SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun RENUNGAN BUAT USTAZ ROCK!!!
Assalammu'alaikum, Sukalah kiranya kita menasihati bekas "rocker" yang sorang nie, agar lebih beretika dan ikhlas dalam kerja da'wah ini. Meminta-minta habuan yang melampau apabila dipanggil untuk memberikan ceramah adalah satu tabiat yang tidak elok. Sememangnya penganjur mengetahui untuk datang berceramah, penceramah juga memerlukan kos, jadi sumbangan yang diberikan oleh kepada penceramah hanyalah sebagai hibah, supaya tidak membebankan mana-mana pihak. Berjuang dalam gerakan Islam bukanlah untuk mengenyangkan isi perut, tapi untuk mendapatkan keredhaan ALlah SWT dan mendaulatkan Islam. Jika ingin mengisi kantung sendiri, lebih baik menyokong sebuah parti sekular yang sememangnya akan memberi habuan kepada pembodek-pembodeknya. Sepatutnya bekas rocker ini, jika ingin menyara keluarga hendaklah mencari dengan kaedah lain, berniaga ker, dan jangan jadikan tugas da'wah itu sebagai punca pendapatan menyara keluarga. Ini akan memberikan kesan buruk kepada gerakan Islam seperti PAS. Masyarakat akan membuat tanggapan bahawa, pejuang-pejuang Islam ini memang kemaruk duit ringgit dan keduniaan dengan menjadikan agama sebagai taruhan. Buat Ustaz rock yang dikasihi ini, bermuhasabahlah, jangan ingat kita nie buleh bercakap di khalayak dan suara pulak ada merdu sikit, maka apa yang kita buat direstui semau orang. Saya salah seorang pendokong gerakan Islam, amat mengalu-alukan orang seperti saudara untuk membantu menjalankan kerja da'wah ini, tetapi jika sikap saudara masih seperti ini, maka jika saudara dipandang sinis dan dipulaukan, janganlah menyalahkan mana-mana pihak!!! Insaflah, bak kemenangan buat Islam itu amat mahal! Bagai dikata oleh TG Haji Abdul HAdi, kemenangan akan menyusul jika semua syarat2 telah dipenuhi, insyaAllah!! Jazakallah al-kajangi
Diterbitkan oleh : |