SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Hebat sangat ke Negeri Kelantan?Apakah yang hebat di Negeri Kelantan sampai berjuta-juta manusia berpusu-pusu melancong ke sana. Ada orang yang tinggal bawah plywood buruk kata, Kelantan tu tak de apa yang spesel, macam padang jarak padang terkukur, air macam teh susu, jamban pun tak mampu nak buat, tapi kenapa gamaknya manusia pi jugak ke sana..bukan sekali..berkali-kali..makin lama makin ramai..makin tahun makin berduyun.. ishh..ishh..ishh...apa yang depa cari kat sana!! Kedatangan pelancong ke Kelantan terus meningkat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding jangkamasa yang sama tahun sebelumnya. Sejak Januari hingga Jun lalu, jumlah pelawat yang mengunjungi negeri Kelantan meningkat lebih 30 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Haji Wan Jamil Wan Mahmood berkata, peningkatan itu berlaku terutamanya di musim cuti persekolahan. "Jumlah pelancong semakin ramai datang ke Kelantan, di mana pada tahun 2001 seramai 3.5 juta orang, sedangkan pada tahun 1999 bilangannya 2.5 juta orang dan 2000 (2.75 juta orang)," ujarnya. Beliau berkata, pelancong yang datang melalui pelbagai kaedah termasuk parti-parti politik, badan bukan kerajaan, kakitangan kerajaan, pelajar sekolah dan secara persendirian. Beliau juga meminta pelancong yang datang untuk mendapat maklumat terkini mengenai kerajaan negeri, menghantar surat permohonan lebih awal untuk membolehkan persiapan dibuat. "Kita banyak menerima permohonan dari pelawat terutamanya di musim cuti persekolahan. Pihak Urusetia kadang kala terpaksa menolak pelawat yang lewat membuat permohonan," katanya. Di antara kesilapan terbesar umno dalam mereka nak cuba merampas Kelantan ialah bila cakap-cakap sebegini dijadikan senjata kononnya. Apalah punya bodoh strategi bila Kelantan sering diburuk-burukkan media, diberi persepsi palsu dan hinaan ke atas rakyatnya sering kali dilontarkan tetapi dalam masa yang sama dengan tak malunya cuba pula memenangi hati orang di sana. Melihat senario ini, dapatlah dibuat andaian mereka-mereka yang memburukkan Kelantan memang tak pernah pun sampai ke sana. Sememangnya Kelantan adalah sumber pelancongan Malaysia selain Ganu dan Melaka dan hampir sepanjang tahun jumlah pelancong termasuk dari domestik memilih Kelantan. Tak perlu dihuraikan tujuan dan sebab ianya dipilih, cukuplah jika kita katakan...yang istimewa itu PAStinya menjadi pilihan. Kekadang bila kita tak tahu jangan buat andaian je. Baik pergi tengok sendiri keadaannya. Negerinya sama macam negeri lain. Kelantan juga salah satu negeri dalam malaysia ni kenapa jadi isu. Membangun ke tidak itu adalah tanggung jawab pemimpinnya. Saya pernah pergi seluruh negeri dalam Malaysia ni tak de banyak bezanya, malah kalau U pergi Thailand @ Indonesia lagi teruk daripada negeri Kelantan. Jangan pula U pergi tempat perlancongan je cuba pergi kawasan yang jauh sikit dari kawasan tu, sampah merata-rata, pengemis merata-rata. Kalau U pergi LA sekali pun macam tu gak, kat sana dapat tengok berlambak-lambak orang yang tak de rumah, lorong-lorong kotor dengan sampah sarap pun. Yang tunjuk kat TV tu yang cantik-cantik je. Tiada bezanya, sebab aku anak Malaysia gak.
Diterbitkan oleh : |