SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun KERAHAN TENAGA PADA USIA 17+ PERLU KAJIAN SEMULAKerahan - 1. ‘ sesuatu yang dilakukan oleh orang yang dikerah, pekerjaan yang mesti diusahakan bersama-sama’ ; 2........... 3. ‘Usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan’. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kenapa saya mengatakan demikian, 1. Masa selepas peperiksaan SPM atau pun STPM yang secara lazimnya bermula dari Disember tahun sebelumnya hingga ke Mac / April tahun berikutnya, bukalah satu jangka masa yang boleh dikatakan sebagai masa yang paling sesuai untuk tujuan di atas. Ini kerana bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak mereka telah pun mempunyai rancangan yang jauh lebih berfaedah berbanding daripada menyertai kerahan tersebut. Sebagai contoh kalangan ibu bapa yang anak mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk berada di menara gading sama ada IPTA atau IPTS, masa ini diperlukan untuk melengkapkan anak-anak mereka dengan persediaan yang sewajarnya. Antara yang lumrah ialah menghantar anak-anak mereka menyertai kelas-kelas Bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka atau menghantar ke kelas-kelas komputer sehingga layak menerima sijil yang diperakukan dan juga menghantar anak-anak mereka ke sekolah memandu bagi mendapatkan sekurang-kurangnya lesen kelas B (motosikal 250cc ke bawah). Ketiga-tiga pengisian masa itu adalah sesuatu yang sangat penting bagi pelajar - pelajar yang bakal masuk ke universiti. Kita lihat sekarang pihak kerajaan sering menyalahkan pelajar-pelajar ‘U’ kurang meminati bidang yang didominasi oleh Bahasa Inggeris, sukar mendapat peluang pekerjaan yang baik kerana kurang pengetahuan B.Inggeris dan tidak mahir menggunakan kemudahan ICT. Kalau sekadar mengharapkan apa yang dipelajari (subjek komputer) di peringkat sekolah, ianya memangnya sangat-sangat tidak mencukupi (lihatlah apa yang terjadi kepada makmal komputer baru-baru ini) – jangan anggapnya sebagai kes terpinggir. Ini tidak termasuk mereka yang bersekolah di Putera Jaya. Melihat kepada banyaknya kes-kes yang melibatkan remaja yang menunggang tanpa lesen, jadi adalah bersesuaian masa tersebut diperuntukkan kepada untuk menghadiri kelas-kelas untuk mendapatkan lesen dan penerapan yang mendalam untuk menjadi pemandu yang berkhemah. 2. Pada usia yang sebegini secara undang-undangnya mereka ini belum lagi mencapai tahap dewasa atau lebih dikenali dengan panggilan di bawah umur (bagi golongan yang baru menamatkan SPM). Mereka ini sering dipersalahkan dan amat mudah menerima sebarang diayah ataupun propaganda. Justeru itu adalah kurang tepat untuk bertindak kepada mereka yang masih di bawah umur. Dari skop undang-undang pun mereka ini masih terlindung. Jadi adalah tidak salah jika terdapat golongan tertentu mengatakan ia alat atau pakej untuk menyampaikan propaganda atau dengan lebih jelas lagi kerajaan mempunyai agenda di sebaliknya. ( Kalau fikir dan ikut apa yang orang lain kata, kita semua salah dan tidak perlu buat lah – that not the answer). 3. Pada masa inilah kalangan ibu bapa (khususnya bagi ibu bapa yang anak-anaknya telah sekian lama tinggal di asrama) dapat menikmati keriuhan keluarga dan juga dan menambah eratkan lagi hubungan kekeluargaan. Masa ini juga dapat dimanfaatkan untuk mengunjungi sanak-saudara yang jauh, sebagaimana yang sering dilakukan oleh keluarga yang besar seperti mana yang disiarkan oleh media massa. PERLU DIINGATKAN BAHAWA PELAJAR BERKENAAN BUKANLAH BAHAN UNTUK DIJADIKAN UJIAN DAN DUIT YANG DIPERUNTUKAN UNTUK TUJUAN TERSEBUT ADALAH WANG RAKYAT / KERAJAAN. CUBA KITA RENUNG APA JADI DENGAN PROGRAM RAKAN MUDA, YANG ANTARA LAIN MENFOKUSKAN KECINTAAN KEPADA NEGARA. APA TERJADI UNDANG-UNDANG LAMPU AMARAN HAD LAJU PADA LORI DAN PENGGUNAAN KOTAK HITAM PADA BAS. TEKNIK ATAU KAEDAH ‘CUBA JAYA YANG DIPELOPORI OLEH NOAM CHOMKY, SUDAH KETINGGALAN ARUS. Justeru itu, 1. Saya mencadangkan supaya kerahan tenaga ini dikuatkuasakan kepada kalangan mereka yang telah menjangkau usia 21 tahun atau pun mereka yang sudah bekerja (termasuk saya) dan tempoh masanya pula ialah 6 bulan. 2. Jika ingin meneruskan sebagai mana yang diperkatakan oleh YB Menteri Pertahanan maka pengisinya hendaklah memenuhi aspek perkara yang pertama.
Diterbitkan oleh : |