SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun APA SUDAH JADI PADA PEMUDA KEADILAN PAHANG?Apa sudah jadi pada pemuda keadilan pahang? itulah hakikat yang harus difahami oleh semua pendokong keadilan pahang terutamanya pemuda nya. apbila sdr ezam md nor ketua pemuda keadilan malaysia dilepaskan dari tahannan ISA serta diberi kebanaran ikat jamin oleh makhamah awal jun lalu, maka semangat pemuda disemua peringkat terutamanya exco pemuda pusat semakin bersemangat dengan adanya berbagai aktiviti yang dipergiatkan lagi serta diaktifkan serta merta! tetapi apa yang terjadi pada pimpinan pemuda negeri pahang sebaliknya pula dan semakin longlai. untuk pengetahuan semua, semenjak razali alias selaku ketua pemuda kuantan yg kini juga merangkap ketua penaja keadilan bhg indera mahkota menagmbil alih tampuk pimpinan pemuda pada akhir 2001 drp tgn zakaria hamid (kini Timbalan Pengerusi keadilan pahang)kelesuan terhadap pimpinan pemuda yang diketuai oleh razali semakin terserlah dengan tiada satupun aktiviti yang diadakan disepanjang tahun lepas diatas anjuran pemuda negeri. apa sudah jadi dgn semua ini? Begitu juga disepanjang 6 bulan pertama tahun ini yang mana kelesuan pemuda dibawah kepimpinan beliau semakin teruk dan kritikal dengan tidak ada satu pun program-program yang dikelolakan baik dlm bentuk ceramah kelompok, ceramah perdana ataupun sukan dan rekreasi. ini amat berbeza ketika zakaria memegang pimpinan pemuda pahang!! Kalau kita melihat secara halus...kepimpinan pemuda keadilan pahang telah lama berpecah kepada 2 kem sebenarnya...iaitu satu kem yg diketuai oleh razali selaku ketua pemuda negeri dan satu lagi kem diketuai oleh rizan ali selaku timbalan ketua pemuda keadilan pahang merangkap ketua pemuda mentakab.untuk pengetahuna semua,razali selaku ketua pemuda negeri selalu bertindak diluar batasan lebih-lebih lagi membuat keputusan sembrono tanpa mengambil kira pandangan ramai AJK pemuda pahang.razali yg hanya mendapat sokonganm drp pemuda bahagian-bahagian dinegeri pahang dgn sokongan yg cukup sedikit dan terhad.antara pemuda bahagian yg kuat memberi sokongan tanpa berbelah bagi terhadap beliau ialah bhg paya besar,bhg pekan, bhg rompin dan bhg maran sahaja.tetapi amat mengejutkan sekali ialah di bhg kuantan sendiri tidak menyokong beliau!! kerana apa? kerana pemuda dibhg tersebut juga telah lama mengalamai perpecahan yg turut melibatkan sdr soleh(bekas ajk pemuda pahang 1999-2001) diperingkat pimpinan pemuda bhg.Oleh itu apabila pesempadanan semula yg mewujudkan sebuah parlimen baru indera mahkota maka razali dan org-org kuatnya dikalangan pemuda kuantan spt zukri aksah,zulkifli, ariffin dan lain -lain lagi tanpa membuang masa terus menaja utk penubuhan bhg baru di indera mahkota! Apakah semua ini? berpolitik utk rakyat ke atau diri sendiri? tetapi ketika saya berbincang dgn 3 orang ajk umno kuantan terhadap stail kepimpinan razali...mereka mengatakan amat kenal dgn sifat dan peranagai razali yg mana ketika menjadi ajk pemuda umno kuantan lagi pun beliau memang bersikap keras dan suka membuat keputusan tanpa merujuk kepada yg lain. Dan amat malang lagi ialah apabila usaha razali dan rakan-rakannya turut mendapat restu oleh YB Jafri Abd Rashid, ADUN CINI (pengerusi keadilan pahang / ketua bhg pekan) serta turut disokong oleh Hj Roslan (AJK bhg pekan),Wan Jusuh (Ketua Bhg paya besar),kamal(Ketua Bhg mentakab), hamzah (Bekas Ketua Bhg lipis)dan rabidin (ketua bhg rompin). manakala dikem rizan, boleh dikatakan mendapat sokongan yg cukup kuat dan padu terutamanya dari pimpinan pemuda bhg temerloh,mentakab,jerantut,lipis,bentong,raub dan sebilangan besar pimpinan pemuda kuantan,malah diperingkat perhubunagan negeri sendiri pun!! Siapa yang tidak tau bagaimana rapatnya hubungan rizan dgn zakaria selaku timbalan pengerusi keadilan pahang, dgn puan dasimah (ketua wanita phg), dgn amir selaku bendahari negeri, dgn nizam (ketua penerangan) malah...dgn puan fauziah saleh sendiri pun yg mana beliau selaku ketua bhg kuantan merangkap ketua wanita nasional secara terang dan nyata tidak langsung menyokong razali malah menyokong rizan secara terbuka.itu tidak diambil kira lagi pada ajk-ajk yg lain seperti cikgu fandi(bentong), zahari(kuantan),dr ananda (bekas timbalan pengerusi keadilan phg)(sekadar menyebut beberapa nama). maka hubunagn yg sebegini rapatlah telah menyebabkan razali begitu terasa ancaman daripada rizan.kemarahan kepada rizan