Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Raja Deris takut-takutkan orang Melayu.

Di mana saja Raja Deris ADUN Sabak berucap, dia mesti sentuh tentang UMNO yang sudah mula naik reput itu.Tak kira apa majlis pun. Sama ada mesyuarat PIBG atau apa-apa saja bila dapat peluang berucap, tak lain tak bukan dia mesti selitkan tentang UMNO yang menjadi parti anutannya dan memberi rezeki dia boleh menjadi jadi YB sekarang. Kadang-kadang orang ramai sudah boleh baca apa yang dia nak cakapkan dalam satu-satu majlis. Sebab itu ramai yang ' belah ' semasa mesyuarat agung PIBG Sekolah Seri Bedena (SSB) , Sungai Besar baru-baru ini.

Tentang dia ampu bodek UMNO satu hal. Tapi yang tak sedapnya, selain dari ampu bodek pemimpin UMNO terutama Mahathir yang akan berangkat bulan Oktober nanti - Itupun kalau dia betul-betul nak tinggalkan istana di Putrajaya- Raja Deris mula berperi-peri yang bukan-bukan. Takut-takutkan orang Melayu konon kalau tak sokong kerajaan UMNO nanti dijajah pula . Macam masa Jepun !. Hai apalah nasib orang Melayu yang menyokong Raja Deris jadi YB dulu .Terpilih wakil rakyat yang penakutlah awak hoi…….

Bila Raja Deris cakap pasal negara akan dijajah, orang ramai mula berfikir bagaimana cetek dan kolotnya fikiran anak raja yang seorang ini. Dia ingat orang-orang Melayu dan semua rakyat Malaysia akan duduk diam saja kalau negera dijajah ?. Mungkin dia tak ingat sejarah orang-orang Melayu yang menentang penjajah dulu. Ataupun dia tahu, cuma sekadar nak ampu bodek Mahathir dan Khir Toyo yang menjadi ' tuan punya ' negeri Selangor ini. Kalau tau cukup ampu nanti, boleh terbang gelaran YB dalam masa pilihanraya akan datangi ! . Kalau berlaku, masa tu terpaksalah dia pakai gelaran ' datuk ' saja lagi. Dan silap-silap hari bulan orang tak panggil dia datuk, cuma panggil ' cikgu ' saja lagi. Sebab gelaran ' cikgu ' itu memang tak boleh ditarik balik oleh sesiapa, berbanding dengan gelaran ' datuk '.

Rakyat di kawasan Sabak pun sekarang dah tahu Raja Deris mula kepanasan berikutan dengan bebasnya Ustaz Badrul Amin dari ISA yang menjadi duri dalam daging kepada UMNO kawasan Sabak . Nampaknya markas KeADIlan bahagian Sabak di Batu 39 Sabak Bernam pun dah mula mengadakan ceramah-ceramah. Pembukaan ceramah dulu ialah semasa majlis kesyukoran bebasnya Ustaz Badrul Amin. Raja Deris pun dah mula seram sejuk tak sedap badan bila markas tu beroperasi semula……

Penyokong-penyokong KeADILan pun sekarang dah mula kibarkan bendera mereka semula , selepas lebih dua tahun Ustaz Badrul Amin ' berkursus ' di Kemunting. Mereka sekarang dah mula bergerak bersama dengan ahli PAS yang jadi musuh utama UMNO . Silap-silap hari bulan, orang-orang UMNO yang dah bosan dengan gelagat Raja Deris akan menyokong pula pakatan BA dalam pilihanraya depan. Siapa tahu kehendak Allah s.w ?.

Sebab itu, penyokong dan pemimpin BA patut sangat bersiap sedia dari sekarang menggempur 'angkatan' Raja Deris yang sudah dalam ketakutan itu. Biarlah Raja Deris menakutkan orang Melayu yang jadi penyokong kuat UMNO. Itu memang kerja-kerja yang diwariskan oleh Mahathir sebagai pemimpin UMNO BOLEH kepada suku sakatnya!. Orang Melayu yang menyokong BA jangan percaya dengan gempak dan gertak Raja Deris yang mengatakan negara akan dijajah semula kalau orang Melayu tak sokong dan ampu UMNO.

Biarlah Raja Deris dengan fikiran kolot dan penakutnya !.

RAJA PANTAI LANDU.






______________________
Terbitan : 15 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com