SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kisah Seorang AJK Umno Ptg Pauh @ Pengerusi JKKK Guar Perahu.
Oleh : Mat Sepai-Ptg Pauh Apa yang ingin dipaparkan ialah secebis kisah yang menyerlah pekung dan kurap seorang pemimpin umno Permatang Pauh. Kisah benar ini diceritakan sendiri oleh “mangsa” kepada penulis. Si mangsa, yang dikenali sebagai Pak Bakar, ialah seorang peniaga kecil Melayu di Permatang Pauh. “Aku begitu terkejut, rupa-rupa Cikgu Dun ( Cikgu Wahab) begitu taksub kepada Umno, tak sangka sampai begitu sekali.” ujarnya, ketika memulakan perbualan dengan penulis. “Padahal aku rakan sekolahnya, malah akulah yang menjadi pengapitnya 25 tahun lalu ketika dia menikah. Dulu, kami sama-sama dalam umno, Selepas Anwar kena fitnah, aku menyertai PAS. Walaupun berlainan ideologi, tapi aku masih menganggap dia sebagai rakan dan saudara sebangsa seagama.” “Baru-baru ni, ketika kenduri perkahwinan anak sulungnya dengan Puteri Umno, aku turut serta, malah lebih 70% orang kampung yang membantu majlis gotong-royong tu, terdiri drp pemimpin cawangan dan penyokong BA. Kami membantu tanpa mengambil kira pegangan politiknya,” ceritanya, sambil sibuk melayan pelanggan di gerainya. “Aku bukannya minta duit dia, Aku cuma minta tandatangannya saja selaku Pengerusi JKKK kampung aku. Takkan itu pun tak boleh bantu ?” Soalnya kepada penulis, nadanya mula meninggi. “Sewaktu aku serahkan borang permohonan pinjaman TEKUN di rumahnya, aku diherdiknya.” “Hang ni jenis manusia yang tak reti bersyukur kepada umno, PINJAMAN TEKUN NI IALAH DUIT UMNO, jadi kena jadi ahli umno dulu, baru boleh pinjam. Kalau isi borang umno sekarang, sekarang juga aku boleh tandatangan. Kalau aku tandatangan, borang TEKUN hang ni, apa aku nak jawab kepada pemimpin atas nanti.” helahnya. “Aku agak terkejut, tak sangka Cikgu Dun, boleh kata begitu kat aku. Dia macam paksa aku masuk umno semula. Selepas kejadian tu, rasa hormat aku kepada dia dah semakin hilang.” “Jadi hang masuk umno semula ke ?” soal aku. “Sorry le, bila dia dah tak mau tandatangan borang tu, aku pun baliklah…dia ingat nilai aku RM2 ke, setahu aku, bersyukur hanya kepada Allah saja, tidak boleh bersyukur kepada makhluk. Biarlah, dia tak mahu tolong aku, rezeki aku bukannya umno bagi. Itu semua hak Allah, Dia boleh beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” Ujarnya, yang nampak kesal dengan tindakan Cikgu Wahab terhadapnya. YB. Abdul Rahman Kadir - ADUN Penanti yang dimaklumkan perkara ini, turut mengulas : “Inilah perangai pemimpin umno, yang tidak tahu membezakan antara wang rakyat dengan wang umno. Mereka menganggap wang amanah rakyat ini, hak umno. Sebenarnya pinjaman TEKUN ni di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan untuk membantu peniaga-peniaga kecil Bumiputera memajukan perniagaan masing-masing, tanpa mengira fahaman politik, Tindakan Cikgu Wahab dan pemimpin umno yang lain telah merugikan bangsa Melayu. Secara tidak langsung menyekat peniaga-peniaga kecil Melayu untuk maju.” Memang benarlah, maksud peribahasa “bapa borek anak rintik.” Perangai buruk pemimpin tertinggi diteladani oleh anak buahnya Slogan untuk membantu Melayu hanyalah retorik . Sememangnya Umno tidak pernah ikhlas membantu bangsanya. Jika ikhlas, tentulah