Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Cerpen Minggu Ini

Assalamualaikum,

Membaca akhbar dan mengikuti forum politik di Internet semenjak dua menjak ini, antara isu politik utama yang menjadi topik hangat perbincangan ialah persoalan "Siapa bakal jadi TPM?".

Ada yg kata Najib, ada yg agak Muhyidin, ada yg kata Rafidah, ada yg kata Kuli, Mat Taib dan sebagainya.

Interesting jugak kalau kita ikuti drama politik UMNO ini; macam tengok wayang saja; walaupun nampak serius tapi semuanya berlakun saja. Depan kamera macam lain, belakang kamera lain pulak. Semua berebut-rebut nak muncul di kaca TV or dada akhbar.

Mungkin sebab dalam UMNO sekarang; i.e di peringkat pucuk pimpinan, Majlis Tertinggi dan kabinet yg dok ada hari ini tak 100% satu team dengan Pak Lah Badawi, maka depa jadi caca merba bila PM nak resign dan Pak Lah nak naik ganti.

Depa-depa yg dilantik ke jawatan tu pun bukannya layak sangat - seperti Aziz Samsudin, Zam, Shahidan, Khir Toyo, Syed Razak, Khalil Yaakub, Adnan F"CK YOU, Mustapha Mohamad dll - yang dilantik dan terlantik cuma atas belas kasihan dan ihsan Dr Mahathir sahaja, untuk dijadikan sebagai ghurka dan kuda tunggangan sementara Dr Mahathir masih berkuasa.

Ha, sekarang bila Dr Mahathir dan nak bersara; kelam kabutlah semua ba rua-ba rua tu; nak bergantung kpd Pak Lah, nak berharap kpd belas ihsan Pak Lah, nak pi jaja merata jalan kata depa orang Pak Lah...ish, malu aih...masa Pak Lah dok sorang-sorang dulu, sat jaga Kementerian tu sat jaga Kementerian nie, masa dia low profile dulu; ba rua-bar ua tu waktu tu mana dok peduli kat Pak Lah...hatta di zaman Pak Lah jadi TPM pun, depa masih dok buat kacau bila Pak Lah nak try lobi boh orang dia di peringkat UMNO Negeri.

Kalau hangpa masih ingat, sekali tu keluar dlm akhbar, siap muka depan lagi pasal "Orang-orang kuat UMNO Negeri" (MB dan YB) pakat offer nak letak jawatan ramai-ramai kononnya nak bagi peluang kat muka baru ambil alih jawatan depa. Ceh! wayang belaka rupanya - saja nak bagi signal kat Paklah kata "hang jgn cari pasal", dan dalam masa yang sama nak send message kat Dr Mahathir nak mengadu kata:

"Tengoklah Che Det....belum apa-apa lagi, budak Dollah nie dah nak buang kami!!"

Ha, mai bulan Oktober ini PM dah nak resign; suka kat tak suka ka Pak Lah akan naik jadi PM; la nie panas pungk*q la puak-puak nie. Tu yg dok melobi sakan, orang tu orang nie jadi bakal TPM la, jadi Ketua Pemuda UMNO la apa bala la.

Lantak pi lah kat depa; sapa dok kat atas pun, selagi polisi Mahathir masih dok menjelma (semalam 8-Julai Pak Lah tegaskan sekali lagi kata dia akan teruskan polisi Dr Mahathir); maka selagi tulah UMNO dan bangsa Melayu akan caca merba.

Hari tu ada orang tanya saya:

"Agak-agak hang sapa bakal jadi TPM?"

Saya jawab:

"Ish, masa saya dlm UMNO dulu, puak-puak nie cukup percaya dengan ramalan sapa entah yg kata PM UMNO akan ikut nama "RAHMAN"; makna kata R-rahman, A-Abdrazak, H-Hussein Onn, A-Abdullah, N-Najib!"

Lepas Najib?

Saya kata:

"Kalau ikut dasar UMNO yg makin dok hanyut jauh dari Islamic line nie; daripada Islamic Liberal zaman Tun Razak/Hussein Onn kpd Islamic Sekular zaman Mahathir, dan mungkin lepas nie lari jauh drpd Islamic punya line, saya rasa PM UMNO lepas nie mungkin akan ikut nama PM ke- 2 pulak kot iaitu tun abd "RAZAK"! "

Maksud hang?

" Mungkin lepas Najib, "RAFIDAH" pulak akan jadi PM."

Lepas tu?

"Bila Rafidah naik, suara kaum wanita pun makin hebat dan makin lantang. Masa tu Women's Right nie kira gila habis la, mungkin ada proposal mintak diharamkan poligami di Malaysia. Bila dah pergerakan women's right nie makin hebat, dah out of control, Rafidah pun tak boleh buat apa dah, lepas tu suka ka tak suka ka, dia terpaksa lantik pulak "AZLINA" jadi TPM."

Lepas Azlina?

"Bila AZLINA naik; maka masa tu PAS memang kena serang gila-gila punya, masa Perhimpunan Agung UMNO baru nie pun Azlina ada habag kata musuh utama negara ialah PAS bukannya dadah ka, rasuah ka apa ka. Maka, untuk merealisasikan cita-cita dia nak pelingkup PAS, maka dia apun lantik orang yang anti-PAS dulu kini dan selamanya yang sama naik dengan beliau. Sapa lagi kalau bukan "ZAINUDIN MYDIN" yg pernah diisytiharkan (punya ciri) Murtad oleh Imam Besar Masjid Negara."

Lepas tu?

"Bila si Zam-Zam ala Kazam nie naik; lalu dia pun Zam-zam ala-kazam bawak naik geng2 yang sama wahyu dengan dia; geng-geng penulis upahan yang bijak bermain dengan kata-kata dan wording untuk mempengaruhi rakyat. Mula-mula dia bawak naik "ASTORA JABAT". Bila dia dah meninggal; Astora Jabat bawak naik pulak orang yang paling-paling anti-PAS yang paling anti antara semua yang anti, iaitu Ulamak Anti- Hadith Mutakkhir, si laknat "KASSIM AHMAD"!!"

Maka, bila Kassim Ahmad naik; lengkaplah sudah sebuah prophecy....PAS pun diharamkan; dan masa tu bumi Malaya pun jadi padang jarak padang tekukur, jadi padang sembelihan macam yang kita dok tengok di Acheh dan Algeria!.

Bertepuk tanganlah orang-orang UMNO merata dunia.

Sekian drama swasta minggu ini!

p.s: Orang-orang UMNO cukup seronok baca cerpen yang penutupnya "PAS Diharamkan" macam dalam drama di atas.

Moga-moga orang2 UMNO akan terhibur dengan cerpen ringkas ini....di mana sahaja depa berada!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi






______________________
Terbitan : 10 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com