SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun KOMEN : ARTIKEL “ MENGENALI KARANGAN TIDAK BERFORMAT”
KOMEN : ARTIKEL “ MENGENALI KARANGAN TIDAK BERFORMAT” Assalamualaikum wbt. Ruangan Adik ku Pintar bersama Abang Kas , adalah di rujuk. Abang Kas telah memberikan fakta yang salah, sama ada ia disengajakan atau pun sebaliknya hanya beliau yang mengetahui. “TIDAK ADA KARANGAN ATAU PUN PENULISAN YANG TIDAK BERFORMAT” Mungkin Abang Kas keliru maksud ‘berformat’ untuk Bahasa Melayu / Malaysia (Penulisan) dalam Peperiksaan UPSR. Format terbahagi kepada dua: i) Format Khusus – surat, laporan, berita, dialog, catatan dll. ii) Format Am - cereka, keperihalan dll Pendahuluan, Pemerengganan, dan penutup, ini merupakan format umum yang semestinya ada dalam sesebuah penulisan khususnya apabila menjawab soalan peperiksaan. Ketiadaan aspek tersebut calon boleh dikenakan potongan 1-3 markah. Saya berharap kepada Abang Kas, adalah terlebih dahulu merujuk kepada sesiapa yang lebih arif sebelum menulis sesuatu yang boleh menjadi pegangan pembaca khususnya pelajar yang sering mendapatkan maklumat daripada pelbagai bahan. Untuk makluman Abang Kas saya telah telah lebih 10 tahun terlibat dengan pemeriksaan kertas Bahasa Melayu / Malaysia ( Penulisan – Kod 012 ) Nanti kalau dikatakan "ajaran songsang" mulalah melenting. Sekian. Terima kasih.
Diterbitkan oleh : |