telah mencapai ke peringkat kemuncaknya apabila rizan telah 3 kali membuat program ceramah pada tahun ini dengan mengajurkan ceramah yg turut melibatkan exco pemuda keadilan pusat dan exco pas pusat malah juga program sukan juga.semua program ini sama sekali tidak dimaklumkan kepada razali krn menurut sumber, rizan mau memalukan razali terhadap kepimpinannya yg begitu lemah.disamping itu juga rizan telah 4 kali dengan inisiatif sendiri dgn mengadakan mesyurat kecil-kecilan seumpama perjumpaan kecil dgn rismanizam, saravanan,yusairi dgn dokongan yg kuat daripada jefri yg juga merupakan ketua pemuda bentong bertempat diWangsa Maju, KL (bertempat dirumah sahabat karib rizan yg juga masih seorg AJK pemuda umno wangsa maju dan perlu diingat mereka berdua ini adalah org yg terawal didlm penajaan pemuda bhg w.maju ketika bersama-sama diawal penubuhan umno bhg wangsa maju pada thn 1994 ).Apakah muslihat dan perancangan kem rizan dgn mengadakan perjumpaan diluar pengetahuan razali dan dirumah sahabat karib beliau yg juga sahabat lama rizan ketika didlm pemuda umno? hanya satu sebab sbgmana menurut sumber yg amat diyakini kebenarannya kenapa rizan menentang razali? kisah ini bermula diawal januari 2002 apabila rizan menyedari razali terlalu tamak didlm mengisi jawatan utama pimpinan pemuda pahang dgn memenuhkan hampir sepenuh jawatan kanan pemuda negeri kepada suku sakatnya tanpa mengambil kira pandanagn yg diberikan dan dipesetujui bersama dgn rizan.antaranya zukri,zulkifli, ariffin (sekadar menyebut beberapa nama sahaja) dgn memberikan kepada mereka jawatan-jawatan yg agak kanan seperti naib ketua pemuda,setiausaha,bendahari dan juga ketua penerangan pemuda negeri.rizan melihatkan susunan itu terlampau condong kepada sebelah pahang timur terutamanya kuantan,pekan,paya besar dan rompin dgn mengabaikan pahang tengah dan barat. Selaku pemerhati, saya pernah diberitahu oleh satu sumber yg hampir pasti kebenarannya iaitu jefri,ketua pemuda bentong juga telah beberapa kali mengingatkan razali agar memikirkan parti daripada diri sendiri terutamanya didlm menjana dan menyokong program anjuran pemuda parti.beliau menyuarakan hal ini ketika jemputan utk razali terhadap program sukan bolasepak dan sepaktakraw anjuran bersama BA di bilut awal februari lalu di batalkan kehadiran oleh razali disaat akhir tanpa sebarang alasan dan menurut sumber itu lagi, kegagalan rizan juga utk menghadirkan diri kemesyuarat bulanan perhubungan keadilan negeri pahang sejak mac 2003 sehingga sekarang adalah kesan protes yg amat besar diri beliau terhadap razali secara peribadi yang mana menurut sumber rizan akan memastikan sekiranya disesuatu majlis atau program anjuran keadilan adanya razali maka secara automatik beliau tidak hadir!tanyalah pimpinan negeri terutamanya kepada setiausaha perhubungan negeri, adakah rizan memaklumkan dan memberi alasan ttg ketidakhadiran beliau ke mesyuarat negeri? mengikut undang-undang sekiranya seseoarang ahli majlis mesyuarat utama negeri parti keadilan nasional yg tidak menghadirkan diri sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa alasan yg kukuh lagi munasabah hendaklah digugurkan! jadi apakah perhubungan negeri bersedia membuat keputusan terhadap rizan? sebagai akhirnya, disaat-saat pilihanraya umum yg akan berlangsung tidak lama lagi,haruslah pemuda pahang diperkemaskan lagi demi kejayaan yang gemilang dan razali juga tidak lagi boleh mejadikan ketiadaan permit yg diberikan polis sbg satu sebbab kenapa ceramah baik ceramah kelompok atau umum tidak dpt adakan.cuba renungkan apa yg telah dilakukan oleh rizan,jefri,yusairi (sekadar beberapa nama) apabila mereka ini berjaya juga mengadakan program ceramah dan sukan tanpa sebarang alasan walaupun dgn kehadiran yg rendah dianggarkan 100-300 org setiap program tetapi kesannya tetap ada iaitu keadilan tetap wujud dipahang ini... Bukan membela,menentang atau mengutuk sesiapa tetapi yg benar tetap benar, yang salah tetap salah, ibarat kata pepatah berani kerana benar takut kerana salah.selaku pemrhati politik terutamanya keadilan pahang...sesungguhnya keadilan itu amat kuat dan disukai rakyat terutama kaum cina sebenarnya tetapi perbetulkan lah masalah dalaman terlebih dahulu terutama pemuda yg sememangnya berdarah panas...yang pasti inilah realiti pemuda pahang sekarang dan satu 'post morten'perlu lakukan terhadap kepimpinan pemuda khususnya.
"PEMERHATI POLITIK PAHANG"
Diterbitkan oleh : |