royalti minyak milik negeri yang 95% Melayu tidak disonglapnya, nescaya 2 buah MRSM di Terenganu tidak ditutup, bantuan SAR tidak disekat. Sepatutnya bantuan kepada bangsanya tanpa mengira fahaman politik. Yang diutama tentulah kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam. Patutlah Melayu terus terpinggir di Pulau Pinang, angkara sikap bodoh sombong pemimpin umno kepada bangsanya. Dalam perkembangan berkaitan, diberitakan pasukan bolasepak pemuda kampung berkenaan juga menerima nasib yang sama. Permohonan mereka untuk mendapatkan jersi penaja daripada JKKK telah ditolak oleh Cikgu Wahab dengan alasan yang sama ….. WAJIB menjadi ahli umno dulu ! Selain itu, daripada sumber umno telah memaklumkan tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap Cikgu Wahab selaku Pengerusi Biro Pendidikan Umno Permatang Pauh. Diberitakan, Cikgu Wahab telah membelanjakan lebih daripada RM5000.00 untuk menjalankan satu program pendidikan di SK Juara yang terletak dalam Parlimen Bukit Mertajam. Menurut mereka, sepatutnya wang tersebut digunakan daripada kantung Umno Bukit Mertajam bukannya daripada Umno Permatang Pauh. Wang tersebut sewajarnya dibelanjakan untuk ahli-ahli umno Ptg. Pauh. Kata mereka, tindakan ini umpama “Kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan.” Umno Ptg Pauh cukup terdesak, hingga terpaksa mengugut rakyat untuk menerimanya semula. Siapa Cikgu Wahab Rauf ? Di kampungnya lebih dikenali sebagai Cikgu Dun. Orangnya pendiam, merupakan AJK umno bahagian Ptg Pauh, merangkap Pengerusi Biro Pendidikan Umno, juga sebagai Pengerusi JKKK Guar Perahu, Sekarang bertugas sebagai Guru Besar SK Juara – Tok Kun (jaraknya hanya 200 meter drp rumah DS Anwar ). Bukanlah nama asing bagi ahli umno Ptg Pauh sewaktu era DS Anwar selaku Ketua Bahagian. Tragedi 2 September 1998, terlalu banyak hikmahnya. Sikap hipokrit pemimpin umno Ptg Pauh, umpamanya, Md Saad, Pak Nan, Cikgu Ya, Wahab Rauf dan yang seangkatan dengannya telah membuka mata rakyat Permatang Pauh siapa mereka ini sebenarnya. Manusia hipokrit yang hanya mementingkan tembolok masing-masing. Sebelum ini Cikgu Wahab pernah bertugas sebagai Guru Besar di SK Seri Penanti. Pada tahun 1997, beliau telah mengadakan sambutan perayaan 100 Tahun SK Seri Penanti dengan gilang gemilang yang dirasmikan DS Anwar. Masih tergiang di telinga, sewaktu ucapan perasmiannya, dalam nada gurauan DS Anwar menyindir Cikgu Wahab akan niat sebenar beliau dijemput ke perayaan itu. Untuk memohon bantuan atau untuk mempromosikan diri Guru Besarnya ? Namun kini, plak perasmian Perayaan 100 tahun yang ditandatangani oleh DS Anwar telah ditanggalkan….. hilang entah ke mana. Masih segar dalam ingatan penulis, sewaktu pilihanraya 1999 lalu, beberapa kampung sekitar Guar Perahu telah ditenggelami banjir, penduduk terlibat telah dipindahkan ke dewan petempatan banjir. Ketika itu Nurul Izah Puteri Reformasi telah mengunjungi mangsa terlibat. Nurul telah “dihalang” oleh Cikgu Wahab daripada menandatangani buku pelawat yang di bawah kawalannya selaku Pengerusi JKKK Guar Perahu. Hebatnya Cikgu Wahab, ketaksubannya kepada umno menjadikan dia seorang yang begitu benci kepada DS Anwar dan keluarganya, yang pernah ditatang suatu ketika dulu ……!!! 18.7.03
Diterbitkan oleh : |