Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Demi Rasuah : Khir Toyo Sanggup Cemarkan Raja.

Peraturan baru berkuatkuasa pada 27 hb Julai 2003 ini, yang menetapkan setiap orang Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) mesti mengenakan uniform rasmi berbaju Melayu dan bersongkok disetiap majlis rasmi anjuran agensi berkenaan,menyerlahkan lagi betapa Khir Toyo dan kroninya terus mencandui wang rasuah.

Meskipun peraturan baru berkenaan, mendapat tentangan dari 13 orang Ahli MPK,terdiri dari 10 orang wakil MCA,2 orang dari MIC dan seorang dari Gerakan,namun ia akan tetap dilaksanakan kerana keputusan tersebut adalah berdasarkan kehendak majorit Ahli MPK ,demikian tegas pengamal rasuah terkemuka itu.

"Persetujuan 14 orang Ahli MPK yang mewakili Umno dan seorang mewakili MIC mestilah dihormati ,lagipun tiada sebab yang lainnya menolak,kerana baju Melayu dan bersongkok adalah pakaian kebangsaan." tambah Khir lagi.

Ketika ditanya apakah rasionalnya peraturan baru itu dikuatkuasakan, Khir menjawab. "Motif utamanya adalah selaras dengan status Klang sebagai Bandar Di Raja,disamping meningkatkan semangat anggota majlis."

Persoalannya apakah selama ini,tanpa mengenakan baju kurung dan songkok ,ahli-ahli MPK kurang bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab disamping taraf Bandar Di Raja itu sendiri tercemar ?

Seorang bekas ahli MPK ketika diminta komen terhadap alasan tersebut,secara sinis mengulas: " Jika itu didakwa sebagai penyebab utama merangsang semangat,sudah tentu tiada seorang pun YB ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang tertidur ketika persidangan berlangsung,kerana kebanyakan mereka memakai baju Melayu dan bersongkok."

Ternyata alasan Khir itu hanyalah bersifat melepaskan batuk ditangga,pengamal rasuah terkemuka itu sekadar mengulang-ulangi alasan yang sama bentuknya (tidak masuk akal) ketika menolak dakwaan puluhan skandal rasuah terhadapnya yang diajukan oleh wakil pembangkang sama ada didalam Dewan Undangan Negeri maupun diluar.

Kali ini lebih parah ,bila Khir tanpa segan silu mencemarkan nama baik pihak istana pula demi menghalalkan kerakusannya.Apa kena mengena status Bandar Di Raja dengan peraturan baru itu ,kerana selama ini tidak pernah kedengaran pihak istana sendiri mendesak agar peraturan tersebut dilaksanakan,kalau adapun Almarhum Sultan Salahuddin pernah melahirkan rasa dukacitanya yang amat sangat terhadap taraf kebersihan Bandar Klang.

Kos terhadap perlaksaaan peraturan tadi pula melibat RM 200,000. Khir Toyo sekali lagi ternyata tanpa segan silu berbohong apabila menyatakan jumlah wang yang dibelanjakan itu adalah munasabah. Katanya " Disamping membekalkan uniform (baju Melayu dan songkok)kepada 28 orang ahli dan ketua-ketua jabatan MPK,kita juga akan membeli sebuah cokmar khas ."

Cuba bayangkan andai peruntukan kepada setiap ahli dan ketua-ketua jabatan RM 1000 setiap orang,angkanya tidak sampai pun mencecah RM 40,000,dan cokmar khas itu pula katakanlah RM 50,000,kesemuanya baru berjumlah RM 90,000 sahaja,sedangkan kos untuk perlaksanaan peraturan baru itu adalah RM 200,000. Lalu dimana baki RM 110,000 yang sudah tentunya dikutip dari pembayar cukai (rakyat) disembunyikan?

Jawaban pasti, tentunya masuk kedalam saku Khir Toyo dan kroni-kroninya yang belum pernah kenyang membaham wang rakyat. Mungkin segala yang mega-mega sudah hampir-hampir pupus sehinggakan yang bertaraf mini pun habis disapu bersih.

Hari ini Khir Toyo sanggup memperalatkan Raja,baju Melayu dan songkok untuk menghalalkan kerja rasuahnya,esok apa pula ?

Apakah Umno khususnya ahli-ahli pemuda masih bersedia mencalonkan pengamal rasuah terkemuka itu sebagai pemimpin mereka ? Kalau masih ada saki baki maruah sudah tentu Umno merasa jijik untuk menerimanya,sebaliknya andai maruah boleh ditukar ganti dengan wang ringgit teruskan sahaja menyokong Khir yang kulitnya setebal kulit Mahazir !

Orang Dalam






______________________
Terbitan : 20 Julai 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com