SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Aceh = Terengganu - reason Mahathir blackout Aceh newsTupaimas: Rencana ini merungkai kenapa ramai manusia Aceh terbunuh dan siapakah sebenarnya yang menjadi tuan di Republik Indonesia. Malah aktivis Hak Asasi Manusia dan NGOs turut disembelih. Rencana ini turut mempunyai kaitan erat kenapa wujud konflik dan ketertindasan warga Terengganu (negeri ke-3 miskin di Malaysia) yang berpunca dari pertukaran Perjanjian asal Royalti Petroleum antara Negeri Terengganu dengan Kerajaan Pusat kepada menjadi Perjanjian Tabung Ehsan/Dana Khas antara ‘Kerajaan UMNO Terengganu’ dan Kerajaan Pusat.
PEPERANGAN JIJIK DI ACEH TAJAAN EXXONMOBIL[1]
Oleh: Cheryl Seal[2] (cherylseal@hotmail.com) 12.20 p.m. Ahad: ILRF (International Labour Rights Fund: Dana Hak Asasi Pekerja Antarabangsa) yang mewakili 11 penduduk perkampungan Aceh telah mengemukakan surat saman di mahkamah Washington terhadap ExxonMobil (yang kerap berdagang di bawah jenama Esso), menuduh syarikat gergasi minyak ini bergiat cergas dalam kerja-kerja jijik mencemar hak asasi manusia di wilayah utara Sumatra. Tindakan mahkamah itu dikemukakan di bawah US Alien Tort Claims Act, yang memberi kemudahan mengadili perbuatan yang dilaksanakan di luar Amerika Syarikat. Akhirnya ada juga peluang untuk mengenakan Exxon (ExxonMobil) ke muka pengadilan kerana segala kerja zalim yang bersistem, pembunuhan dan kemusnahan yang dilakukannya secara terus ataupun melalui orang suruhannya. Inilah kerja-kerja bajingan yang menzalimi pribumi yang menghuni sekitar kawasan pengeluaran gas cecair asli di Arun yang terletak dalam provinsi Aceh, Indonesia. Sehingga hari ini, berita bahawa syarikat gergasi ini sedang dihadapkan ke mahkamah sengaja diperam di Amerika Syarikat. Kisah berikut ini telah diperam dengan kemasnya sehingga ia dapat diselongkar untuk siaran melalui 'US Indy Newswire.' ExxonMobil mempunyai pangkalan pengeluaran gas cecair (LNG) yang bernama PT Arun di Utara Sumatra, di satu kawasan yang dikenali sebagai Lhokseumawe di daerah Aceh Utara. Pangkalan ini pada dulunya dimiliki oleh Mobil Oil Indonesia. Pada awal 1960-an, sejurus terjumpanya simpanan gas asli yang besar itu syarikat ini telah memeteraikan satu perjanjian dengan Pertamina untuk mengambil-alih semua kawasan yang luas itu dengan mengnyahkan secara ganasnya segala penduduk yang menghuni kawasan itu. Inilah satu senario yang berulang-ulang beberapa kali sebelum itu lagi ketika terjumpanya gas ataupun minyak di dunia ini sejak dulu kali. Baik di Oklahoma hinggalah ke Afrika. Malangnya, seperti yang mengejutkan Mobil, rakyat Aceh telah bernekad untuk mengnyahkan penjajahan yang cuba mendominasi mereka yang diberikan restunya oleh pemerintahan Suharto yang korup dan pentadbiran yang amat ghairah mahu melihatkan permulaan kerja-kerja eksploitasi itu. Sebagai reaksi kepada pembantahan Aceh itu, pihak angkatan tentera Republik Indonesia yang bertindak sebagai proksi Mobil, untuk menumpaskan bantahan itu dengan ganasnya. Contohnya apabila segelintir penentang Aceh berusaha mensabotaj pembinaan saluran paip pada 1977, pihak tentera telah membunuh secara bersistem sekitar 900 penduduk di situ. Dibunuh, Diseksa Apabila Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dilancarkan pada 1980, pemerintah Republik Indonesia bertindak dengan mengenakan kuatkuasa ketenteraan di sana. Di tahap awalannya lagi, Mobil (yang kini bertukar menjadi ExxonMobil) telah menyokong kekejaman pihak tentera Republik Indonesia. Kebanyakan keganasan jenayah telah dilaksanakan dalam kawasan kepunyaan syarikat itu oleh 'pegawai keselamatan' yang digaji oleh syarikat. Dua berek tentera telah dibina oleh Mobil untuk menampung satu ketumbukan gerak gempur elitis ketenteraan untuk mempertahankan pangkalan LNG yang diberi nama Post 13 dan Rancong Kem. Mengikut laporan pengamat yang mahukan pemantauan dan