Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Ulasan pemimpin Umno tentang kes rogol

Oleh : KANG SEMAR

Nampaknya semakin ramai kalangan pemimpin Umno termasuk yang tertaraf menteri suka membuat ulasan sesuatu isu dengan menyalahkan ISLAM. Apa saja yang buruk-buruk, semuanya dikaitkan dengan ISLAM. Malah pemimpin-pemimpin parti yang mahu mendaulatkan ISLAM sebagai satu undang-undang , juga turut dituduh sebagai jahat dan sebagainya.

Mereka kurang sekali malah tidak berlaku pun, mahu menyalahkan sesuatu yang buruk terjadi kerana kecuaian pelaksanaan, kegagalan dasar dan kesalahan tindakan pemimpin kerajaan sendiri ( Umno/ BN ).

Kes terbaru yang dipaparkan dalam siaran akhbar internet terbaru ialah tentang ulasan seorang menteri, Rais Yatim yang seolah-olah menuduh ISLAM menjadi punca banyak berlaku kejadian rogol. Beliau menyatakan kerana larangan dan sekatan agama ISLAM yang tidak mahukan penganutnya bergaul bebas menyebabkan berlaku ' satu kejutan ' budaya kepada orang-orang ISLAM sendiri. Bila berlaku demikian, seolah-olah terdapat sahaja satu ' peluang ' merekapun ambil kesempatan !. Alasan ini sama seperti anggapan kebanyakan orang bahawa lelaki Arab bernafsu ganas kerana mereka jarang melihat wanitanya berpakaian agak terbuka. Yang ada dan sering dilihat mereka ialah wanita-wanita Arab bertutup muka dari kaki hingga kepala. Kononnya, sesekali melihat wanita agak terdedah pakaian, mereka pun merasa gerammmmm !.

Semua umat Islam di negara ini tentu setuju sikap menyalahkan ISLAM bila berlaku kes rogol atau apa jua jenayah lain, menjadi sebagai ' kurang adab 'Tambahan pula yang menuduh demikian adalah orang ISLAM sendiri. Dengan adanya sikap demikian, maka penganut-penganut agama lain akan keliru tentang di manakah kebaikan agama ISLAM itu. Sekali gus mereka tidak ' ambil hirau ' dengan pengisytiharan PM bahawa Malaysia sebuah negara ISLAM. Bagi penganut bukan Islam, kalau orang ISLAM sendiri sangggup mengeluarkan kata-kata ' melecehkan ' agamanya, di manakah nanti wajarnya pemimpin kerajaan sekarang bersusah payah mencanang bahawa Malaysia adalah negara ISLAM yang berlu dijadikan contoh !.

Keratan berita tentang ulasan Rais Yatim dicatatkan di bawah ini :-

Mengulas kes rogol yang kerap dilaporkan di kalangan masyarakat Melayu, beliau berkata peningkatan kejadian seumpama ini mempunyai kaitan kurangnya pergaulan di kalangan masyarakat Melayu berbanding kaum lain.

"Bagi saya, huraiannya mudah, dalam bendungan budaya dan agama, kita menjadi orang yang dikurung nilai kehidupan. Kita menghadapi hadangan hidup yang terlampau banyak berbanding masyarakat lain di negara ini yang kurang menghadapi hadangan budaya dan agama mereka.

"Mereka mempunyai peluang pergaulan yang lebih berinteraksi menyebabkan mereka tidak begitu keliru dan terpengaruh dengan tarikan perbuatan seperti ini. Namun, tidak ramai mahu mengakui hakikat ini kerana menganggap masing-masing dididik dalam agama Islam tetapi sebenarnya mereka dikongkong budaya yang tidak bergaul," katanya.






______________________
Terbitan : 21 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com