SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Putu Mbah Rombiong Kembali Bicara….Assalamu`alaykum wm ! Semoga Kang Maulan seisi famili diparengi (dikurniakan) Allah swt. kerahmatan dan kesejahteraan saban waktu. Amin ! Apa yang kulo harapi sampeyan dan mbak ayu (kakak) nggak kaget (tidak terperanjat).sebaik saja menatap perutusan yang tidak diundang ini. Usah ribut-ribut,anggap saja perutusan ini sebagai peringatan dan nasihat untuk kerukunan (kebaikan) buat kita semua. Kang Maulan yang dihormati! Sebelum ini pun kulo telah kerapkali mengutus kepada Wak Kaji Joyo,Cikgu Nassir dan Paman Saim,semua bertujuan mengharap budi bicara mereka untuk menasihati adik ipey (adik ipar) sampeyan yang bergelar Menteri Besar Selangor itu. Gara-gara kemaksiatan besar yang diperbuatnya sepanjang memikul amanah rakyat mengemudi negeri Selangor,amat-amat memalukan seluruh kaum keluarga serta wong-wong Jowo (orang-orang Jawa) dan rakyat jelata seluruhnya. Gelaran Khirasuah sudah termasyhur dimana-mana dari Perlis sampai ke Sabah. Walaupun dia dan antek-anteknya (pembodek-pembodeknya) coba menafikan,jelas mereka gagal untuk meyakinkan rakyat tentang penyelewengan tersebut. Makan suap (rasuah) telah begitu menyebati didalam diri adik ipey sampeyan,pendek kata dari hujung rambut hingga kekakinya dilumuri dosa makan suap,itu belum lagi dosa meruntuhkan masjid dan menukar AJK masjid dari ditadbir oleh golongan yang faham agama kepada kelompok yang jahil termasuk kaki nikem ekor (tikam ekor),kaki judi dan kaki – kaki maksiat yang lain. Sesetengahnya solat fardhu berjemaah langsung nggak pernah bikin. Ini bukan fitnah,sebaliknya kebenaran belaka ! Kulo , Wak Parman dan rakan-rakan yang lain sebagai mewakili suara rakyat terbanyak telah acapkali mencabar Dr Khirasuah agar bersumpah dengan kalimah Wallahi! Wabillahi! Watallahi ! dimana-mana masjid untuk menafikan tuduhan rakyat terhadap kerja makan suapnya yang sudah mencecah angka RM Ratusan Juta,namun dia enggan berbuat begitu,kerana dia benar-benar makan suap! Kang Maulan yang kulo sanjung tinggi! Kulo,Wak Parman dan sekelian rakan taulan wong-wong Jowo,amat maklum didalam banyak-banyak sedhulur (saudara mara) Dr Khirasuah,sampeyan seisi famili diantara yang nggak memperolehi perhatian dari Khirasuah kerana katanya sampeyan tidak langsung menyumbang untuk memperteguhkan kedudukan politiknya. Kulo,Wak Parman dan sekelian rakan taulan berharap sampeyan jangan kecewa atau kecil hati dengan sikap acuh tak acuh adik ipey sampeyan itu,sebaliknya harus bersyukur sebanyak-banykanya kehadirat Illahi,kerana bebas dari dosa bersubahat makan wang haram (makan suap) yang dilakukan Dr Khirasuah. Lihat sajalah Ustaz Nassir meskipun kini dia sugeh malyanar (kaya raya),tapi jiwanya nggak pernah nyaman,lantaran dia telah menjual ilmu agamanya untuk membenarkan kerja makan suap yang terkutuk itu.Mungkin Wak Kaji Joyo dan Mbok Kaji Siti Aminah nggak tahu apa-apa,mereka hanya menerima seadanya segala sumbangan anak lanangnya (lelakinya) tanpa mengesyakki akan kewujudan kerja-kerja bejat Dr Khirasuah.Kesian sungguh kedua wong tuwek (orang tua) yang baik budi itu ! diapusi urep-urep (ditipu hidup-hidup) oleh anak dan mantunya (menantunya) DS Jaharah Kecik. Bila terkenangkan Mbok Kaji Siti Aminah,kulo teringat bicara Dr Khirasuah didalam koran Berita Harian sempena Sambutan Hari Ibu di dewan Dat Hormat Rafie,Tanjong Karang pada bulan May lepas. Bicara Khirasuah sewaktu merasmikan majlis itu : Ketika bocah-bocah(budak-budak) dia amat gemar nonton filem Hindustan di Pawagam Tg.Karang.Demi memenuhi giannya itu dia sanggup manceng iwak kutok (memancing haruan) kemudian menjualnya untuk membeli tiket.Satu hari bicara Khirasuah,ikan sudah nggak ada lagi untuk dipancing,lalu dia merayap dibawah rumah untuk nyolong (mencuri) beberapa biji telur ayam,sebaik-baik saja telur-telur itu dicapainya,tiba-tiba dari nduwor omah (atas rumah) dia terdengar Mbok Kaji Siti Aminah berdoa “ Ya Allah,Ya Tuhanku,Kau hindarkanlah anak dan keturunanku dari jadi maleng (pencuri) .” Mendengar doa itu dia (Khir) terus saja memberhentikan niatnya. Begitulah bicara Khirasuah untuk mempamerkan betapa ibu dan bapanya sedari kecil lagi mendoakan agar dia nggak jadi maleng sampai bila-bila.Kebetulan Mbok Kaji Siti Aminah adalah salah seorang Penerima Anugearh Ibu Mitahli di majlis berkenaan. Persoalannya,apa bener (benar) cerita Khirasuah itu atau sekadar temberangnya saja untuk mempamerkan kepada rakyat yang dia nggak pernah jadi maleng (pencuri) sampai bila-bila lantaran doa Mbok Kaji Siti Aminah ! Atau apakah doa Mbok Kaji Siti Aminah hanya makbul ketika Khir masih bocah-bocah (budak-budak),sebaliknya tidak lagi sesudah Khirasuah jadi Kepala Negeri ? Jelas sekali Khirasuah coba memperalatkan kebaikan ibunya sendiri untuk menafikan dakwaan rakyat terhadap kerja makan suapnya,kerana sekarang dia bukan saja jadi pencuri malahan bersifat sebagai kepala penyamun memperkosa harta rakyat untuk mengumpul kekayaan haram semahu-mahunya.Apakah doa Mbok Kaji Siti Aminah nggak makbul atau Khirasuah memang penipu besar ! Kang Maulan yang budiman ! Kulo rasa cukup sekadar ini,perutusan yang mewakili suara rakyat jembel ini mengunjungi sampeyan ! Insya Allah diperutusan akan datang kulo akan dedahkan bagaimana Khirasuah dan DS Jaharah Kecik serta rakan-rakan semalengannya (sepencuriannya) memperalatkan anak muda bawah umur untuk memuaskan nafsu mereka merompak tanah rakyat. Semoga sampeyan seisi famili terus dilindungi Allah swt dari kejahatan manusia,jin dan syaitan ! Amin ! Kulo nyuwon ngapuro (mohon maaf) seng katah-katah (banyak-banyak) Wassalam. Putu Mbah Rombiong.
Diterbitkan oleh : |