siasatannya, Post 13 itu pernah digunakan sebagai pangkalan untuk mendera dan menyoal-siasat. Sejak 1980, ratusan rakyat Aceh telah dibunuh dan/ataupun dizalimi ataupun menghilang begitu sahaja. Dianggarkan antara 15, 000 - 20, 000 kanak-kanak telah menjadi yatim piatu pada waktu yang sama hasil kerja-kerja jijik 'pasukan pelindung' Mobil. Operasi penyelenggaraan pangkalan LNG itu telah menjejaskan kualiti kehidupan manusia dan mencemarkan persekitaran alam. Syarikat gergasi itu kerap mencemarkan air yang diperlukan untuk penanaman padi dan juga kolam-kolam udang yang menjadi punca pencarian dan makanan orang kampung. Tidak pernahpun syarikat itu menawarkan pampasan kepada segala pencemaran itu. Malahan pada 1972, penduduk Pu'uk telah menyaman syarikat itu kerana mencemar perkampungan mereka. Namun, Mobil telah menggunakan kuasa sekumpulan peguamnya yang berjaya mengalahkan penduduk kampung yang papa kedana yang tidak mampu berbuat apa-apa. Pada 1997, sekitar 1,600 penduduk kampung terpaksa berpindah-randah apabila telaga LNG meledak dan terbakar, memuntahkan bertan-tan lumpur dan lahar bumi ke rumah persekitarannya. Ada juga satu peristiwa apabila empat orang penduduk kampung telah menyaman syarikat itu kerana merampas tanah mereka tanpa bayaran pampasan yang sepenuhnya dan kerana mengambil-alih satu kawasan perkuburan untuk dijadikan landasan pesawat udara untuk PT Arun. Seperti biasa, sekali lagi penduduk kampung itu kalah di mahkamah. Senarai segala perkosaan yang menyerlah (terminologi yang sama digunakan terhadap Exxon oleh seorang peguam di Alabama apabila syarikat itu kerugian US$ 3.4billion dalam satu kes penipuan) sabit Hak Asasi Manusia dan etika pencemaran alam yang dilaksanakan oleh Mobil, Exxon dan Exxon Mobil, yang sememangnya menakjubkan. Ini adalah kisah sebuah syarikat Amerika. Bayangkan apabila cerita ini tercetus pada era abad ke 20 dan 21 ini. Kuburan Manusia Para penentang kekejaman ini telah dilayan dengan zalim sekali. Memanglah, Mobil dan Exxonmobil telah membuat tuntutan betapa mereka tidak tahu menahu akan keganasan yang berlaku, walaupun sering menerima aduan dan di sebalik bayaran berjuta dollar yang dilakukan oleh Mobil (ExxonMobil) kepada angkatan tentera Republik Indonesia setiap tahun. Pembayaran itu adalah untuk tenaga tentera untuk melindungi kerja-kerja penggemblengan alat-alat jentolak yang menggali lubang besar untuk dijadikan kubur raksasa untuk menampung manusia yang tidak lagi bernyawa ataupun untuk membuka jalan mengangkut para banduan dan mengangkut mayat-mayat yang mati bergelimpangan. Lubang perkuburan yang besar-besar telah digali menggunakan peralatan Mobil di Bukit Sentag dan Bukit Tengkorak di Utara Aceh pada 1998 dan telah ditemui oleh penyiasat Hak Asasi Manusia. Ini menunjukkan betapa syarikat itu telah menguasai keadaan sehingga mencetuskan huru hara dan menyebabkan kerja-kerja produksi tergendala. Pada 1998, aktiviti Mobil itu terus membuak hingga mendorong pencantuman Exxon dan Mobil untuk bergelar ExxonMobil. Dengan itu, dunia luar terutama mereka yang berada di Amerika Syarikat, nama baru ExxonMobil itu tentulah diharapkan sebagai satu jenis syarikat yang baru yang mempunyai warna yang baru juga. Untuk mengharumkan suasana ketika itu, Exxon telah melancarkan satu kempen 'we're so good to the environment' (jasa kami kepada persekitaran alam) dengan melancarkan kempen 'Selamatkan Harimau'. Bayangkanlah, betapa manusia yang prihatin ini boleh bertindak begitu ganas dengan melakukan segala kerja bajingan terhadap penduduk Aceh? Baru-baru ini syarikat yang sama telah memberikan berjuta dollar derma terhadap kajian malaria. Besar sungguh pengorbanan mereka!!! Lagipun malaria adalah satu penyakit yang menjadi masalah besar kepada syarikat itu kerana kekerapan menghantar manusia bertugas di kawasan hutan belantara yang belum pernah dimasuki manusia.
Diterbitkan oleh : |