benar-benar terkejut. Penghasut menjelaskan bahawa orang yang ditugaskan untuk menghantar surat itu bukan dia, tetapi penasihat Raja. “Saya cuma menolong menghantar saja” Kata yang menghasut, tetapi nyatanya kepala tentera tidak percaya dan berfikir yang penghasut mencuba menipu dia dan sesegeranya kepala tentera menjalankan perintah Raja untuk maksud membunuh pembawa surat itu seperti yang diperintahkan oleh Raja dan setelah mati, mayatnya segera dihantar kepada Raja. Sesudah mayat dihantar kepada Raja, maka serentak itu penasihat datang bersama dan tentu saja Raja agak terkejut dan hairan. lalu Raja bertanya apa sebenarnya yang terjadi. Penasihat Raja menceritakan keadaan yang sebenarnya dan Rajapun faham keadaan duduk perkara, tetapi Raja masih tidak berpuas hati dan langsung bertanya. “Benarkah kamu pernah berkata yang bau mulut beta busuk sangat?” Penasihat Raja hairan dan yang benar dia tidak pernah berkata sedemikian rupa. Penasihar Raja hairan, tetapi dia tidak kepingin bertanya siapa saja yang menyampaikan fitnah seperti itu. Ertinya dia diam saja, tetapi segera menjawan pertanyaan Raja. “Demi Allah bahawa saya tidak pernah berkata seperti yang Tuanku katakan. Sesungguhnya saya berkata benar” Kata penasihat Raja. Raja terdiam dan berfikir dan tidak lama kemudian Raja bertanya lagi. “Lalu kenapa kamu kala bercakap dengan beta tempuh hari kamu segera menutup mulut kamu?” Penasihat Raja terdiam sebentar sambil berfikir dan tidak lama kemudian dia menjawab sambil tersenyum. Raja hairan. “Ketika itu barusan aku dijamu makanan oleh seseorang dengan makanan yang banyak bawang putih, sehingga mulutku berbau dan tidak enak kala ada yang terhidu. Nah, kerana itulah aku terpaksa menutup mulutku kala berkata supaya Tuanku tidak terganggu kala terhidu nafasku yang berbau” Demikian jelas Penasihat Raja. Raja terdiam dan alasan penasihat Raja memang benar dan sesudah itu barulah Raja faham kenapa dia menutup mulutnya kala bercakap. “Kata-katamu mengandung pengajaran yang cukup berharga. Orang yang jahat telah beta binasakan kerana kejahatannya sendiri” kata Raja dan yang jahat itu tentu saja penghasut yang sudah mati dibunuh oleh kepala tentera. Dia tidak layak menjadi pembesar di Istana beta kata Raja. Selayaknyalah dia dibunuh kerana memfitnah penasihat beta yang jujur dan bijaksana tambah sang Raja lagi. Demikianlah cerita IBU kepada Bang Maily dan cerita ini Bang Maily catatkan untuk semua sobat Bang Maily di FIKRAH dan INGATAN serta KEMSAS yang diharap dapat menjadi pengajaran buat kita semua, meski IBU Bang Maily sudah lama pergi. Tolong bacakan alfatihah buat IBU Bang Maily agar ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Kebetulan hari ini hari perginya Ibu Bang Maily yang tak kembali lagi. Amin! (13 Jun,2003) nota tentang ibu Hati seorang ibu bagaikan sebuah jurang yang di dasarnya selalu saja ada maaf katanya Balzac, sementara Henry Ward Beecher menjelaskan bahawa hati seorang ibu ialah ruang sekolah anak-anak dan bagi saya Ibu ialah seorang perempuan yang selalu menabung kesabaran dan merupakan tempat yang paling aman.
Diterbitkan oleh : |